Beberapa bulan lalu saya pernah menulis tentang kewajaran memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam artikel bertajuk 'Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?'.
Secara peribadi, saya cenderung melihat Khairy sebagai mewakili sosok progresif anak muda Melayu baik dari segi intelektual mahupun dari sudut penampilan. Semalam, perwakilan Pemuda UMNO telah melakukan keputusan yang tepat dengan memilih Khairy.
Sebagai anak muda yang menaruh harapan untuk melihat UMNO berubah, pemilihan Khairy sebagai peneraju Pemuda wajar diraikan. Sepanjang pemerhatian terhadap gerak kerja kempen tiga orang calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO, Khairy menonjolkan gagasan yang lebih inklusif dan rasional berbanding dengan dua orang calon lain.
Pun demikian, para pendukung Pakatan Rakyat sewajarnya merasa bimbang dengan pemilihan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru kerana kini mereka berhadapan dengan sosok anak muda yang berkarisma dan berpotensi.
Paksi pemuda Pakatan Rakyat seharusnya telah mulai bertindak memperbaiki imej dan gagasan mereka sedari sekarang dalam usaha memastikan kemampuan mereka menyaingi semangat baru Pergerakan Pemuda UMNO yang kini dipimpin nakhoda baru.
Pemuda hanya untuk Pemuda !!
itu la kata-kata keramat untuk pemuda diketuai oleh anak muda seperti Khairy kerana Dr. Khir dan Mukhriz sudah melebihi umur 40 tahun. Khairy ialah orang muda yang tahu aspirasi orang muda...
salam setiakawan
Mereka tak bawa hasrat akar umbi sebaliknya sokongan dialihkan setelah dapat habuan wang dari KJ. Kononnya nak tunjuk akar umbi tak tahu tentang politik atasan.
Wajarlah dewan bagi boo kat perwakilan Kelantan tak sedar diri. Pengkhianat UMNO!
Kemenangan KJ pasti diraikan oleh Pakatan Rakyat kerana mereka tahu KJ liabiliti yang dibenci oleh orang Melayu dan sebahagian besar rakyat jelata!
Tangkap KJ dan dakwa melalui SPRM!