Iklan

Isnin, Januari 16, 2012

Hang Tuah

Saya sering percaya bahawa watak Hang Tuah adalah mitos yang sengaja dicipta untuk memupuk budaya ketaatan buta tuli umat Melayu terhadap raja.

Watak Hang Jebat juga tak wajar didukung sepenuhnya meskipun saya bersetuju dengan tindakan Hang Jebat yang menyanggah kezaliman raja. Namun demikian, seharusnya bukan dengan cara membunuh orang lain tanpa rasional.

Orang Melayu wajar mencontohi sosok Bendahara Tun Perak yang bertindak bijak tatkala menangani krisis politik Melaka yang melibatkan istana, Hang Tuah dan Hang Jebat.

Selepas raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah yang kononnya didapati bersalah bermukah dengan dayang istana, Tun Perak bertindak 'menderhaka' dan mengingkari titah raja. Hang Tuah bukan saja tidak dibunuh, bahkan sebaliknya disembunyikan.

Maka Hang Jebat pun mengamuk dan hilang kewarasan akibat kasih beliau yang amat mendalam terhadap Hang Tuah. Kemarahan Hang Jebat turut dibakar dengan rasa kebencian yang meluap-luap terhadap kezaliman raja Melaka.

Dalam konteks ini, kedua-dua Tun Perak dan Hang Jebat masing-masing menderhaka terhadap raja Melaka. Bezanya, penderhakaan Tun Perak dilakukannya secara berhemah dan beradat.

Manakala keadaan jadi tak terkawal, raja Melaka mulai berasa kesal kerana telah 'membunuh' Hang Tuah, hulubalang kesayangannya. Raja pun meluah kekesalan tersebut kepada Tun Perak.

Maka, Tun Perak dengan penuh hemah menjunjung 'sembah derhaka' kerana sebetulnya Hang Tuah tidak dibunuh tetapi disembunyikan oleh-nya di dalam hutan di Ulu Melaka.

Dan raja pun mengundang Hang Tuah ke istana. Hang Tuah dikurniakan persalinan istimewa serta keris diraja. Titah raja, "Nyah-kan Jebat durjana. Beta tahu matinya saja!"

Hari ini, Hang Tuah adakalanya dinobatkan sebagai simbol klasik tokoh Melayu yang oportunis dan kaki ampu kelompok feudalis. Demi menjaga raja dan kekuasaan, Hang Tuah tegar untuk membunuh saudaranya sendiri.

Maka selepas menerima 'restu' dari raja Melaka, Hang Tuah mencari Hang Jebat yang telah pun menguasai istana raja. Berpencak-lah keduanya selama beberapa hari tanpa makan dan minum.

Namun demi kasih pada Hang Tuah, Hang Jebat beralah dan merelakan dirinya dibunuh oleh Hang Tuah. Aduhai, begitu sekali pengorbanan sang sahabat sejati!

Selang beberapa ketika, Hang Jebat rebah dan mati di pangkuan Hang Tuah. Ini-lah tragedi politik paling aib dalam mitos Melayu klasik -- persaudaraan digadai demi mempertahan kezaliman raja.

Maka propaganda istana ketika itu pantas mengangkat Hang Tuah sebagai wira dan ianya diturunkan kepada generasi Melayu sehingga ke hari ini dan kesannya, terbentuklah budaya ketaatan mutlak kepada sistem monarki.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Tanpa Nama berkata...

Ade versi sejarah alternatif... Hang Tuah tidak membunuh Jebat. Untuk mengaburi pihak Istana, Hang Jebat pura2 dibunuh Hang Tuah dan kemudian disembunyikan ke tempat lain....

Tanpa Nama berkata...

Hang Jebat tidak dibunuh oleh Hang Tuah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Tuah tak wujud... apa jadi dengan ungkapan "Takkan Melayu hilang didunia?"

Tanpa Nama berkata...

Hang Tuah wujud (Andaya, 2002 dan Windstedt, 1935). Ungkapan 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' bermaksud orang Melayu tak akan hilang di dunia selagi Orang Asli kuat dan berkuasa. Sekarang Orang Melayu lemah kerana Orang Asli lemah. Rata-rata Orang Asli hidup daif. Orang Melayu akan lebih terbela jika Orang Asli menguasai ekonomi dan politik Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

apa benda kau mengarut ni najwan. kau kat mot dulu manjang kena bahan tak tau buat kerja.hehehe

Tanpa Nama berkata...

Blh caya ka org asli memerintah

Tanpa Nama berkata...

Ko bodoh la najwan

Tanpa Nama berkata...

Zaman 500 tahun dulu. Hang Tuah dan saudara-saudaranya-- kita tak ada, dik. awak tak ada, saya tak ada. Penulis sejarah adalah penjajah.Ada penulis sejarah orang padri--shellabear dan lain-lain maka direka cerita melemahkan Melayu.
Melayu- bodoh,Melayu anjing,kuching kurap, Melayu orang asli,melayu lanun,
melayu malas dan lagi, dan lagi. Mata pena lebih tajam dari pedang. Tujuan--pecah dan perintah dan jajah minda.
Adik anak muda jenerasi Y.Pandai
lagi. Jurutera lagi. Gunakan kebijaksanaan untuk mencipta alat yang menguntungkan kaum dan bangsa Melayu lagi best. Jangan telalai dengan yang lain. Hilang akal hilang segala-galanya.

Tanpa Nama berkata...

Langsung tak ada fakta apa yang ko tulis ni..dengan cerita tu ko nak jadi sebab supaya boleh derhaka pada raja..memang tak logikdan tak kuat fakta nya...banyak kan lagi membaca sejarah dan jangan 'skip' masa membaca tu..

bukan ke Tun Mahathir dah meminda kuasa mutlak Sultan..so kalau ada bukti dan ko betul berani. gunakan saluran yang betul...jangan hentam kromo jek..

Tanpa Nama berkata...

1. secara logik.. apa yg Jebat lakukan adalah amuk >> ini sinonim dengan org nusantara
2. apa benda la sape mengarut penjajah yg tulis cerita hang tuah ni.. dah pantun pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga tu pun penjajah buat ke? sejarah bukan tersebar ikut buku teks je.. ikut lisan, pantun, bla bla
3. Melayu lemah ..tak bersatu padu pasal kat negara sendiri pun tak nak cakap BM..sibuk nak berBI. sibuk dgn isu lain pulak...