Iklan

Jumaat, Oktober 10, 2008

Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?

"Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan UMNO."
-Eriandi Ismail, Ketua Pemuda UMNO Machang, 9 Oktober 2008
Saya kira ramai yang menganggap kenyataan saya kali ini bercanggah dengan sentimen terdahulu. Apa pun, politik sebagaimana yang diketahui merupakan "seni segala yang mungkin".
Meneliti perkembangan politik nasional lewat masa kini -- percaturan politik UMNO terutamanya -- cukup menarik minat saya untuk menulis. Saya kurang peduli dengan peralihan kepimpinan antara Abdullah Badawi dan Najib Razak. Najib sebagaimana yang dimaklumi tidak pernah dikenali sebagai pemimpin yang punyai visi dan wawasan yang luas. Beliau tidak mahir berucap, beliau tidak punyai kekuatan dan karisma. Najib hanya sekadar bergantung kepada dua perkataan iaitu "Bin Razak".
Jujurnya, saya lebih gemar meletakkan fokus terhadap siapa bakal menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ini kerana kepimpinan pergerakan anak muda pada hari inilah yang bakal mencaturi kepimpinan tertinggi nasional kelak. Sehingga entri ini ditulis, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mendahului senarai pemilihan ialah Khairy Jamaluddin. Semalam, Pemuda UMNO Bahagian Machang telah menamakan Khairy sebagai calon. Ianya ditambah hari ini melalui pencalonan dari Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.
Secara peribadi, saya merasakan Khairy layak untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Berbanding dengan Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Zahidi Zainul Abidin, Khairy ternyata mewakili sosok progresif anak muda Melayu baik dari segi intelektual mahupun dari sudut penampilan.
Seandainya ahli-ahli UMNO benar-benar serius untuk memperkasa dan memantapkan semula UMNO, maka perkara ini seharusnya bermula di peringkat Pemuda. Mungkin petikan ucapan Ketua Pemuda UMNO Machang semalam sewajarnya direnungi dan dihadam.

13 ulasan:

dania berkata...

saudara, boleh komen tulisan saudara mso di
http://msomelayu.blogspot.com/ utk artikel "Ulasan Awal -
Apakah untungnya pembangkang apabila Abdullah berundur?". Mcm menarik utk diulas..terima kasih.

the kitties berkata...

Khairy berkemungkinan besar boleh menjadi Ketua Pemuda UMNO berdasarkan kepada prestasi dia setakat ini.

Mukhriz lebih dibayanyi oleh bayang-bayang bapanya dan memang dia mendapat sokongan dari bapanya.KJ pula dilihat lebih sedikit berdikari berbanding Mukhriz.

untuk Khir Toyo dan Zahidi,hanya luck sahaja yang mampu menolong mereka.

Read This..Masalah Replika Anwar Ibrahim berkata...

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/10/masalah-replika-dato-seri-anwar-ibrahim.html

wun berkata...

Pelik, kerana walaupun saya meluat dengan Khairy, tapi saya juga berpendapat dia lebih layak.

Pandangan dia bahawa BN patut dibuka kepada semua kaum pada pendapat saya adalah satu cadangan yang ikhlas. Cadangan begitu tidak akan mudah diterima ahli UMNO, tapi dia menyarannya kerana (saya berpendapat) dia sedar arus perubahan sudah berlaku dan BN perlu berubah untuk dianggap relevan. Satu saranan yang berani.

OneEast berkata...

Antara Mukhriz dan Khairy, saya rasa dia lebih layak untuk pegang jawatan ketua pemuda. Mukhriz nampak lebih matang dalam menangani isu yang timbul. Mungkin ini disebabkan penglibatannya di dalam NGO dan didikan yang diterima dari Tun Mahathir.

Saya nampak belum tiba masanya untuk Khairy memegang jawatan ini. Bukan kerana dia tidak layak dari segi pengalaman dan strategi politik, tetapi ini berdasarkan soal kematangan. Banyak kontroversi yang melibatkan Khairy dan kebanyakannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk memberi reaksi yang kebudak-budakan.

Akan tetapi personaliti saja tidak cukup untuk memegang kerusi Ketua Pemuda. Bagi saya ini tidak lagi berkisar atas kemampuan dan pengalaman, pemilihan ketua Pemuda kali ini adalah pertembungan antara dua kem. Lebih tepat lagi ialah pertembungan Mahathir-PakLah.

Kedua-dua kem ini akan menggunakan sepenuh kekuatan dan sumber untuk memenangi kerusi keramat ini. Siapa akan menang? Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan oneeast,
KJ masih cetek pengalamannya.

PEJUANG MELAYU berkata...

Sdr najwan

Saya terkejut juga Sdr memilih KJ sebagai pilihan sdr iaitu sama juga dengan pilihan saya iaitu KJ untuk Ketua Pemuda UMNO/BN

secara jujurnya,saya berpendapat KJ lebih layak kerana melihat kepada kekuatan,visi nya dan perancangan untuk golongan muda selari dengan aspirasi golongam muda. Muhkriz dilihat seperti bergantung kepada bapak dia untuk meraih undi tidak seperti KJ yang tidak bergantung kepada Pak Lah . aku melihat sendiri perjalanan politik KJ sejak beliau menjadi Naib Ketua Pemuda,beliau bergerak sendiri dan bekerja tanpa mendapat bantuah Pak Lah pun .

Muhkriz dilihat sejak selepas PRU 12 sering mengkritik kepimpinan UMNO dan berani meminta Pak lah melepaskan jawatan PM.Beliau aku rasa menjadi alat bapaknya untuk menyuarakan kritikan bapanya di dalam UMNO.

KJ mempunyai pengalaman dan hubungan baik sesama komponen pemuda BN yang lain dan menjadi penolong yang setia kepada Ketua Pemuda Dato Hisyamuddin .

Gandingan yang terbaik utk Pemuda UMNO ialah

Ketua -KJ
Naib Ketua-Razali Ibrahim

Tanpa Nama berkata...

pilih kj,supaya sokongan terus diberi kepada pakatan rakyat yang tidak lagi relevan

r_feev berkata...

Salam,

Benar dalam politik tiada apa yg'certain'.. ianya gelanggang kepada segala bentuk kemungkinan dan kejutan.. KJ menjadi pilihan najwan.. Dalam hal ini saya memilih KJ daripada mukhriz atas sebab yg satu - mengelak dari Malaysia kembali ke zaman diktator Mahathir... Dengan kedudukan najib yang kelihatan semakin kukuh.. kehadiran mukhrz dalam pemuda andai menang jawatan ketua pemuda akan menyebabkan jembalang Mahathir kembali menghantui setiap warga Malaysia.. jangan kata anwar malah semua mereka yg menentang BN dan umno akan mengalami zaman kegelapan yang panjang.. bersedialah kita semua untuk menidakkan kembalinya Mahathir untuk merampas nikmat demokrasi yang sedikit yang sedang kita kecapi...

www.qanunfiatdunia.blogspot.com

Raja Fiqri Fauwaz berkata...

Tidak rasa Malaysia bakal terjual ke kalau KJ berada di atas?

Kalaupun Mukhriz ada bauan Che Det, tapi belum pernah dalam sejarah Che Det, beras sampai RM30 10kilo.

Artikel ni agak sinis aku fikir.

Dengan cara dia memenangi parlimen rembau, tak sukar rasanya dia nak dapat tempat dalam UMNO.

Mana mahu aku cari biografi pendidikan KJ? Ada sape-sape yang boleh bantu?

jengah sekali ke http://www.rajafiqrifauwaz.blogspot.com. Terima kasih.

Syahir the Owl berkata...

Aku sokong Dato Mukhriz menjadi KP. Khairy layak KP? Hahaha! Slama ni pembangkang memang hentam KJ tp kali ini membela beliau.

KJ boleh mengetuk pintu rumah PKR kerana beliau dikatakan sesuai di sana.

Zaid Ibrahim boleh teman Khairy dan Geng Tingkat 4 untuk ke seberang.

Anwar Ibrahim perlu menerima Khairy sebagai ikon baru PR.

Hmmm.. OK TAK??

Syahir the Owl berkata...

Negara perlukan pemimpin dinamik spt Dr.M selagi nyawa dikandung badan. Kehadiran Mukhriz amat dinantikan oleh semua akar umbi UMNO yang rindukan era kegemilangan Malaysia dibawah Dr.M

Mukhriz adalah ibarat jelmaan semula pemikiran Dr.M.

BERANI BERUBAH!

TOLAK RASUAH, EJEN DAN TALI BARUT KUASA ASING DAN KUNCU-KUNCUNYA!!!

iBNuZaCK berkata...

Dinamik apa benda?

Apakah kerana menulis surat minta Pak Lah berhenti sudah wajar dipuja?

Mukhriz sudah lama hanyut dan tidak dipeduli kalau bukan kerana pengaruh Ayahandanya sendiri.

Pada saya, Mukhriz tiada apa2. Malah bersama kakandnya Mirzan dan Mokhzani, tiga beradik ini terlibat dalam gejala kronisme kala ayahnya bergelar sang diktator dahulu. Mirzan dengan MISCnya, Mokhzani dengan kontrak MOH dan KLIA dan Mukhriz sendiri melalui syarikatnya (OPCOM) memperoleh kontrak besar berharga RM200j dari telekom Malaysia.

Dari segi kepimpinan pula, kenyataannya sewaktu membela kakandanya Mirzan dan menuduh Anwar agen Yahudi cukup memalukan dan merendahkan martabat intelektualisme Dewan yang mulia.

Apa yang Mukhriz ada?

Mana suara lantang Mukhriz bila mana Anwar menguasai parlimen semalam? Belakang harimau berteriak-teriak. Di depan Harimau kecut macam pondan. Itu yang anda panggil PERUBAHAN?

Kemenangan Mukhriz bukan perubahan. Kemenangan Mukhriz bermakna zaman hitam diktator Mahathir akan bermula. Kekangan pada judiciary system dan media akan bermaharajalela.

Lebih baik Khairi. Gayanya ada. Ucapannya bertenaga. Cuma macam biasa, dia naik kerana ayah mertua. Tapi itu juga sama dengan Mukhriz yang naik mengguna pengaruh ayah sendiri.

Jangan kata saya sokong Khairi pulak. Naik sapa2 pun, selagi dasar tak berubah, selagi rasis menjadi pegangan, tempat UMNO hanya layak di sisi tong sampah!