Sepanjang penelitian saya, realitinya masih ramai yang kurang faham isu pokok polemik politik yang mewarnai kepimpinan negeri Perak waktu ini.
Ungkapan "mohon derhaka" yang dinukil oleh Menteri Besar Perak, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin tidak dimengerti dengan jujur oleh para pencemuh.
Tindakan menuding Anwar Ibrahim sebagai punca yang memulakan aksi melompat parti juga dilihat lemah dan tidak berasas. Barangkali ramai yang lupa bagaimana Anwar memohon Perdana Menteri Abdullah Badawi agar memanggil sidang khas Parlimen untuk dibentangkan usul undi tidak percaya atas kepimpinan Abdullah, namun dipandang sepi oleh presiden UMNO itu.
Apa yang pasti, krisis politik yang melanda Perak waktu ini pastinya membuka ruang wacana baru dalam membentuk dinamisme pemikiran umat Melayu.
Seharusnya dibedakan antara institusi beraja dan sosok seorang raja. Kesultanan dan Sultan merupakan dua entiti yang berlainan. Konsep kekuasaan Raja-raja hari ini tidak sama dengan zaman kesultanan Melayu klasik pra-Merdeka di mana kekuasaan mereka adalah mutlak pada waktu itu.
Maka wajarlah difahami bahawa Malaysia pada hari ini secara jelas mendukung konsep Raja Berperlembagaan yang mana para raja turut dibatasi oleh undang-undang dan peraturan.
lantaklah ko najwan, makin di layan makin tepu pale otak
1. Ikut cara Najib: bawa MP jumpa YDPA
2. Ikut cara Nizar: Panggil sidang tergempar Parlimen
Akhirnya, Anwar pilih cara gentlemen dan mengikut Perlembagaan seperti Nizar pada 16 Sept lepas.
Asasnya, Lompat parti tidak salah dari sudut undang-undang. Tidak kira BN atau PR yang lakukan.
Ketiga-tiga mereka hanya keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sebagai Adun Bebas. Dan tidak memasuki sebarang parti dalam komponen Barisan Nasional
1)BN ada majoriti dan sudah ada deklarasi majoriti dan kedua2 belah pihak dipanggil Sultan Perak.
2)Anwar Ibrahim hanya kata kami ada nombor semasa kisah dongeng 16 Sept, eh silap 24 Sept, eh silap lagi..
3)Undi tidak percaya hanya kuat jika majoriti memaksa undi tidak percaya.PR ada majoriti???derrr
4)BN tidak memaksa Sultan memihak kepadanya, tetapi monyet Pakatan Rakyat marah apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.
Bezanya, BN tahu undang2 dan Pakatan Rakyat L O S E R
Memang aku dah hilang kepercayaan kan Anwar after Sep 16. Lost of credibility....
Sekarang, Karpal outburst kat Anwar...Tapi Anwar kata "twisting of facts" buat Karpal blame dia....
Apa yang Anwar kata ni? Karpal seorang lawyer veteran, politician veteran boleh "tertipu" dengan Umno controlled media dengan senang sekali? Karpal that naive? Takkan lah Karpal tak check facts dulu sebelum buat statements? Takkan lah Karpal terus percaya bulat2 kat Unmo controlled media...Tentu sekali Karpal tahu siapa tu Unmo controlled media...
Ada credibility tak individu2 ni semua nak jadi leader?
NST: PKR supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed tonight that DAP chairman Karpal Singh’s outburst demanding that the Opposition leader step down as Pakatan Rakyat leader was a "misunderstanding" caused by the twisting of facts by the Umno controlled media. "The 'twisting of facts' had caused Karpal to blame me for the loss of Perak," he told reporters after addressing a crowd of Pakatan supporters at the official residence of deposed Perak Menteri Besar Datuk Nizar Jamaluddin.
"patik mohon derhaka untuk bubarkan pakatan rakyat"
if i'm not mistaken, sultan azlan was once the ketua hakim negara, doesn't that mean that he fully understands the perlembangaan and his decision was based on sound facts?
tabik PR!!!
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
MEMANG NAMPAK PERJUANGAN MEREKA TAK IKHLAS....LEBIH MEMENTINGKAN JAWATAN, KEBENDAAN DAN KESENANGAN DARIPADA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, KEAMANAN NEGERI...DIORANG NI SEMUA PATUT KENA BUANG NEGERI ATAU BUANG NEGARA...DUDUK KAT MALAYSIA NI ASYIK BUAT HURU HARA, PORAK PERANDA ITU AJE YANG DIORAG NI TAHU...DIA TAK FIKIR KE DENGAN KEADAAN EKONOMI YANG MACAM SEKRG...RAKYAT TENGAH HIDUP TERSEPIT.....BE GENTLEMAN LAH...BERUNDUR AJE....
Perletakan jawatan ADUN Bkt Selambau adalah part of the game.. Anwar dan ustaz Azizan bijak mensabotaj parti Najib..kalau tangguh mcm mane?
Mujurlah UMNO (BN) mendapat kembali tampok kuasa. Jika tidak terjadilah satu lagi pencabulan selepas pencabulan demi pencabulan yang dibuat kepada orang Melayu oleh sebuah kerajaan yang kelihatannya membela rakyat ini.
Kepada yang belum mengetahui, pencabulan paling awal yang dibuat oleh kerajaan Nizar ialah dengan menyingkirkan Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani dari barisan EXCO Perak.
Semasa pemerintahan kerajaan BN, Jawatan Mufti adalah bertaraf EXCO (Ex-Officio). Anggota Ex Officio lain ialah Setiausaha Kerajaan Negeri ,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Selepas kejatuhan Kerajaan pimpinan BN di Perak pada PRU12 , Mufti Perak telah disingkirkan dari menganggotai barisan EXCO Kerajaan Negeri yang baru. Penyingkiran ini diketuai oleh seorang MB yang mewakili sebuah parti yang kelihatannya cenderong kepada Islamisasi tetapi tidak berjaya dan tidak mampu mempertahankan kemuliaan dan kesucian sebuah institusi agama!.
Kalau institusi agama yang menjadi teras perjuangan PAS (kononnya) pun tidak dapat dipertahankan apatah lagi untuk kepentingan ahlinya sendiri. Ini semua dibayangi oleh The Twink DAP Ngeh & Nga yang menjadi tangan ghaib mencatur perjalanan dan urusan pentabiran pimpinan PAS di negeri ini.
Dalam urusan pemberian konsesi balak umpamanya, ada dikalangan ahli-ahli PAS sendiri yang bersungut bagaimanakah suku-sakat Ngeh & Nga boleh dapat kawasan balak yang mewah dengan pokok-pokok cengal, meranti dan lain-lain kayu mahal manakala untuk orang PAS hanya dapat hutan balak yang penuh semak samun atau hutan sisa!
Inilah dia kerajaan PAS yang menjadikan masjid sebagai sebuah tempat ibadah, menjadi markas perusuh dan pencetus kekacauan.
Menyebut kalimah suci Allahu-Akhbar untuk membela kafir lahanat!.
99% yang merusuh dan berpiket di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada jumaat lepas adalah terdiri dari Orang Melayu @Islam.
Menteri Besar bukanlah jawatan tersendiri/mutlak. Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tiada mencipta seseorang individu sebagai memiliki suatu kuasa mutlak seperti pemerintahan beraja zaman Feudal.
Pada zaman Feudal, orang kedua selepas Sultan ialah Bendahara. Jawatan Bendahara ialah jawatan multak. Manakala jawatan Menteri Besar tidak sebegitu.
Dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Penasihat kepada Sultan yang merupakan Ketua Eksekutif, adalah... satu institusi yang dinamakan Executive Council atau Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri (EXCO). Jawatan Sultan sebagai Ketua Eksekutif juga adalah jawatan berperlembagaan yang mana pada menjalankan kuasanya ianya dijalankan oleh EXCO, MELAINKAN ianya dinyatakan sebagai kuasa budibicaranya.
Menteri Besar ialah Ketua EXCO. Dalam membaca Undang-undang, perkataan Menteri Besar atau Chief Minister sering dirujuk sebagai State Authority. Dalam ertikata lain ianya juga bermaksud institusi yang dinamakan EXCO tadi.
Cuba baca 16(6) UUTNP, yang hilang sokongan ialah Menteri Besar manakala yang kena meletakkan jawatan ialah seluruh EXCO (termasuklah MB juga)... ianya bermaksud hilang sokongan majoriti terhadapnya itu bermaksud hilang sokongan kepada institusi yang dia ketuai itu. Maknanya, EXCO atau Penasihat Sultan hendaklah ditukar ganti. Kerajaan masih jua kerajaan yang sama kerana Ketua Eksekutifnya masih sama. Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh kakitangan di bawahnya masih sama. Di lapisan itulah sahaja (iaitu, EXCO), Undang-undang memberikan kepada seluruh rakyat untuk membuat pemilihan kepada siapakah yang mesti dibarisi. Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Jawatan sebenar seorang Menteri Besar ialah Pengerusi/Ketua EXCO. Dalam peristilahan lain, dia adalah seorang Ketua Penasihat Sultan. Dalam kes di Perak masakini apa yang kita lihat ialah .... Ketua Penasihat Sultan nak lawan Sultan.... Kelakarkan Nizar ni?
Dan cara pemakluman Sultan Azlan ialah melalui Titahnya. Jadi apa lagi yang tak betul dari segi prosesnya. Itulah tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negeri Perak.
Setiap orang keliru kerana mereka tidak dapat membezakan yang mana satukah kuasa Legislatif dan yang mana satukah kuasa Eksekutif.
59 orang ahli Dewan Negeri secara bersesama membentuk suatu institusi yang dinamakan Dewan Negeri. Tugas mereka ialah membuat Undang-undang. Manakala sebelas orang di kalangan mereka yang diperkenankan oleh Ketua Esekutif (Sultan), akan kemudianya membentuk suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan menjadi institusi penasihat kepada Sultan melaksanakan Undang-undang yang telah dibuat oleh Dewan Negeri.
Setiap orang Wakil Rakyat adalah pegawai kerajaan yang bertanggungjawab kepada konstituensi yang dia wakili DAN mereka juga adalah Ahli Perundangan kepada Dewan Negeri. Manakala sekiranya orang itu dipilih sebagai Menteri Besar atau ahli EXCO, maka beliau juga menjadi sebahagian Kuasa Eksekutif.
Semua Wakil Rakyat diberikan gelaran sebagai Yang Berhormat. Ini membolehkan semua autoriti kerajaan di peringkat Daerah/Konstituensinya menghormatinya bagi tujuan perlaksanaan kerja-kerja dan apa jua masalah berbangkit.
Sekiranya Nizar dan rakan-rakannya memahami apakah fungsi dan tugas mereka, maka apa yang telah berlaku hanyalah fungsi Eksekutif mereka sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah ditamatkan oleh Undang-undang. Manakala mereka masih lagi berfungsi sebagai Wakil Rakyat dan juga Ahli Dewan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memanglah punya peranan yang cukup besar dalam perlaksanaan atau pentadbiran sesebuah Kerajan Negeri. Namun begitu setiap gerak geri mereka akan dipersoalkan oleh Dewan Negeri(ahli Perundangan) itu sendiri. Kerana itulah mereka ditetapkan oleh undang-undang untuk dipilih di kalangan Ahli Dewan Negeri yang mendapat majoriti sokongan di dalam Dewan Negeri.
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh
dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’.
Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat
istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk
dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan
Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah
disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut
keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan,
kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai,
diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan
panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan
monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi
atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan
relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya,
Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun
1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun
suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk
melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas
habis dua tahun). Bagaimana
pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali
itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana
Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi
alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh
Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak
melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi
setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut
Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan
jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari
Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan
bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali
tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan
berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak
mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar
baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah
beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar
Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat
perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin
yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat
kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang
ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah
memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung
UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat
(Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian.
Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi
Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar
pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas
tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah
dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih
Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas
Menteri Besar,
Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain
memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya
anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji
Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak,
di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail
Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji
Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO
dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah
menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji
Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan
Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda,
bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji
Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama
dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri
yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi
kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan
melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang
jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong,
Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda,
di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah
memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak
termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama
dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri
Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum
akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada
Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji
Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku
krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah
setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri
Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah
menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang
ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah
titah Sultan Idris Shah dengan berkata,
“Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli
Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan,
sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor,
iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan
terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani
sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan
Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco
Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan
kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh
Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.
Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin
Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis,
di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau
dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke
Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan
sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan.
Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian,
kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.
dppk
baik rebah merempuh
biar terbentang kebenaran yg utuh
demi anwar kusanggup diperbodoh!!!
Bangkit rakyat, bangkit!!!
Yes, We can change...
jom layan lagu lama subculture..
tomorrow, so far away..
tomorrow, so far away..
tomorrow, so far away..for me and u
1) Simpan pemimpin yg amalkn rasuah, negeri perak masih dlm PKR tetapi imej PKR akan terjejas.
2)Atau buang diorg dr PKR dan tahu majoriti akan kehilangan Perak.
BN pulak ada dua pilihan
1)terima 2 org ni sbgai penyokong(bkn ahli Bn la konon)yg sudah terkenal dgn rasuahnye dan dapat perak
2)tolak 2 org ni dan dapat memperbaiki imejnye setelah calar teruk PRU lepas kerana mengamalkn imej 'katakan tidak kpd rasuah'.
Tetapi kita boleh lihat pilihan yg di buat kedua2 pihat. PKR tidak kisah hilan Perak asl kn 'no kpd rasuah' tp BN telah menunjukkn tamak haloba,terdesak sehingga sanggup menerima mereka yg mengamalkn rasuah.DR M dan Kuli sudah nasihatkn Badawi agar berfikir dahulu,tapi BN...never change dulu kini dan selamanya ...masih serupa
knape bile situasi skang bile bn nk ambil alih (sbb 3 adun da KUAR PARTI n nyatakn hasrat sokong bn, bukan dibeli!)beriya2 dap nk adakan election sedangkan pkr mase tu masih ckp dorg mp mrk???
skang pon 2 adun rasuah tuh pon masih xtau status dorg, kne tunggu court jatuhkan hukuman btol or salah...tp pr "pandai" sgt mainkan politik kt sini, so padan lah muka k'jaan tumbang...pastu xleh nk terima hakikat wat demo, hina sultan dlm website...dlu ye ye hentam umno kate hina sultan dah tau bnde tuh salah tp korg folo perangai same..haa eloklah tuh, berselindung di sebalik keadilan, di sebalik imej Islam!! menjawaplaa kt mahsyar nati...
dalam situasi politik yg macam sekrg ni banyak kesimpulan yang boleh dibuat.Ini kesimpulan yg penting yg aku buat
1st-SEMASA MAHATHIR BERUNDUR DIA SEPATUTNYA TIDAK MENCADANGKAN ABDULLAH AHMAD BADAWI SEBAGAI PERDANA MENTERI
2nd-DISEBABKAN KUASA BADAWI ANWAR KELUAR DR PENJARA
3rd-SEMUA RAKYAT TAHU YG KJ TU BARUA..MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP NAMA BAPAK MERTUANYA.DIA JUGA DULU NK MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP ANAK ANWAR IBRAHIM SEMASA ANWAR JD TIMBALAN PERDANA MENTERI.
KALAU AKU JD DIA PUN AKU PUN BUAT MCM TU..HAHAHA..this is fact
4th-ABDULLAH MEMBUAT KESILAPAN YG BESAR KERANA MELULUSKAN CADANGAN MENAIKKAN HARGA MINYAK SEBANYAK RM2.70 DR MENTERI YG SENGAL TU..KENAPA LA DIA XBERFIKIR DULU.MEMANG XDE FUTURE THINKING.SEKRG MINYAK DAH TURUN.
5th-PAKATAN PEMBANGKANG MEMANG ADA KEBAIKKANNYA..IAITU RAKYAT DAPAT MENUNJUKKAN PERASAAN MARAH KEPADA KERAJAAN BN DAN KALAU TIDAK ADA PARTY PEMBANGKANG INI KERAJAAN BN TIDAK MAJU KEHADAPAN..INI IALAH PROSES BAGAIMANA SESEBUAH KERAJAAN BERUBAH UTK MENJADI MAJU
6th-KEBURUKANNYA PARTY PEMBANGKANG TIDAK BOLEH BERSATU.TIDAK ADA KATA SEPAKAT ANTARA PEMIMPIN PARTY DAP PKR DAN PAS..INDAH KHABAR DR RUPA.
7th-SEBAGAI PEMERHATI..ANWAR NGAN BADAWI TDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI.AKU LEBIH RELA NIK AZIZ MENJADI PERDANA MENTERI.SESUAI KE ORANG BEKAS BANDUAN PENJARA MENJADI PERDANA MENTERI??COME ON..DI DALAM PENJARA TU BUKAN DIA SEORG JE TERANAIYA..RAMAI LAGI YG BUKAN BERSALAH TU DALAM PENJARA..
8th-ANWAR TIDAK SEPATUTNYA UMUMKAN YG DIA AKAN MENJADI PERDANA MENTERI PADA 16 SEPTEMBER WALAUPUN ALASAN DIA BUKAN 16 SEPTEMBER 2008.MUNGKIN 2009 ATAU TAHUN SETERUSNYA..
9th-KALAU NK BERSIHKAN RASUAH 100% DI DLM POLITIK ADALAH MUSTAHIL.(BAGAIKAN BERSIHKAN DAUN KERING DI HALAMAN RUMAH.ESKNYA ANGIN BERTIUP DAN MENGOTORKAN HALAMAN LAGI.).POLITIK=DUIT
JANGAN SESEKALI NK TEGAKKAN BAHAWA PARTY PEMBANGKANG TIDAK MENGGUNAKAN RASUAH..
10th-ISU KERAJAAN PERAK..MEMANG RAMAI YG XBERPUAS HATI..TERIMA JE HAKIKAT BAHAWA BN MENGGUNAKAN DUIT UTK MEMANCING ORG PKR..ITULAH REALITINYA..NEGARA KTA NEGARA YG BERSULTAN..DARI ZAMAN HANG TUAH LAGI RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN SULTAN..INILAH MELAYU MENGAMALKAN KERAJAAN BERSULTAN..DARI ZAMAN SEKOLAH KITA DIAAJAR UNTUK BERIKRAR PADA RUKUNEGARA SETIAP HARI ISNIN..
AKU BACAKAN BALIK YER
kepercayaan kepada tuhan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
keluruhan perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan
aku berharap melayu akan bersatu pada suatu hari nanti..jgn la kutuk sesama melayu dan islam.
this is my future thinking
melayu akan sedar bila adanya pergaduhan sesama kaum..seperti peristiwa 13 mei..
Hebat! Orang UMNO adalah barua Anwar rupenya, hahahah, kita semua telah dipermainkan Anwar. Rupenya bukan pakatan rakyat yang runtuh. tapi UMNO yang kecundang kerana berjaya merelialisasikan cita-cita Anwar untuk lompat parti, heheh
Pedih?Pedas?itulah hakikatnya.
Licik bukan si Anwar ni. Sangat licik sehingga orang2 yang menentangnya tersungkur membantunya mencapai cita-citanya
hahaha.
Orang melayu memang bodoh! ditipu lagi seperti tertipunya sultan kedah dengan francis light, sultan perak dengan pangkornya, sultan melaka dikhianat pembesarnya.
kesetiaan kepada RAJA dan NEGARA...
renung-renungkanlah....