Iklan

Selasa, Februari 03, 2009

Babad Israel 7

Setelah kelahiran Yusuf, Yaakub memutuskan untuk kembali ke tanah kelahirannya di Kanaan. Laban berkeras dengan keputusan tersebut memandangkan rezekinya cukup mewah dan berhasil dengan adanya Yaakub.
Laban menawarkan Yaakub bayaran asal saja beliau bersetuju untuk terus tinggal di Haran dan menyambung khidmat bersamanya, namun demikian Yaakub menolak lantas menawarkan ideanya sendiri.
Yaakub mencadangkan kepada Laban supaya mengasingkan semua ternakan kambing dan bebiri yang bertompok, berbelang dan berwarna dari kawanan ternakan sedia ada; yang mana selepas daripada saat itu, kambing dan bebiri yang dilahirkan merupakan upah (hak milik) kepada Yaakub.
Selepas mendapat persetujuan dari Laban, maka Yaakub pun mengasingkan kambing-kambing jantan yang bertompok dan berbelang dan semua yang mempunyai warna putih pada badannya, serta semua yang hitam di antara ternakan tersebut lalu diserahkan kesemuanya kepada anak-anaknya untuk dijaga.
Sesudah itu, penentuan jarak tiga hari perjalanan telah dilakukan oleh Laban antara dia dan Yaakub, maka Yaakub pun mulai menggembalakan kambing-kambingnya yang tinggal itu.
Yaakub kemudiannya mengambil dahan-dahan dari pohon hawar, pohon badam dan pohon berangan, dikupasnyalah dahan-dahan itu sehingga berbelang-belang, sehingga kelihatan isinya yang putih. Beliau meletakkan dahan-dahan yang dikupasnya itu ke dalam tempat minum, di mana kambing-kambing itu datang minum.
Maka dikatakan semua kambing-kambing itu suka berkelamin sewaktu minum. Sekiranya kambing-kambing itu berkelamin berdekatan dengan dahan-dahan yang diletakkan oleh Yaakub, maka anak yang akan dilahirkan keluar bertompok-tompok, berbintik-bintik dan berbelang-belang.
Yaakub kemudiannya mengasingkan ternakan miliknya jauh dari ternakan milik Laban. Manakala setiap kali kambing yang kuat dan sihat mulai berkelamin, Yaakub akan meletakkan dahan-dahan yang dikupasnya itu di dalam tempat minum di hadapan kambing yang sedang berkelamin itu supaya kambing-kambing ini berkelamin berdekatan dengan dahan-dahan tersebut.
Namun, bila mana datang kambing-kambing yang lemah untuk berkelamin, Yaakub tidak meletakkan dahan-dahan itu ke dalamnya. Maka ternakan yang lemah secara tak langsung akan menjadi milik Laban dan yang kuat akan dimiliki oleh Yaakub. Dari itu, jumlah ternakan Yaakub semakin bertambah dan beliau menjadi semakin kaya.

7 ulasan:

kekuatan umno putera berkata...

bgosla ngko skang ikot ketua nkgo. Skang nih ajaran Yahudi pulak ngko nak sebarkn kt org Mlayu pulak yer..

Aku rase ngko nih mesti dh kaya kn?

Bgos!bgos! Tunggula ko jadi arang bahan bakar api neraka! AHAHAAHAHAHAA!!!

Krajaan Perak tunggu maser nk MAMPOOOSSS!!!

Pukaymak Rakyat akan MAMPPPPOSSS!!!

hidop umno!!!

Quds berkata...

Apa yang kamu buat bukanlah pengkisahan kembali drp Kitab Pernjanjian Lama, tetapi satu bentuk pengambilan tulisan hasil karya dan terjemahan org lain secara tidak bermoral.

Dimanakah etika kamu? Kamu menulis kembali diinternet dgn hanya mengubah beberapa perkataan sana sini. Bukankah ini satu bentuk PENCIPLAKAN HASIL KERINGAT ORG LAIN SECARA TIDAK BERMORAL?


Wah hebat kamu boleh menterjemah KITAB PERJANJIAN LAMA secara seorang diri? Mesti bahasa HEBREW kamu bukan calang-calang.

(Atau mungkin kamu hanya menciplak satu buku yg telah diterjemaha kedalam bahasa melayau atau inggeris?)

Supaya kononya pembaca akan memuji penulisan kamu sebagai satu bentuk tulisan intelektual. Kiranya mengaharapkan pujian laa ni.

Ingat! BUkan semua orang boleh diperbodohkan. Kamu boleh menipu satu orang dalam satu masa, tapi bukan semua org dlm satu masa.


Tiada persaan malukah kamu dgn perbuatan yang sangat tidak beretika seperti ini?

kawan lama berkata...

quds, kau ni kenapa? setidak2nya org boleh tahu kisah kaum yahudi dari kitab perjanjian lama.

aku pun tahu yg najwan menulis ni berdasarkan beberapa terjemahan. apa yang pasti, dia tulis berasaskan kisah dari old testament. cuma dia susun ikut keselesaan dia utk mudahkan pembaca faham. itu pun jadi masalah ke kat kau?

daripada kau tu, pakai je nama QUDS..tapi apa pun tak buat! apsal? kau takut org islam sesat ke bc kisah yahudi ni? malang betullah kalau ada org mcm kau ni!

Quds berkata...

Wahai Bahalol, aku bukan marah disebabkan dia tulis pasal kisah2 dlm kitab perjanjian lama. Tulislah apa pun wahai mangkuk!

Kalau nak tulis kisah lucah pun itu dia punya pasal.

Yang aku tegur adalah penulisan dia melanggar etika sebagai penulis mahupun blogger. Itu tidak bermoral namanya wahai samdol.

Baca dulu komen aku sebelum ni, jgn hang main pi tebuk tengah2, pastu melatah tak tentu hala.

Berlagak macam pandai tapi yg sebenarnya bodo! sampaikan apa yg aku maksudkan pun tak paham2.

Buang masa aku jek. ceh!

Tanpa Nama berkata...

Haha! Quds melatah. Hei quds, ni dtg2 maki hamun org ni bermoral sgt la yek? Haha! Tolol!

C4 berkata...

Quds.. mula2 bukan main lg tegur org.. bila org tegur blk cepat betul kau melenting...
kalau nk komen yg membina banyak kan membaca.... baca kisah2 sejarah nabi lepas tu buat perbandingan dgn old testament.... ni sesuka hati maki org,mcm x de tamadun la pulak. kalau dh BN tu mmg cam tu le pembawakan dia... Motto dia "BERDOSA KE TIDAK AKU PEDULI APA, YG PENTING KUASA AKU PUNYA"

* Quds dh jd Quda ( bahasa hebrew )

Syahir berkata...

Baca kitab Old Testament tak salah. Walaupun ia dah berubah.

Allah suruh kita beriman kpd 4 kitab.

Tapi skang kita ikut Al-Quran lah pula sejak Nabi Muhammad SAW wafat.

Terjemahan Old Testament dan lain2 kitab dialu-alukan supaya orang Islam lebih faham dan boleh dijadikan senjata untuk argue balik dengan sesiapa.

Relax Quds.