Mengharap Umno Berubah?

Catatan ini ditulis dalam kabut. Kelam kabut.

Jujurnya saya mahu ulas tentang dapatan dari Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini secara panjang lebar namun kesibukan membatasi.

Pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pergerakan Pemuda yang baru amat saya alu-alukan. Begitu juga dengan kemenangan Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal. Cuma saya kurang yakin dengan Hishammuddin Hussein.

Ramai mengharapkan UMNO berubah. Pimpinan tertinggi menerusi syarah berapi Najib Razak menjanjikan perubahan. Saya cuba menaruh keyakinan tapi malangnya -- belum sempat saya resapi inti retorik Najib -- muncul pula ungkapan-ungkapan karut dari para perwakilan!

Masakan pimpinan atasan sektor awam dan institusi pengajian tinggi dipilih dari kalangan setiawan UMNO! Ini usul karut. Ada juga yang melalut mencadangkan agar pegawai-pegawai kerajaan disaji dengan kursus penjiwaan UMNO. Turut muncul ialah cadangan bebal dari seorang perwakilan UMNO luar negara yang mendesak kerajaan menarik balik biasiswa pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang. Apa dia fikir ibu bapa dia sahaja yang bayar cukai?!

UMNO wajib berubah! Bukan sekadar pimpinan tertinggi, bahkan juga penggerak akar umbi. Dunia sudah jauh dipacu. Maka UMNO wajar merenung diri kembali.

Harus diingat, kelak akan muncul enam juta pengundi baru. Anak muda. Belia yang jiwanya bentak.

Khairy punya tugas berat. Cukup berat. Kalau beliau berjaya raih dukungan anak muda, maka hayat UMNO kelak panjang. Jika gagal, maka tunggulah detik untuk rebah!

5 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kusut sangat kepala otak sinajwan ni..tu laa lain kali pikir dulu sebelum join geng anwar
cotton bud berkata…
Salam najwan...

Alhamdulillah!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Terbuka juga hati kawan merangkap teman seperjuangan yg sy kenali sejak di zaman asrama lg ini utk bersama2 mendokong perjuangan satu2nya parti keramat yg bernama "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu" ini...

semoga kemasukan anda dlm PEKEMBAR kelak didorong oleh kesedaran dan keyakinan anda dlm perjuangannya, bkn krn ada udang di sebalik maggi!!

bersama2 kita lakukan perubahan dan pembaharuan!!

Allahuakbar!!!

(saje nk tnye, daftar online ke??)
Tanpa Nama berkata…
wah! suatu yg sangat mengejutkan!
tamparan hebat buat pakatan rakyat.

najwan telah menghebah2kan hasrat beliau di laman facebooknya secara terbuka!

tahniah najwan!

hidup melayu!
hidup melayu!
hidup umno!

semoga najwan dpt bersama2 membantu yb khairy, ketua pemuda umno yg baru!
Tanpa Nama berkata…
sekarang ini kita ingin pula lihat...najwan yang perlu berubah
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum....
hai, sy baru 1st time tgk riwayat hayat ni dan tertarik dgn pemerhatian u dlm politik. selamat maju jaya sy doakan.
Terbaru Lebih lama