Mukhriz & Mahathirisme

Saya kekal menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin merupakan individu yang paling layak menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Meski pun di atas kertas, pesaing utamanya Mukhriz Mahathir kelihatan selesa mendahului dan telah pun disahkan layak untuk bertanding, peluang Khairy masih luas dan cerah. Mungkin analisa Mohd Sayuti Omar wajar dibaca oleh fanatik Mukhriz.

Jika sebelum ini ramai yang melabel bahawa Khairy mendaki kerjaya politiknya melalui pengaruh dari hubungan keluarganya dengan pemimpin tertinggi UMNO, saya kira persepsi itu kini seharusnya dicampakkan kepada Mukhriz. Hakikatnya, Mukhriz menumpang tuah dan pengaruh bapanya, Dr. Mahathir Mohamad!

Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kali ini menyaksikan Khairy selaku anak muda yang lebih matang dan berkarisma. Pengalaman sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selama hampir empat tahun saya andaikan cukup untuk menyediakan Khairy sebagai pewaris kerusi yang antara lain turut pernah diduduki oleh Anwar Ibrahim dan Najib Razak ini.

Kekuatan beliau sebagai seorang pemidato yang berwibawa serta latar belakang pendidikannya yang cemerlang semestinya merupakan salah satu pakej penting dalam beliau berdepan dengan cabaran besar merebut kepimpinan Pemuda UMNO. Melihat dari perspektif hubungan dengan anak muda, Khairy nyata lebih mesra dan dinamik. Berbeda dengan Mukhriz yang lebih aktif dalam lapangan kerja kebajikan dan antarabangsa, Khairy dilihat lebih akrab dengan golongan belia. Mukhriz dilihat sebagai tidak mesra anak muda dan tidak punyai wawasan dan visi.

Memilih Mukhriz bererti menjemput Mahathir untuk kembali berkuasa. Jujurnya, Mukhriz sekadar proksi kepada Mahathir dalam usahanya untuk meneruskan cengkaman dan kawalan ke atas UMNO. Ini ditambah dengan perencanaan untuk menempatkan Najib di kerusi presiden. Percaturan Mahathir kini kelihatan semakin menjadi. Seandainya Najib dan Mukhriz berjaya merebut kerusi yang ditandingi, maka bersiap sedialah untuk melihat Malaysia ditadbir semula dengan fahaman Mahathirisme sebagai teras.

Islam Hadhari tinggal kenangan dan bakal diganti dengan Islam Mahathiri ("Nabi Muhammad tak cukur janggut sebab zaman dia dulu tak ada Gillete"). Nikmat kebebasan dan demokrasi yang sedikit demi sedikit mulai dikecap akhir-akhir ini bakal terhapus dan musnah.

Hidup bernegara akan hilang makna seandainya aliran Mahathirisme ini kembali bertapak di Malaysia. Memilih Mukhriz bererti merelakan sistem kehakiman terus rosak, membenarkan hubungan kaum terus gawat dan mengizinkan kemanusiaan terus bejat.

Saya tegaskan, memilih Mukhriz bukanlah bererti membawa perubahan. Memilih Mukhriz bererti, UMNO akan terus kekal sebegini, dalam keadaannya yang menuju kemusnahan...dulu, kini dan selamanya!

21 Ulasan

Syahir berkata…
Saya rasa pandangan anda ttg Mahathir dan Mukhriz tersasar. Mungkin kerana sentimen tidak setuju dgn Dr.M semasa pemerintahannya.

Mahathirisme mmpunyai pelbagai persepsi dari pelbagai masyarkat.

Bagi saya, Mahathirisme mengajar kita ttg erti maruah menjaga agama, bangsa dan tanah air dari diperkotak-katikkan oleh orang lain terutamanya kuasa asing,

Mahathirisme mengajar kita untuk berkata TIDAK kepada apa2 perkara yang boleh merugikan tanah air dari menjadi boneka tertentu

Mahathirisme mengajar generasi kita ttg erti jati diri, sayangkan tanah air demi untuk berbakti kepada negara,

Mahathirisme mengajar ttg erti BERANI BERUBAH, keberanian untuk mara ke HADAPAN tanpa meninggalkan nilai2 murni yang kita pegang selama ini.

Saya suka Najwan tulis artikel ini kerana ia boleh membuka perdebatan ttg isu ini.

http://www.gunungraya.blogspot.com/
Syahir berkata…
Saya musykil anda menyanjungi Khairy? Hahaha. Terlalu banyak perkara tak elok yang dilakukn oleh Rasputin Malaysia ini dalam untuk menyerahkan kedaulatan, keagungan Malaysia kepada kuasa asing.

Cukuplah, PERJUANGAN KHAIRY, ANAK BINI, DAN KRONI UNTUK MENJARAH DAN MENJUAL MALAYSIA SUDAH SELESAI...

Satu persatu digadaikan oleh team Pak Lah dan kuncunya, Pulau Batu Puteh terlepas...WPI pun sama, banjir Johor angkara siapa, dan byk isu2 mereka yang membawa SIAL KEPADA UMNO dan BN.

Sudah tentu Pembangkang suka jika Khairy dan Dollah terus berkuasa.

TUNGGU MASA SAJA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN..

Itu yang saya dengar sejak akhir2 ini, apakah Najib akan berdiam diri jika terdapat pressure dari grassroot??
Syahir berkata…
It Is Not Enough That Badawi Steps Down. The Entire Trinity of Power and Its Baggage Must Be Thrown Out - By Matthias Chang (LATEST UPDATE)
Matthias Chang
Friday, 10 October 2008 17:46

The rakyat has let out a sigh of relief on the news that Badawi is stepping down in March 2009 and will not be defending his position as President of UMNO.



At this critical hour, we must not be too presumptuous that all has been resolved and we can relax and celebrate the departure of the most vindictive political leader in recent history.



We must have no illusions that the 2nd and 3rd limbs of the Trinity of Power, the Son and the Son-In-Law, will just give up their power and ill-gotten gains. They are adopting a two-pronged strategy. The first is to prepare for the eventuality that if they fail to turn the tide, to have a quick exit with the loot intact. The second is to use all the levers of power to intimidate and manipulate UMNO members to do their bidding and finalise a deal with Najib for their future survival.



We must not allow the Trinity of Power to remain in power a day longer, even if you believe that Badawi is sincere in wanting to retire.



I have grave doubts. Badawi is famous for flip-flops. March 2009 is a long way off. I take the view, that the announcement by Badawi that he is stepping down, as a strategic retreat so as to lull his enemies and opponents to relax their guard while the Trinity of Power continues to plot to retain their hold on power and the levers of the money-making machine.



It makes no sense for Badawi to announce that he is not defending his post as president, and then only to retire in March 2009.



The next five months will be crucial as he still holds the levers of power as prime minister. And if the need arises, Badawi can easily create a crisis to justify a flip-flop and to remain in power. This scenario is most likely when Najib fails to hold the country together when the global financial tsunami hits Malaysia in the next few weeks. Badawi’s diehard supporters are on standby to move in for the counter-attack.



In the circumstances, I call upon all UMNO members to be vigilant and ensure that Badawi resigns as Prime Minister before December 2008 and that the UMNO AGM be convened in December 2008 and not March 2009.



This is the surest way that the Trinity of Power will be buried for good and a reformed UMNO established to meet the challenges of the next General Elections. If UMNO fails to deliver the coup de grace, then UMNO will not survive. This is a given.



When a surgeon removes a malignant cancer from the body, he must ensure that the malignant tumour is removed completely, failing which the remaining cancer cells will rear their ugly heads again and devour the body.



The choice for UMNO is simple.



Get rid of the cancerous Trinity of Power once and for all, or face the return of the menace in the near future.



Do what is right and save UMNO and the country.
Tanpa Nama berkata…
Setuju dengan penulis...
Selalu orang kata 'like father like son'.. Inilah contohnya.. Saya tak nampak beza antara Mahathir dan Mukhriz.. Sama patent je.. Mesti cara mereka memimpin pun sama.. Jika dahulu Mahathir membawa pembangunan yang kononnya menguntungkan rakyat tapi sebenarnya mengenyangkan kroni, maka itulah yang akan berlaku jika Mukhriz berkuasa...
Tanpa Nama berkata…
I guess the only constant thing in the world is change.

All this while bro Najwan has shown his anti-KJ sentiments, equalling KJ to beruk and what not, a now he's among KJ supporters. Boleh jadi the same pattern will occur with this anti-Mukhriz-ism...

Noticed that bro Najwan stopped blogging for quite some time during the few days before and after Sept 16. I guess you took the time to think things over, and reevaluate your principles, which is good.

Sept 16 came and gone and the supposed "negotiations" between DSAI and Pak Lah hilang begitu sahaja, umpama kentut, hangat hanya utk seketika...

I pray that everything will improve for the better.

If you have nothing good to say, just keep your mouth shut, 'cause you might regret it someday...
Tanpa Nama berkata…
kenapalah korang ni susah sgt nak faham? najwan bukannya menyokong KJ sepenuhnya. dia sekadar menyatakan bahawa dia mahu KJ memimpin pemuda umno malaysia.

korang fikirlah sendiri kenapa? najwan dari dulu mmg merupakan simpatisan KJ, sejak dari kampus lagi. beliau nampak seolah-olah keras dan kritikal bila mana KJ keras dan kasar terhadap anwar.

kalau korang tanya kawan2 najwan, tentu ramai yg mengaku betapa dahulunya najwan cukup senang sekali dgn kenaikan KJ dlm UMNO. sehinggalah KJ diboo dan kemudian itu KJ menyerang Anwar Ibrahim.

korang kena faham yg dlm politik ni takde kawan kekal dan takde musuh kekal.

najwan - KJ - Anwar merupakan rantaian politik yang berulang. sebagaimana dahulu KJ cukup merestui perjuangan Anwar, Najwan juga dahulu cukup selesa dgn KJ.

celik mata skit la bro tanpa nama yg kat atas tu! cuba fikir skit, sejak 16 sept KJ tidak pernah serang atau kritik anwar meski pun anwar gagal bentuk kerajaan pada tarikh tu.

jgn terkejut kalau aku ckp yg KJ juga punya hubungan rapat dgn anak-anak muda simpatisan PKR, terutamanya yg berlegar di sekeliling anwar!
Aiman berkata…
i think "tanpa nama" is just giving a reminder. he/she doesn't want the same pattern to happen again.

i visit najwan's blog occasionally and i understand where tanpa nama is coming from. i still remember a picture najwan placed in one of his entries equalling KJ to a monkey. n now he feels that KJ is the best to lead the Pemuda.

Yes, people's opinion may change over time, maybe now najwan feels that KJ is no longer a beruk ( or passionately, "Kera Jadian") and believes that KJ has the potential to be a good leader of the Pemuda.

But najwan's action may lead to other interpretions as well. People may question Najwan's intention expressing such an opinion. Is it sincere? Is he genuinely hoping to see UMNO improve? Or does he hope UMNO sink even further by having KJ lead Pemuda?

I myself have the tendency to believe that najwan's opinion has changed and consequently agree with kawan.

as a friend since the seafield years, i would like to remind myself, najwan,and anyone reading to refrain from any form of name calling, accusation ("A adalah kroni B") and the likes,coz we will be asked about them in the dayafter. As tanpa nama puts it, "if you have nothing good to say, just keep your mouth shut"

I'm not 100% pious nor am i perfect. then again nobody is, apart from Muhammad saw of course.
r_feev berkata…
Salam,

Menarik sekali ulasan dalam entri ini. Saudara Syahir, delusi anda terhadap mahathir dan mukhriz begitu kuat.. namun saya hormati..

Kezaliman, kekejaman, penindasan tidak menjamin kesejahteraan kepada rakyat.. saya berpegang pada kata-kata ini.. "you could never impose your own values towards other people".. apa yang dibuat Mahathir adalah memaksa individu menerima idea dan pendirian beliau.. tentangan ditafsir sebagai ancaman dan perlu dihapuskan.. itu menyebabkan pemerintahan Mahathir tidak lebih dari satu pemerintahan kuku besi..

saya tidak nafikan kemajuan yang dibawa beliau.. namun bukan dek kerana itu dia layak membawa dirinya menjadi seoarang diktator autoritarian...

ini hanya pendapat peribadi dan saya mengalukan pandangan kalian semua di blog saya www.qanunfiatdunia.blogspot.com
Tanpa Nama berkata…
najwan.... bangun kau dari tidur .. :-)
Syahir berkata…
hehe! Saya no hal anda semua nak beri pandangan bagaimana pun ttg Tun Dr. Mahathir serta Mukhriz.

Saya pun faham akan situasi yang melanda kpd Anwar bilamana ia mendapt simpati oleh semua pihak tmasuk di kalangan UMNO sendiri.

bagi saya, KJ pengkhianat tanah air.
Tanpa Nama berkata…
Mukhriz adalah jelmaan Mahathir pada zaman ini... Maka cara beliau juga sama dengan Mahathir...
Tanpa Nama berkata…
nampak sangat anwar kecut perut
syahir the owl ,

awk ni nmpak fanatik sgt muhkriz dan tun . KJ bukan pengkhianat ,beliau tidak pernah menghina melayu @ dan hak2 org melayu .

ulasan yg baik utk Penentang Berani Berubah yg akan merosakkan UMNO serta mengembalikan zaman rejim Mahathir .seblum ini zaman Pak lah kita ada kebebasan tetapi mahathirisme juga amalkan kronisme dan dasar menghalang kebebasan media.

bg aku Muhkriz tiada jiwa org muda spt KJ yg mudah berdampingan dgn golongan belia. Aku pun belum nampak visi dan misi dia utk membantu belia spt KJ yg menerangkan perancangannya untuk belia .Muhkriz skrg menggunakn Bapak dia utk menarik sokongan berlainan dgn KJ yg menggunakan kekuatan sendiri.


Sokongan untuk KJ Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia

sejarahmelayu.blogspot.com
Syahir berkata…
A'kum Saudara Pejuang Melayu. KJ penyebab UMNO dan BN rosak dan hampir lumpuh. KJ dan anasir2 beliau telah menyebabkan byk keputusan kerajaan reversed.

Singapura telah mulai campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Kalau Dr.M amalkan kronisme dan halang kebebasan media, mungkin itu memang berlaku. Setiap pemimpin yang naik mesti ada kroninya kerana kroninya yang akan sokongnya. KJ pun ramai jga kroni.

KJ memang dibenci dan hampir semua akar umbi anti dengan perangai KJ terhadap parti UMNO/BN. Di Kelantan kalah teruk sbb KJ dan bgitu juga lain2.

Jika KJ menang jadi KP, UMNO akan sakit dan akan lumpuh selama-lamanya. No wonder pembangkang sokong sangat Pak LAH flip flop dan KJ ini...


Tak kisah lah Mukhriz guna bapanya atau tak, sbb Dr.M memang berjasa besar selama 22 tahun pembinaan Malaysia ke arah kemajuan. Majoriti rakyat Malaysia masih rindukan Dr.M, sbb itu mereka berharap agar Mukhriz dapat jadi spt bapanya.

'kesalahan' Dr.M kononnnya kontrol media itu hanyalah sangat kecil berbanding sumbangannya pada agama, bangsa dan tanah air. Pak Lah ada apa?

JUAL WPI kat Spura, terlepas Batu Puteh, batal semua projek utk kebaikan tanah air dan macam2.

Perjuangan Abdullah dan Khairy Sudah Selesai.

Mari kita pilih pemimpin utk kebaikan tanah air.

Apa guna bijak berpidato, cakap banyak tapi kosong? Lebih baik pilih pemimpin yg tidak tahu bercakap hebat tetapi tahu buat kerja. Paham2 sajalah..

hehehehe!
syahir ,

awk cakap tiada fakta dan bunyi pun spt amik ayat Tun . Aku pun hairan la KJ yg hanya Naib Ketua Pemuda shj mempunyai pengaruh begitu hebat.

u tahu sebab kenapa Tun berdendam dengan Pak lah kerana pembatalan projek jambatan bengkok dan ia melibatkan syarikat kroni mahathir . Itu menyebabkan mahathir marah dan mula menyerang Pak lah dan KJ dengan pelbagai isu . dan org UMNO terus percaya cerita half true ini bulat2 .


Kalau mahathir nak kata Pak lah mengamalkan kroni ,tengok la diri sendiri dulu 22 tahun memerintah sehingga anak dia antara orang terkaya dia Malaysia .

u cakap KJ penyebab UMNO dan BN kalah dalam PRU 12..banyak lagi faktor dan aku nampak Tun penyebab dan mengajak rakyat tidak mengundi BN ..itu dinamakan undi protes . itu la Tun bila dia ada kuasa dia sayang parti dan bila keluar parti beliau menentang habis2 habisan ..rekod dia menentang parti UMNO memang ada sejak zaman Tunku lagi .

Bila Tun ckp suruh Pak lah diam selepas mengumumkan peralihan kuasa ,baik Tun diam la dari ckp .Zaman Tun dan berlalu ,22 tahun tidak cukup lagi utk berkuasa. Tetapi aku aku yakin jika Proksi dia iaitu anak bapak Muhkriz menang KP ,maka makin kuat la suara Tun dalam UMNO. Tun pasti mahu Najib mengikut telunjuk dia dan sudah bagi amaran pertama kepada Najib jgn melibatkan kroni dan keluarga semasa menjadi PM .

bagi u kesalahan kontro media adalah kecil ..ada lagi yg besar iaitu Taik dan dosa yg ditinggalkan oleh Tun utk Pak lah dan UMNO iaitu Kes yg memalukan 1 malaysia VK linggam correct2 ..memang memalukan la dan linggam ini Peguam Mahathir .

memilih pemimpin harus dilihat track record nya ..zaman mahathir sudah berlalu ..bagi la orang lain perintah dgn baik dengan style nya sendiri dan tida mengikut telunjuk Tun lagi .
syahir ,

awk cakap tiada fakta dan bunyi pun spt amik ayat Tun . Aku pun hairan la KJ yg hanya Naib Ketua Pemuda shj mempunyai pengaruh begitu hebat.

u tahu sebab kenapa Tun berdendam dengan Pak lah kerana pembatalan projek jambatan bengkok dan ia melibatkan syarikat kroni mahathir . Itu menyebabkan mahathir marah dan mula menyerang Pak lah dan KJ dengan pelbagai isu . dan org UMNO terus percaya cerita half true ini bulat2 .


Kalau mahathir nak kata Pak lah mengamalkan kroni ,tengok la diri sendiri dulu 22 tahun memerintah sehingga anak dia antara orang terkaya dia Malaysia .

u cakap KJ penyebab UMNO dan BN kalah dalam PRU 12..banyak lagi faktor dan aku nampak Tun penyebab dan mengajak rakyat tidak mengundi BN ..itu dinamakan undi protes . itu la Tun bila dia ada kuasa dia sayang parti dan bila keluar parti beliau menentang habis2 habisan ..rekod dia menentang parti UMNO memang ada sejak zaman Tunku lagi .

Bila Tun ckp suruh Pak lah diam selepas mengumumkan peralihan kuasa ,baik Tun diam la dari ckp .Zaman Tun dan berlalu ,22 tahun tidak cukup lagi utk berkuasa. Tetapi aku aku yakin jika Proksi dia iaitu anak bapak Muhkriz menang KP ,maka makin kuat la suara Tun dalam UMNO. Tun pasti mahu Najib mengikut telunjuk dia dan sudah bagi amaran pertama kepada Najib jgn melibatkan kroni dan keluarga semasa menjadi PM .

bagi u kesalahan kontro media adalah kecil ..ada lagi yg besar iaitu Taik dan dosa yg ditinggalkan oleh Tun utk Pak lah dan UMNO iaitu Kes yg memalukan 1 malaysia VK linggam correct2 ..memang memalukan la dan linggam ini Peguam Mahathir .

memilih pemimpin harus dilihat track record nya ..zaman mahathir sudah berlalu ..bagi la orang lain perintah dgn baik dengan style nya sendiri dan tida mengikut telunjuk Tun lagi .
Tanpa Nama berkata…
"memilih pemimpin harus dilihat track record nya"

setuju,

kita sudah tahu track record KJ macam mana, have a look at any parliment videos on youtube, tgk perangai KJ macam mana, perangai camtu ke nak diangkat sebagai ketua? masih mahu KJ menjadi ketua Pemuda?

kenapa anak kene tanggung kesalahan bapak? Cakap macam konfirm je Mukhriz = "Mahathir rebirth." The father and the son are 2 different people.

Track record Mukhriz has been good, being involved with NGO, even though he is not as "mesra" as KJ when it comes to the media or the young people, he gets the job done, actions speaks louder than words la bro...
KJ dalam parlimen u boleh lihat sendiri antara muhkriz dan dia sapa lebih lantang,agresif dan mpy karektor ..

ye anak dan bapa ada berbeza,tetapi bapak nya sure akan pastikan anak dia menjadi juruckp baginya nanti @ lebih muda Proksi kepada bapaknya.


bagi aku track record muhkriz cukup mengecewakan sbg pemimpin baru hendak naik .

Jika ramai org cakap KJ kaya ,Mukhriz pula tidak kurang kekayaannya. Bila mahu bertanding Ketua Pemuda ni baru dia kongsi sebahagian kecil dari kekayaannya menabur umpan pada yang bakal menyokongnya. Nak dikira jasa, Mukhriz belum ada jasa besar lagi dalam UMNO dan pemuda. Menderhaka dengan pemimpin ada. Dialah satu-satunya ahli UMNO yang sebaik sahaja menang Ahli Parlimen Jerlun, terus buat kenyataan meminta Pak Lah letak jawatan. Ternyata itu kerja biadap utk UMNO bagi orang muda mengatakan perkara itu. Kalau ayahnya kata begitu, boleh lagi diterima. Tetapi bukan sepatutnya dari pemimpin muda yang mahu memimpin Pemuda UMNO.

Sekali dia biadap, dia boleh terus biadap kerana kebiadabannya dirasakan mendapat restu terutama ayahnya dan menjemput orang lain turut biadap sama dalam kancah politiknya. Permulaan politik Mukhriz tidak begitu baik untuk dijadikan role model generasi hari ini dan akan datang. Nescaya generasi akan datang akan lebih biadap kepada orang senior yang biadap lebih dulu dari mereka.


tak mustahil dia akan biadab lagi kpd Najib dan UMNO sendiri.
Tanpa Nama berkata…
it just shows that Mukhriz berani dan berprinsip, berani mengutarakan apa yang difikirkan oleh khalayak amnya. When he made that statement, he wasn't the only one that felt that Pak Lah needs to step down.

respect is not given but earned. The leaders in UMNO are given respect, they didn't necessarily earned it.

UMNO is weak, it needs some1 who can speak his mind. since for now its either KJ or Mukhriz, i'll go for Mukhriz. Even though KJ may have the credentials (oxford graduate and what not) but mukhriz has the depth of experience and maturity.

I may not be a mukhriz-fanatic and i'm not pro-KJ. but for the time being i think mukhriz's the best choice unless there's a better candidate comes into the picture.
Tanpa Nama berkata…
Teman-teman,

Seandainya anda tidak menyokong Mukhriz, maka anda juga seharusnya tidak menyokong Najib.

Menyokong Mukhriz dan Najib bererti mematikan riwayat politik Khairy.

Najib seharusnya ditolak dan disekat daripada menerajui UMNO. Beliau tidak layak memimpin UMNO, BN dan Malaysia kerana imejnya yang terpalit dgn pelbagai jenis skandal seks, jenayah pembunuhan, penyelewengan dan rasuah.

Dahulu ketika Mahathir memecat Anwar Ibrahim, ketika ditanya sebab mengapa beliau bertindak sedemikian, Mahathir menyatakan bahawa Anwar tidak layak menjadi PM kerana beliau tidak mempunyai imej yang bersih.

Tegas Mahathir, seorang bakal PM bukan sahaja perlu memiliki imej yang bersih bahkan perlu kelihatan berimej bersih. Ini selaras dgn imej Pak Lah yg dipanggil Mr Clean ketika mula-mula dilantik sebagai PM lima tahun lalu.

Berbeza dengan Najib yg mana pada ketika ini beliau dikaitkan dgn pelbagai jenis skandal. Imej beliau yg tidak bersih ini seharusnya tidak melayakkan beliau utk menjadi pemimpin UMNO, BN dan Malaysia.

Khairy Jamaluddin seorang yg berkaliber dan berwibawa. Beliau mewakili wajah baru dalam UMNO. Seorang anak muda yg berpendidikan tinggi, bijak, berdaya saing dan berani berani menyatakan pendapat.

Mukhriz hanya bergantung kepada Mahathir. Disuruh menyalak, maka menyalaklah dia menurut rentak bapanya!

Dari itu kawan-kawan, ayuhlah kita bersatu hati demi UMNO, BN dan Malaysia utk menghalang Najib dan Mukhriz daripada memenangi pemilihan UMNO kali ini.

Mengangkat Najib dan Mukhriz bererti menghancurkan UMNO dan BN.

Kita seharusnya mengangkat Khairy Jamaluddin untuk menarik semula sokongan anak muda terutamanya pengundi baru yang mengundi Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Jika UMNO masih mengabaikan orang muda, bersiap-sedialah untuk ditalkinkan dalam PRU ke-13 akan datang.
anak muda

Mengangkat muhkriz bererti juga mengembalikan semula kem Mahathir ke dlm kerajaan.

Sdr KJ adalah pemimpin UMNO yg terbaik dan palapis utk masa depan UMNO. Skrg ini susah untuk kita mencari pemimpin muda spt KJ anak muda cerdik pandai Melayu yg mempunyai cita2 tinggi.

muhkriz aku lihat mmg la nampak diam tetapi akan menyalak bila disuruh bapaknya shj.dia terlalu bergantung kepada bapaknya shj .


kita harus tolak Muhkriz !!!
Terbaru Lebih lama