"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
-Surah Al-Maaidah, ayat 8
Blog saya dihujani banyak respon dari beberapa orang pengunjung yang kelihatan begitu senang sekali dengan tindakan terkini kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka yang semakin pudar.
Ada pengunjung yang melabel, mencaci dan melontarkan segala cemuhan terhadap Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng, seolah-olah mereka ini penjenayah besar yang telah melakukan pengkhianatan dan fitnah terhadap negara. Tanpa sebarang bukti, ketiga-tiga mereka diheret dari rumah secara mengejut atas alasan menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Saya tidak akan mempertahankan Raja Petra, Hoon Cheng dan Teresa seandainya terbukti secara perundangan melalui sistem keadilan bahawa mereka ini benar-benar bersalah terhadap apa yang dipertuduhkan pun demikian saya sama sekali tidak dapat menerima hakikat bahawa ketiga-tiga mereka telah dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan!
Jika kalian pernah membaca coretan dan luahan bekas-bekas tahanan ISA, maka barangkali kalian dapat menilai sejauh mana zalim dan tidak berperikemanusiaannya akta ini. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, tokoh pejuang kemerdekaan dikhabarkan menemui ajalnya akibat penyakit batu karangnya yang dideritai semenjak ditahan di penjara dibawah akta zalim ini. Menurut cerita Dr. Syed Husin Ali (juga bekas tahanan ISA dari 1974-1980), arwah Dr. Burhanuddin menahan dirinya untuk tidak kencing semata-mata untuk memastikan bilik penjaranya bersih demi memastikan beliau boleh bersembahyang dengan selesa.
Sama ada kita suka atau pun tidak, ISA secara nyata bertentangan dengan prinsip keadilan yang dituntut oleh Islam. Bergelar seorang Muslim, kita seharusnya berani berfikir dan menerima hakikat bahawa prinsip kezaliman sememangnya bukanlah sesuatu yang harus didukung dan dipertahankan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maaidah, ayat 8 sewajarnya direnungi secara jujur dan berani.
Menjadi Melayu bukanlah alasan untuk kita membenci dan bersifat prejudis terhadap kaum lain. Menjadi Melayu dan bergelar Muslim seharusnya menjadikan kita insan yang komited dalam mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran. Tindakan terdesak kerajaan sememangnya suatu kezaliman yang tidak dapat dinafikan. Apalah gunanya kita mencerca dan melaung-laung kebencian terhadap Amerika Syarikat -- yang kita panggil 'syaitan' dan 'pencabul hak asasi manusia' -- kerana menzalimi umat Islam di pusat tahanan Teluk Guantanamo sedangkan tangan-tangan pemimpin umat Islam di negara kita sendiri bergelumang dengan kebejatan dan kezaliman!
Meraikan kezaliman bukanlah sifat seorang Muslim. Meraikan kezaliman tidak sama sekali mendekatkan diri kita dengan taqwa. Menjadi Melayu yang mendakwa dirinya Muslim bererti meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Sifat taksub buta tuli terhadap bangsa sendiri dan kebencian melampau tanpa asas terhadap kaum lain tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Seandainya benar Raja Petra, Hoon Cheng dan Teresa melakukan kesalahan, maka bicarakanlah mereka menurut lunas keadilan yang diperuntukkan. Kebencian bukan lesen untuk kita berlaku zalim. Meraikan ISA bererti kita meraikan kezaliman. Seandainya kita tidak mahu dizalimi, maka berlaku adillah terhadap orang lain.
Saya sokong ISA dikekalkan. Cuma ISA perlu diubah cara pendekatan melalui penyiasatan terhadap tertuduh.
Akta ini warisan sejak zaman British. Maka kini perlu dirombak sesuai dengan ajaran Islam.
Kekejaman terhadap tertuduh perlu dielakkan spt menyeksa mereka dan lain2.
Tapi saya sokong ISA dikekalkan demi keselamatan negara.
ISA mesti dikenakan terhadap sesiapa saja yang mengancam ketenteraman masyarakat, agama dan perpaduan negara.
http://www.gunungraya.blogspot.com/
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #118)
Berbaliklah kepada sunnah nabi yang paling agung.Siddiq,Amanah,Fatanah dan tabligh.
ISA satu akta yang zalim kerana tidak membenarkan seseorang mempertahankan dirinya.Dari satu segi pulak,ISA ada baiknya untuk menutup kebiadapan seseorang.
Kassim Ahmad yang pernah ditahan di bawah ISA juga mengaku bahawa akta ini ada kebaikan pada dirinya.Jadi,bergantung pada seseorang.Tangkap 10 kali pun kalau tak ada kesan,sama jugak.Buat penat.Habis boreh.
oleh : Roslan SMS
S/U Akhbar Presiden PAS
Saya memang sentiasa menggunakan blog ini untuk meluahkan isi hati saya, mengkritik, menyokong dan kadangkala membuat pendedahan. Dan saya terpesona melihat perkembangan blog dan laman-laman web dalam negara yang turut memeriahkan dunia media alternatif ini.
Sebagai penulis apalagi seorang blogger apabila kita menulis sesiapa sahaja yang membaca samada bersetuju dengan pandangan kita atau sebaliknya bebas memberikan komen, kecualilah kita tidak menyediakan ruangan komen. Komen-komen yang kita terima pun sebenarnya masing-masing blogger berhak untuk menapis. Walaupun ada beberapa kategori blogger yang buka seluas-luasnya pintu komen mereka tanpa sedikit pun tapisan.
Bagi saya awal-awal lagi menyebut bahawa saya boleh "tolerate" atau menerima apa bentuk komen sekalipun kecuali ayng lucah, kesat dan kasar bahasanya serta memaki hamun dan menggunakan bahasa yang saya sendiri tidak gunakan dalam blog ini.
Seorang blogger terutama yang blognya dikunjungi ramai boleh memepengaruhi para pembacanya, kalau ia benci sesuatu ia akan menulis dengan tujuan para pembacanya juga membenci, demikian juga jika ia minat atau sayang sesuatu, ia akan berusaha melalui tulisannya mempengaruhi para pembacanya. Terpulanglah kepada kreativiti dan gara penyampaian masing-masing.
Tetapi menulis tanpa pantang penuh dengan mudarat. Apa pun yang kita mampu hasilkan, pastikan ianya tidak melampaui batas, sekurang-kurangnya itulah pantang larang saya. Jangan menulis akan benda atau subjek yang tidak kita mahir atau ketahui. Apalagi menulis perkara yang kita tahu tidak benar dan palsu atau "half truth".
Memang kalau mahu meraih populariti, persetankan segala pantang larang.
Baru-baru ini saya mendedahkan darihal beberapa posting dalam Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis terkenal Raja Petra Kamarudin yang telah mengundang marah badan dan pihak berkuasa agama Islam. Malaysia Today dikatakan telah menyiar dua artikel yang menghina dan merendah-rendahkan Islam, dan satu laporan polis telah dibuat terhadap Malaysia Today.
Bagi saya siapa juga penulis mesti bertanggungjawab di atas hasil tulisannya. Jika ia melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang, maka ia perlulah bersedia memikul akibatnya.
Walaubagaimanapun saya menentang sekeras-kerasnya penggunaan akta zalim ISA ke atas mana-mana penulis atau sesiapa pun (cukuplah penulis-penulis tersohor seperti Said Zahari dan Arwah Samad Ismail menjadi mangsa akta jahanam itu lantaran hasil karya mereka).
Kini sekali lagi saya perhatikan Malaysia Today menyiarkan artikel yang bagi pandangan saya terus-menerus menghina Islam. Di bawah posting "The Great Tudung Debate" di
http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/
Raja Petra telah menghuraikan tafsirannya berkenaan dengan hukum menutup aurat bagi wanita yang jelas menyimpang dari mana-mana tafsiran yang kita sedia pakai. Tidak cukup dengan kekeliruan yang beliau cetuskan, posting beliau telah mengundang keghairahan para pembacanya untuk turut menumpang memberikan komen dan tafsiran masing-masing termasuklah dari yang bukan Islam.
Saya teragak-agak mahu menyiarkan gambar yang dikepilkan oleh salah seorang yang mengirim komen kepada posting beliau, tetapi demi menunjukkan betapa besarnya padah tulisan yang tidak bertanggungjawab saya memohon maaf tetapi merasakan perlu menyiarkannya.
Ini bukan pertama kali beliau melahirkan tulisan seumpama ini. Pernah beliau ditegur tetapi menyatakan yang ruangan komen itu adalah hasil tulisan pembacanya, bukan dari beliau. Bagi saya sebagai seorang penulis yang bertanggungjawab kita turut bertanggungjawab atas apa yang diluahkan oleh pembaca kita, Jika kita rasakan komen yang diberikan terlalu "panas" maka atas kitalah untuk menapis atau menyekatnya, melainkan memang kita mahu ia menjadi "panas".
Baca lanjut di sini :
http://n32.blogspot.com/search?updated-max=2008-09-08T13%3A04%3A00%2B08%3A00&max-results=7
dibawa khas oleh :
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Muslim groups lodge report against Teresa Kok
The Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) and the Islamic NGOs, Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network (Pewaris) today lodged police reports against Selangor state executive councillor Teresa Kok over her alleged act to prohibit the �azan� call to prayer at mosques and surau in Kota Damansara, Sri Serdang and Puchong Jaya.
The reports were made by Pewaris advisor Rahimuddin Md Harun and PPIM Complaints Officer Mohd Nor Imran Yusuf at the Sentul district police headquarters at 11 am.
Rahimuddin told reporters later the police reports were lodged because Kok�s statements could allegedly hurt the feelings of the Muslim community.
�We have made the reports so that the police can carry out the investigations on her because it is feared that the statements can spark racial animosity in Malaysia,� he said.
PPIM secretary-general Datuk Dr Ma�amor Osman said in a statement that PPIM supported the government�s detention of Kok, Malaysia Today blogger Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng under the Internal Security Act (ISA) on Friday. Tan was released yesterday.
�The detentions are proof that the government does not remain silent in matters involving racial sensitivities and the Federal Constitution.
�Matters such as these should be viewed seriously because, if ignored, they could incite hatred in the people, especially the Malays, because their special position has often been disputed by certain quarters,� he said.