Khamis, September 04, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham A. Samad Ismail

Sebaik selesai solat Maghrib, saya menerima SMS daripada beberapa orang teman memaklumkan pemergian Allahyarham A. Samad Ismail, tokoh wartawan yang amat dihormati. Saya mulai mengenal nama A. Samad Ismail sewaktu darjah tiga ketika membaca komik Mat Som, karya Lat.
Menurut cerita beberapa orang wartawan, A. Samad Ismail dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dan berdedikasi. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini merupakan salah seorang aktivis politik yang cukup komited dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan Malaya.
Sekalung takziah saya rakamkan buat keluarga Allahyarham. Pemergian A. Samad Ismail sememangnya satu kehilangan besar buat negara.
Al-Fatihah.

Label: ,

5 Ulasan:

Blogger r_feev berkata...

salam,
Tak sangka kita mengenali Pak Samad dari karya yang sama.. Hobiku ketika sekolah dulu adalah meniru gaya lukisan kartun Lat. Salah satu watak yang sering ku lukis adalah Pak Samad..

Moga Allah menempatkan beliau di kalangan mereka yang beriman dan bertakwa..

Al-Fatihah....

September 05, 2008 12:43 AM  
Blogger ronasina berkata...

omar abdullah melakonkan karektor pak samad dlm 'mat som'

September 06, 2008 11:46 AM  
Blogger Aku oku! berkata...

tok samad...
tiada penggantinya!!
al Fatihah!
..... meniti laut gelora- memoir tok said zahari sikit sebanyak ada memgisahkan peribadi Tok samad

September 06, 2008 12:22 PM  
Blogger Aku oku! berkata...

salam ramadhan untuk bro najwan! lama tak jumpa ekk?masuklah blog kami

September 06, 2008 12:23 PM  
Anonymous 26 berkata...

bagi kami yang membesar dengan majalah komik gila-gila, tulisan pak samad sememangnya kritis dan penuh satira...

September 07, 2008 8:25 PM  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama