Iklan

Ahad, Ogos 31, 2008

Sejarah Merdeka Wajar Diberi Pengertian Baru

Seumur hidup, saya tidak pernah meraikan malam ambang merdeka di luar. Lazimnya saya akan berada di rumah mengadap televisyen menyaksikan keghairahan warga Malaysia menyanyi dan menjerit sambil mengibar Jalur Gemilang. Selepas jam 12 tengah malam, maka Perdana Menteri akan mengetuai pekikan "Merdeka" diikuti dengan persembahan bunga api dan lagu-lagu patriotik.
Sepanjang ingatan saya, aura merdeka pada tahun ini adalah yang paling hambar. Jalur Gemilang juga agak kurang kelihatan berkibaran, baik di bangunan-bangunan mahupun pada kenderaan. Tahun lalu, sambutan kemerdekaan cukup meriah dengan sogokan propaganda seolah-olah nostalgia perjuangan menuntut merdeka hanya dibarisi oleh pemuka-pemuka nasionalis Umno.
Saya menilai kemerdekaan dari pelbagai sudut dan aspek. Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan seharusnya direnungi dan diberikan pengertian baru. Semangat merdeka bersifat palsu yang menjiwai anak-anak muda hari ini sewajarnya dipulih dan dipupuk dengan jatidiri budaya yang lebih mantap dan perkasa.
Hari ini, kemerdekaan negara berusia 51 tahun dan 16 hari dari sekarang, negara ini bakal menjengah usia 45 tahun. Semoga kemerdekaan ini kekal dan negara ini terus diperkasa serta dipacu dengan lebih progresif dan dinamik.
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan!

3 ulasan:

Syahir the Owl berkata...

Merdeka! Selamat hari Merdeka kepada kau Najwan Halimi n selamat berpuasa.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Dalam menyambut merdeka ini jangan kita lupakan pejuang2 kemerdekaan dalam KMM,PKM,API,SEDAR dan banyak lagi, jangan ingat UMNO,MIC dan MCA sahaja pejuang kemerdekaan...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Syahir the Owl berkata...

UMNO sekarang perlu ingat, bukan mereka saja yang menuntut kemerdekaan. Cuma yang nak tuntut kemerdrekaan dengan cara kekerasan dan berkomplot dengan pihak asing ialah Parti Komunis Malaya yang sehingga selepas merdeka telah membunuh ramai rakyat yang tak berdosa.

TOLAK CHIN PENG PENGKHIANAT TANAH AIR INI!