Iklan

Isnin, September 01, 2008

Menolak Taksub Perkauman

Saya meletakkan kefahaman bahawa Allah s.w.t. melarang manusia taksub terhadap bangsanya. Tatkala mendengar ayat ke-34 dari Surah Al-Baqarah, Iblis dinyatakan sebagai seorang kafir kerana bersifat angkuh dan takbur kerana enggan menuruti perintah Allah agar sujud menghormati Adam a.s.
Hujung tahun lalu, saya pernah menulis perihal Iblis yang taksub dengan asal kejadiannya dari api sehingga ke tahap menghina asal kejadian Adam yang diciptakan Allah dari tanah. Iblis kemudiannya diusir keluar dari syurga dan dilaknat oleh Allah sehingga hari kiamat.
Seandainya kita memahami konteks firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-34, juga dari Surah Al-Isra', ayat 61-63, maka kita tidak akan sekali-kali bersifat angkuh dan taksub dengan keturunan dan bangsa kita. Menjadi rasis bukanlah tuntutan dalam beragama.
Harus diingat bahawa Iblis tercampak keluar dari syurga kerana sifat rasis dan taksub terhadap asal kejadiannya. Barangkali Ketua UMNO Bukit Bendera harus belajar menerima hakikat bahawa Iblis adalah bapa perkauman pertama di muka bumi.
Jika mahu menjejak Iblis di neraka kelak, teruskanlah menjadi rasis!

8 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Aku sangat setuju dengan kenyataan anda, sikap mementingkan bangsa sendiri ini dimulakan dengan puak british, memecahkan bangsa2 di sesuatu kawasan dan diteruskan oleh UMNO pula, itu perasaan rasicm itu terserap ke dalam semua bangsa di Malaysia.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

Selamat Berpuasa untuk sekalian umat. Bukak puase ngan korma, bukan bukak puase ngn korek3 jubo!!!kih!kih!kih!

no2barisanno2pakatan berkata...

sikap mementing kan bangsa sendiri..... kalo kita lihat world history and in today world, ia berlaku di mana mana saje di dunia.... it is human nature

Tak salah mementingkan bangsa sendiri... the question is up to what extend.....Moderation is the key... The two extreme sides will be doom....

zami berkata...

setuju dgn no2barisan. sdr. najwan mengutarakan agar kita tidak taksub dengan bangsa kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah memperjuangkan ketuanan Arab. Tidak pernah pula meminggirkan atau menghina suku bangsa lain.

son of Dulla berkata...

Saya bersetuju cuma dalam memperjuangkan agenda parti, kadangkala ia memungkin kita mengatakan sesuatu demi menghalalkan keadaan.

Tanpa Nama berkata...

sory nak betulkan fakta skit.. tahun 1999 ada 2 mp keadilan satu lagi kota baru

triplekill berkata...

kita diarahkan supaye xtaksub dgn bangsa sendiri sedangkan bangsa lain bgitu taksub dgn bangsa sendiri. inilah bangsa melayu. sikap tak apa walaupun diperkotak katikkan bangsa lain. bangsa lain mahu kita jgn rasis sdgkan kaum cina terutamanya sgt rasis.