Iklan

Jumaat, Ogos 29, 2008

Gagasan Perubahan

Pagi tadi saya sempat menonton ucapan alu-aluan Barack Obama dalam menerima pencalonannya sebagai calon presiden Amerika Syarikat (AS) bagi pemilihan yang dijadualkan pada 4 November ini. Obama -- calon dari Parti Demokrat -- bakal berhadapan dengan John McCain dari Parti Republikan, menggagaskan tema perubahan buat rakyat AS.
Obama antara lain menekankan kepentingan diangkat kebajikan dan sikap kepedulian terhadap rakyat terbanyak. Beliau turut berikrar akan mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas rakyat bawahan dalam langkah mengurangkan bebanan yang ditanggung terutamanya dalam keadaan di mana AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi kesan pengaruh ekonomi global.
Melalui ucapan tersebut, Obama turut membidas dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pesaingnya termasuk soal semangat patriotisme dirinya kepada tanah air. Obama menyifatkan bahawa, biar pun wujud perbezaan ketara dari segi pendekatan politik dan dasar, pun begitu atas semangat cintakan negara, seluruh rakyat sewajarnya bersatu dan setia.
Jelas, gagasan perubahan yang dibawa oleh Obama berjaya memukau jutaan rakyat AS yang bakal memilih presiden baru pada bulan November ini.
Gagasan perubahan, tidak kira dimana pun ia dilaungkan bakal disahut oleh warga yang cintakan negaranya. Insha-Allah, gagasan ini akan turut melanda negara kita tidak lama lagi!

9 ulasan:

BukiTiLMu ( BI ) berkata...

pendapat saudara...

siapa yang akan mendapat undi lebih tinggi?

mccain atau obama?

najwan halimi berkata...

Saya lebih senang berharap. Jawapannya: Obama.

BukiTiLMu ( BI ) berkata...

sememangnya sm seperti sy..

kalo lihatkan kepada undian,kedua hampir mendapat undi yang sm..(mungkin lebih kepada obama)

tp kalu nak mengikut kan logik,
kemungkinan besar bangsa kulit hitam america akan mengundi untuk bangsa ya jugak..

dan ade juga bangsa kulit putih yang menyokong obama..

kelebihan terletak pada obama.

syahlizan berkata...

Assalamualaikum,

Saya bertemu laman anda ini kerana mencari snippet M.Nasir.

"dari tegap bertempuh, baik rebah merempuh.- Langgam Pak Dogo."

Tahniah membuat laman sebegini. Teruskan.

p.s : 16hb. Kita Tukar!.

nawawidahalan berkata...

15. Persefahaman Pakatan Rakyat yang hanya terbina kerana menetang BN tidak akan bertahan lama. Setelah BN tumbang apa pula persefahaman yang masih sama antara PAS, PKR dan DAP?

16. Pakatan Rakyat bukan mewakili bangsa atau etnik berlainan tetapi sama cita-cita. Pakatan Rakyat mewakili perjuangan yang amat berbeza antara satu sama lain tetapi menentang musuh yang sama iaitu BN. Setelah musuh tumbang apakah mereka mampu mengorbankan prinsip dan cita-cita perjuangan masing-masing demi perpaduan?

BukiTiLMu ( BI ) berkata...

tertarik..

saudara..

adakah saudara juga menyokong juga segala perjuangan dap?

;)

Syahir the Owl berkata...

Najwan, aku tidak percaya yang Anwar akan mengambil tampuk kerajaan 16 September ini. Anwar mencipta utopia supaya orang kerap berharap. Majoriti MP BN tak mau PR. Mereka masih kekal setia. Tiada satu pun MP BN nak ke seberang. Kalu ada pun tak sampai 1-2 orang saja. Hehe..

Syahir the Owl berkata...

Sila ikuti Perutusan Kemerdekaan Negara oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang boleh didapati di sini.

http://gunungraya.blogspot.com/2008/08/perutusan-kemerdekaan-anwar-ibrahim.html

Tanpa Nama berkata...

saudara najwan...
setahu saya,obama turut mendapat sokongan yahudi US kerana sokongan kuatnya terhadap negara haram israil laknatullah..
tidakkah kita semua dapat bayangkan bagaimana bentuk dasar US terhadap PALESTIN nanti???????
bagi aku,kemenangan obama nanti hanya akan memanjangkan situasi buruk rakyat PALESTIN selama ini...
siapa pn yg menang,RAKYAT PALESTIN akan terus menerima hadiah peluru n bom drpd sekutu kuat negara uncle sam itu...



isihati huzaifahibnuyaman....