Hadiah Dari Pak Din

Din Merican menghadiahkan saya dua buah buku tentang ikon revolusi Amerika Selatan, Ernesto Guevara. Satu daripadanya telah saya khatam, iaitu Cuba: By Korda, menampilkan koleksi istimewa foto-foto yang dirakam oleh Alberto Korda, jurufoto yang merakam imej klasikal Guevara sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia.

Foto yang dirakam pada 5 Mac 1960 (kanan) itu kini menjadi antara imej kegemaran anak muda yang menggayakannya pada kemeja T, topi, lencana, kain rentang serta poster-poster yang menggambarkan semangat perjuangan, jiwa muda yang memberontak serta ekspresi kebebasan dan harapan.

Satu lagi buku tentang Guevara yang dihadiahkan oleh Pak Din berjudul Self Potrait: Che Guevara, yang disunting oleh Victor Casaus. Buku yang sarat dengan foto-foto dari koleksi peribadi Guevara ini antara lain turut memuatkan catatan peribadi, surat-surat serta coretan puisi yang dinukilkan oleh beliau sendiri.

Berbeda dengan buku-buku lain yang turut menceritakan tentang riwayat kehidupan Guevara, buku Self Potrait: Che Guevara ini lebih unik memandangkan ianya dihasilkan dengan kerjasama dari waris dan ahli keluarga Guevara sendiri.

Pak Din, veteran radikal yang kini diberi kepercayaan mengetuai operasi ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur merupakan seorang pembaca yang rakus. Jiwanya masih segar dan senantiasa memberontak. Dan kini, beliau semakin cekap mengaplikasikan penggunaan blog. Cukup mengagumkan!

1 Ulasan

din merican berkata…
Najwan,

Ini cool, brader.

Che Guevera ialah perjuang mencari keadilan dan saorang idealist tetapi kita hendak lah menghormati pendirian beliau. Beliau adalah sa-orang doctor dari kaum keluarga Argentina yang kaya dan tak payah menjadi "rebel with a cause". Beliau boleh hidup senang lenang dan tak payah cari maut di Bolivia. Beliau juga "a cultured intellectual and a poet".

Concept rebel kita hendak ialah insan yang berilmu, bermaruah, berwawasan, dan yang mempunyai sifat mulia dan prihatin tentang nasib and cita cita ummat manusia yang serba berkurangan.Ianya juga sanggup membuat perubahan demi keadilan.

Perubahan itu hendaklah positif dan konstruktif. Maknanya, ini bukan "change for change's sake" tetapi perubahan yang lebih baik dan adil untuk mesyarakat.

"A rebel cannot take things for granted and must fight for betterment of himself, his family, his community, and his country. He cannot stand injustice and poverty".

Apabila Najwan sebut nama jurufoto Korda dan buku foto memoire beliau, saya, saorang Tok, sangat terharu dan sedih melihat gambar sa-orang kanak perempuan yang kecil molek di Cuba yang hanya dapat memiliki sabatang kayu kecil sebagai doll untuk menghiborkan hati dia.Sungguhpun doll itu sabatang kayu, dia anggap benda itu sebagai rakan yang dia sayang. Sedih betul melihat mata dia.

Renong lah tentang nasib dan masa depan sikecil itu yang tidak peluang untuk mendapatkan pelajaran,makan miminum dan pakaian yang sempurna.

Sebagai "rebel", kita tidak boleh menerima ketiadakeadilan ini dan mesti lawan tetap lawan sehabis habisnya. "There is injustice in poverty" and kita mesti hapuskannya dimuka dunia ini.

Dukacita, kebanyakan kita yang bernasib baik tiada peduli tentang hal kemiskinan orang lain. Ini sebab kita tiada ehsan, dan hanya mementengkan diri sendiri dan sebuk membolot harta.

Salam. Pak Din
Terbaru Lebih lama