Iklan

Jumaat, Januari 11, 2008

Tuhan Manusia

Saya baru selesai membaca Tuhan Manusia, karya novelis Faisal Tehrani yang semakin diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Faisal melalui novel tersebut menyinggung apa yang disifatkannya sebagai "kesesatan" yang dibawa oleh aliran pluralisme dan liberalisme.
Ali Taqi, seorang remaja 17 tahun yang bergelut dengan pelbagai aliran pemikiran dan falsafah setelah abangnya Talha murtad. Proses murtad Talha, seorang aktivis gerakan pluralisme mendapat sokongan dan bantuan daripada Aris Iskandar, seorang pendukung pluralisme, peguam dan juga editor majalah yang menyebarkan doktrin liberalisme.
Melalui novel ini, Faisal tampil dengan fakta sejarah, petikan karya akademik, nas-nas dari Al-Quran dan Hadis dalam menghujahkan pemikiran dan pendiriannya berhubung dengan fenomena gerakan pluralisme yang turut disifatkannya sebagai senjata Barat dalam melemahkan akidah dan fikrah umat Islam.
Apa yang menjadikannya sedikit kacau dari kaca mata saya ialah seakan wujudnya persamaan antara watak-watak yang dihidupkan beliau dalam konteks realiti dalam negara pada ketika ini. Watak Aris Iskandar, gerakan liberalisme dan diskusi intelek tentang pluralisme digambarkan sebagai sesuatu yang cukup merbahaya dan seharusnya diperangi. Turut disinggung ialah karakter Aris Iskandar sebagai seorang pemikir liberal yang pernah "bergayut di dagu seorang ahli politik yang disingkirkan kerajaan".
Saya tidak akan menyimpulkan apa-apa dari novel ini. Terpulang kepada para pembaca untuk menilainya. Barangkali kesimpulannya ada pada halaman muka surat awal novel tersebut; dedikasi Faisal untuk semua pencari kebenaran.

5 ulasan:

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

salam..yup memang menarik novel faisal ni....aku juga baru habis baca bila tuhan berbicara....menarik..ada benarnya apa yg dia tulis tu..hahaha

adihamka berkata...

wah...tak sempat bagi pinjam kau dah habis baca.
pemfaktaan faisal dalam buku ni sangat mendalam.
sindiran ke atas individu tertentu..err...no komen.haha!

sanizam berkata...

kalau liberal dalam politik dan kebudayaan tidak dalam akidah, apa pendapat saudara wan.

Amin Ahmad berkata...

Salam Najwan,

Untuk aku Faisal masih kekal dgn gaya yang memukau dalam penulisan.

Tetapi untuk mereka yang mengenal liberalisme dan pluralisme, karya Faisal melalui Tuhan Manusia ini gagal memberikan karakter sebenar mereka yang berfahaman liberal.

Faisal untuk aku masih gagal merobek liberal dari akarnya melainkan cubaan merobek liberal dari 'sangkaan'.

Definisi yang diberikan cukup mirip dengan tulisan Dr. Siddiq Fadzil tentang isu ini dan sekali lagi, untuk aku ia cenderung bersifat 'sangkaan'.

Jika kita tgk dlm byk komentar Faisal, beliau sering mendepankan nama John Hick sbg pemuka idea pluralisme, dan untuk aku ia tidak cukup mewakili persoalan liberalisme dan pluralisme yang lebih besar.

Tanpa Nama berkata...

The author of the novel Tuhan Manusia, Faisal Tehrani (FT), is growing the seed of hatred to a particular group.

FT has got some "insight" of the group via Zehra (maybe a go-between). It is "funny" in one sense because "the Zehra" (in real life) is a male friend.

Is FT a homosexual? Such a wild speculation is based on strong rumours when the author was deeply connected to "liberal" art/literary/political groups during Reformasi period, 1998-2000.

Still remember his "Perempuan Politikus Terakhir" (Wan Azizah) and "Cinta Hari-hari Rusuhan" (Hishamudin Rais).

Do you know FT was also involved in pro-Anwar demonstration (held in Bangkok), organised by APA (Artis Pro Activ) in 1998?

Then FT was accused of "sexually harassing" a male companion (who was active in theatre performance). Do you know FT has directed some performance?

In his recent novel, read page 28-28 or 148-49, FT is attacking "an Aris".

We don't know this fictional character unless/until we check the real life.

Aris is described as:

(1) "seorang tokoh yang sering saya baca tulisan pojoknya di akhbar",

(2) "memiliki sebuah laman web yang agak kerap dikemaskinikan" (maybe a blog?)

(3) "... ramai anak muda yang menjadi pengekor Aris Iskandar. Mereka mabuk dengan nama-nama dan istilah-istilah serta bermacam-macam falsafah"

(4) "... seorang pemikir daripada kelompok liberalis yang pernah bergayut di bawah dagu seorang ahli politik yang disingkirkan daripada kerajaan."

(5) "... memimpin sebuah majalah atau jurnal yang mempertahankan idea Islam liberal dan sekularisme, ... juga seorang peguam."

So, my guess is, FT is referring to some personalities and a particular group in our society.

"Aris" is perhaps Haris Ibrahim (a lawyer), Dr Farish A. Noor (a distinguished academic) or Fathi Aris Omar (a long-time columnist, freelance writer, journalist and activist) or ... all of them!

But among the three, only Fathi has been associated (at least, for some years -- if not now) with "kelompok liberalis yang pernah bergayut di bawah dagu seorang ahli politik yang disingkirkan daripada kerajaan" (i.e DS Anwar Ibrahim).

Fathi is known to have worked with Khalid Jaafar of IKD and Telawi group of students & youths. This Telawi group is quite prominent in promoting philosophy, literature, progressive Islam, art, democracy and political liberalism. They are also active in writing & publishing.

See their website www.jalantelawi.com and their book 'Islam dan Pluralisme'

The issue is: Why does FT hate the Aris in his novel so much?

Is FT for Islam or for personal vendetta?

Addendum: FT's literary friend of the same ideological background is S. M. Zakir, another talented short story writer & essayist (about the same age).

Zakir once condemned this Telawi group in his blog "Mata Kaca" (see: article 'Mazhab Frankfurt dan Sosialis Baru' or in English 'Frankfurt School and New Socialist', 9 Jun 2006) as such:

Di Malaysia selepas pasca-krisis Tun Dr. Mahathir-Anwar, muncul beberapa kelompok golongan muda yang mula menaja ideal-ideal tentang kebebasan, liberalisasi, dan rasionalisasi. Mereka menuntut ruang kebebasan yang mengatasi bukan sahaja campurtangan politik tetapi juga campurtangan budaya dan agama. Nilai dan norma yang sedia ada tidak terkecuali tradisi dilihat sebagai kota purba yang mengekang kehidupan pascamoden yang bebas daripada sebarang batas dan sempadan. Hubungan Negara yang diikat dengan nilai dan keperibadian Melayu dilihat sebagai bentuk ‘authoritarian personality’ yang menjadi regim budaya-politik lama. Sementara kepercayaan dan agama dianggap sebagai milik peribadi yang hanya wujud sebagai ritual dan bukan sebagai pengawas tingkah masyarakat. Perjuangan emansipasi melalui gerakan feminisme, hak asasi, individualiti, etnik minoriti, dan sebagainya dianggap sebagai misi suci masyarakat pascamoden. Selain daripada itu mereka juga mencari ruang ekspresi di dalam dunia jaring teknologi maklumat, penulisan, muzik, teater dan filem. Mereka menuntut ruang dialog dan tafsiran semula bukan sahaja terhadap nilai, norma dan peraturan di dalam masyarakat tetapi juga di dalam kepercayaan dan agama.

Frankfurt School refers to Fathi's interest in Habermas's "public sphere" and Marcuse's "authoritarian personality".

And coincidently (what a coincidence!!!), Fathi once criticised Zakir & FT in his article 'Merobek-robek citra Cak Nun' (see Fathi's book Patah Balek, pg 140).

Is this the real reason for writing "Tuhan Manusia"?

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12644&postdays=0&postorder=asc&start=0