Teruskan Pengorbanan Demi Keadilan & Kebebasan

Masjid di kawasan kejiranan saya cukup meriah pagi ini. Sempena Hari Raya Qurban, sebanyak 16 ekor lembu telah dikorbankan. Pagi tadi, khutbah selepas solat sunat 'Eidul Adha cukup menyegarkan. Seolah-olah ada mesej yang cuba ditujukan buat para jemaah, pun begitu ianya disamarkan secara penuh berhemah.

Upacara korban dan sesi melapah telah pun selesai sebentar tadi. Sekarang ini para jemaah sedang membungkus daging untuk diagihkan sekitar jam 3 petang nanti. Kaum ibu pula sibuk memasak untuk dijamu selepas solat Zuhur.

Saya ditugaskan untuk menyelia proses pungutan bahagian kepala, kemaluan, ekor dan lidah lembu-lembu yang disembelih hari ini (untuk memastikan ianya tidak hilang dicuri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab). Ini merupakan kali pertama saya diberi tugas secara rasmi oleh pihak pengurusan masjid sempena majlis korban hari ini. Jika dulu, saya hanya membantu sekadar yang termampu.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna buat saya. Pengertian qurban itu bukanlah sekadar dimengerti hanya pada hari ini. Qurban (kata akarnya 'qarb'; dikembangkan menjadi aqrab, bererti 'dekat') sewajarnya mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. Saya yakin, pengorbanan demi menuntut kebebasan dan menegakkan keadilan juga merupakan suatu yang cukup mulia dan terhormat.

Salam 'Eidul Adha buat semua. Teruskan berkorban demi keadilan dan kebebasan negara kita yang tercinta ini!

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pah Lah. Bukan atas tiket pembangkang, tapi atas tiket Umno.

Bagi saya, pemecatan Anwar adalah satu konspirasi untuk memantapkan lagi Umno. Jika dilihat secara halus, Orang yang paling berpengaruh didalam pakatan pembangkang adalah orang yang di latih oleh UMNO.

Tanpa Anwar, pembangkang tidak akan sekuat ini.

Anwar telah berkorban hidupnya kepada bangsa Melayu yang tercipta. Kerana beliau, kuasa politik di Malaysia masih lagi dipegang orang Melayu.

Agenda politik Melayu ini halus. Jika tiada Anwar, maka pembangkang kita yang kuat mestilah parti yang bukan Melayu. Jadi untuk mengimbanginya, maka samaada kerajaan atau pun pembangkang kuasa politik sekarang adalah orang melayu.

mungkin ramalan saya ini tidak dapat diterima dan mungkin diangap gila.. tapi saya yakin. Tunggu dan lihat. =)

-Nujum Politik-
Tanpa Nama berkata…
Anwar pembela Melayu? Nak tau tak, antara Intipati pinjaman IMF jika Malaysia nak pinjam pada 1998 ialah: HAPUSKAN DASAR DEB yang pentingkan orang Melayu. Pasal Anwar ikut telunjuk IMF Dr. Mahathir pecat Anwar.

Pada pendapat aku, Anwar nak jadi PM mimpi di siang harilah..dia boleh jadi ketua pembangkang yang tu aku rasa percaya tapi nak jadi PM sorilah..

- Kakiberuk
Terbaru Lebih lama