Iklan

Selasa, Oktober 09, 2007

Setahun

Hari ini genap setahun saya menulis blog di blogspot.com. Hari ini juga merupakan genap 40 tahun ulang tahun kematian pejuang revolusi antarabangsa, Ernesto Che Guevara. Dan ketika menulis entri ini, saya memakai baju T yang mempamerkan wajah klasik beliau sebagai mengenang kemasyhuran tokoh revolusi ini.
Sepanjang satu tahun saya menulis blog, jaringan kawan-kawan dan kenalan saya bertambah luas. Penulis, aktivis sosial, tokoh politik, pejuang hak asasi dan aktivis mahasiswa antara teman-teman baru yang saya kenali menerusi blog. Ilmu saya semakin bertambah dan pemikiran saya lebih rasional dan matang.
Ada segelintir kawan-kawan sekuliah yang menyindir -- menulis blog ini aktiviti yang membuang masa. Biarlah, yang penting saya puas. Saya akan terus menulis, dan menulis. Biarpun tiada yang mahu membaca, saya akan terus menulis.
Selamat ulang tahun yang pertama, Riwayat Hayat!

4 ulasan:

nat berkata...

selamat ulang tahun! :D

RiMa berkata...

selamat ulang tahun, Riwayat Hayat!! semoga panjang umur dan tidak dicekup ISA! muahahahahaha....

eniwei, biarkan saja org2 yg bilang bahwa nge-blogging itu buang masa! mereka adalah contoh org2 yg tidak kreatif dan tidak mampu menyuarakan pendapatnya sendiri secara umum! gimana mo maju cobaa??? hahahaha...

^_~

najwan halimi berkata...

Nat & Rima,

Terima kasih banyak! =)

Tanpa Nama berkata...

Biar apa kata orang..

Aku boleh senaraikan lebih byk aktiviti yg jauh boleh disebut sbg buang masa di mana2..

Blogging, meski ada yg kata buang masa, kesannya cukup dirasa oleh kerajaan..dan masyarakat..