Iklan

Selasa, September 11, 2007

Ekonomi

Program Wacana Ekonomi anjuran Open Dialogue Centre (ODC) di Hotel Residence, UNITEN semalam berjalan dengan lancar. Meski pun terdapat sedikit kelewatan akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, wacana bertajuk “Krisis Ekonomi Malaysia: Faktor dan Alternatif” ini berjaya mengumpulkan sekitar 25 orang aktivis pelajar dari tiga universiti sekitar Bangi iaitu UKM, UPM dan UNITEN.
Kehadiran Tan Sri Khalid Ibrahim dan saudara Khoo Khay Peng (Pengarah Eksekutif SEDAR) selaku panelis nyata telah berjaya memberikan input segar kepada para hadirin tentang kefahaman berkenaan krisis ekonomi di Malaysia. Wacana ini telah dikendalikan oleh saudara Amin Ahmad, bekas pemimpin mahasiswa dari UPM.
Tan Sri Khalid selaku ‘orang lama’ dan ‘otai’ besar dalam dunia korporat tanah air telah mengupas secara terperinci berkenaan punca dan sebab berlakunya krisis ekonomi Malaysia sekitar tahun 1997/98 yang lalu. Saudara Khoo pula lebih memberi penekanan kepada isu-isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan rakyat antaranya soal kenaikan taraf hidup, gaji dan upah yang tidak setimpal, ekonomi kroni dan suku-sakat yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN, juga isu FTA dengan Amerika Syarikat dan trend “bail-out” oleh kerajaan dalam memulihkan perusahaan kroni yang nyata merugikan negara. Satu sesi diskusi turut diadakan dengan perbahasan mengenai gagasan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya ucap terima kasih kepada saudara Nik Nazmi yang memberikan kepercayaan kepada saya dan Amin dalam mengatur dan mengendalikan program ini. Juga kepada teman-teman mahasiswa yang sudi meluangkan masa mengorbankan cuti hari Ahad mereka semata-mata untuk memberikan komitmen terhadap program ini. Semoga pengisian yang diberikan semalam berjaya membangkitkan kesedaran dan inspirasi kepada teman-teman mahasiswa dalam usaha untuk memahami persoalan ekonomi negara ini yang sememangnya tanpa kita sedar menjadi keasingan dalam perbincangan harian kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Najwan, terima kasih juga kpd sdr. atas susah payah. Saya gembira bila ada mereka yg melihat kegiatan aktivisme sbg sesuatu yg positif.

Lebih menggembirakan bila Tan Sri Khalid menyatakan di awal ucapannya "Saya gembira berada dalam majlis yg kurang 'politik'"

Saya berharap adanya panel yg mendahulukan hujah ilmiah berbanding bias politik akan lebih ramai dalam parti2 politik baik kerajaan atau oposisi. Ini akan membantu meningkatkan wacana segar terutama kepada golongan muda.

Saya masih cuba berhubung dgn Khairy atau mana2 tokoh muda UMNO yg berpotensi utk diajak melapangkan lagi ruang wacana ilmiah di Malaysia.

Bicara berimbang oleh Tan Sri Khalid semalam harus mampu menyedarkan mahasiswa dan golongan muda bahawa suara yg mahu kita ketengahkan harus lebih didokong oleh kekuatan hujah dan bukan sentimen semata-mata.

Seperti selalu sy tegaskan - saya bukan org politik - tetapi saya akan selalu gembira bila orang politik boleh menghormati kemuliaan insan dan meletakkan martabat ilmu pada tempatnya.

Selalu berjuang,

Amin Ahmad
012-4667658
siswa_nahdah@hotmail.com

Aqil Fithri berkata...

salaam,

Najwan, Amin, juga teman2 yang lain, bagus sekali usaha2 kalian. Tumpang berbangga. Tahniah! Moga lingkungan kalian bercambah dan mengerakkan.

syeikhryz berkata...

betul tu aqil..ana setuju!.hahahha

najwan halimi berkata...

Saya terharu.

Blogging telah menemukan saya dengan anak-anak muda yang hebat seperti kalian!

iBNuZaCK berkata...

Amin ni yang mana satu?Moderator ke?Tak ingat la pulak..

Tapi saya doakan amin berjaya bawak satu-dua pemimpin UMNo yang ikhlas untuk berdiskusi dalam hal-hal berkaitan negara kita.Baru ada keseimbangan kerana kita dapat dengar suara dua pihak bertentangan.

Terima kasih Najwan sbb jemput ari tu.:)