Iklan

Jumaat, Oktober 12, 2007

Bolehnaut


Beliau merupakan Muslim pertama yang berpuasa di angkasa. Beliau juga bakal jadi Muslim pertama yang merayakan 'Aidilfitri di sana.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie kini dalam perjalanannya menuju Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki roket Soyuz TMA-11 yang berlepas malam tadi dari Kazakhstan pada jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia). Beliau akan berada di ISS selama sembilan hari dan akan kembali semula ke Bumi pada 21 Oktober ini.
Ekspedisi Soyuz ke 16 ini diketuai oleh Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan turut disertai oleh Yuri Malenchenko, angkasawan Russia yang juga merupakan angkasawan pertama berkahwin dari ISS.
Ketika di ISS nanti, Dr. Sheikh Muszaphar bakal menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.
Saya menjangkakan, Dr. Sheikh Muszaphar bakal menerima anugerah 'Datuk' dari kerajaan Malaysia tahun depan atas jasa dan keberaniannya menjadi 'angkasawan' pertama negara.
Tahniah Dr. Sheikh Muszaphar kerana berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas!
Jika Anousheh Ansari, jutawan Amerika berbangsa Iran merupakan wanita Muslim pertama ke angkasa lepas tahun lalu dengan membiayai tambang perjalanannya sendiri yang bernilai USD 30 juta, maka Dr. Sheikh Muszaphar pula agak berbeza kerana keseluruhan kos perjalanannya ke angkasa sebagai spaceflight participant dibiayai oleh dana kerajaan Malaysia, lebih tepat lagi dana rakyat Malaysia!
Malaysia Boleh!

5 ulasan:

RiMa berkata...

err.. gue emang ngga pernah baca koran.. dan gue baru tau kalo si Dokter itu ke ISS cuma menjalankan "tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein"...

pertanyaannya : emang eksperimennya ngga bisa dijalankan di laboratorium di BUMI??

pantes aja US bilang dia Spaceflight Participant....

=|

Tanpa Nama berkata...

Dasar Pembangkang...Buat Apa Pun Tak Pernah Betul...Rasionallah Sikit..Kalau Benda Elok,Kenapa Tidak Positifkan Fikiran...Kalau Benda Tidak Elok,Kita Tentang Habis-Habisan...Janganlah Negatif Sangat Otak Tu

najwan halimi berkata...

anon,

apa yg tidak rasionalnya?

di mana ayat dalam entri tersebut yg menyatakan saya membangkang?

saya rasa tiada langsung ungkapan dalam tulisan saya yg mencela atau menghina.

Tanpa Nama berkata...

Najwan tidak membangkang. Saya setuju dengan kenyataan Najwan. Tetapi ini pendapat saya. Dalam banyak2 decision oleh kerajaan badigoLAH, penghantaran angkasawan merupakan usaha yang tepat! At least, kerajaan BN dapat menggunakan saluran yang tersedia serta mempunyai peruntukan yang lebih untuk ke arah kebaikan. Malaysia Boleh.!
Tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak setuju. Ada ka akbar lidah kerajaan mengatakan ini hasil pembangunan Islam Hadari? HOtak ko...sebelum ini, sudah ada cita-cita untuk menghantar rakyat kita ke bidang sains dan teknologi angkasa yang di ide kan oleh Tun Dr. MAhathir.
Yang ke dua, kenapa host yang jaga rancangan tu terpekik2 dengan slogan baru, Malaysiaku Gemilang, instead of Malaysia Boleh yang sudah sebati dengan kita? Malaysia yang ada pada hari ini sudah hilang seri dan gemilangnya di bawah tampuk pemerintahan Keri dan BadigoLah!!

Apa2 pun, saya sokong Sheikh Muzaffar!
-Kaki Beruk

Tanpa Nama berkata...

Hadanot lagi sesuai la! hehe
-Kakiberuk