Iklan

Isnin, Oktober 15, 2007

Ziarah

Saya kini berada di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Semalam saya bersama keluarga sempat singgah menziarahi kerabat di Taiping dan Bukit Mertajam. Kelihatannya bendera Keadilan menghiasi sepanjang jalan terutamanya laluan menghala ke Cherok Tokkun.
Di Taiping, kami menziarahi keluarga mertua bapa saudara saya. Pelbagai perkara dibualkan melangkaui perkembangan keluarga hinggalah kepada isu-isu politik nasional. Peristiwa 'tangkapan' saya di Ijok dahulu juga antara topik yang sering ditanyakan keluarga.
Bapa saudara saya, bekas wartawan kanan Utusan dan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu melahirkan kekesalannya terhadap kerajaan dalam mengendalikan isu babi di Melaka yang heboh baru-baru ini. Beliau turut mengkritik pasukan keselamatan yang menggunakan kekerasan dan bersikap ganas dalam menangani insiden rusuh di Batu Buruk, Terengganu bulan lalu.
Saya turut diberi motivasi dan dorongan untuk terus aktif berjuang oleh bapa mertua kepada bapa saudara saya itu. Tok Rahim, pesara kerajaan yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sekitar tahun 1960-an dan 70-an kini merupakan seorang aktivis PAS. Seorang yang kuat membaca dan begitu mengagumi pejuang Islam Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Syed Qutb. Beliau yang juga merupakan ahli seumur hidup parti itu menasihatkan saya supaya cekal dan tabah menghadapi sebarang bentuk cabaran dan dugaan.
Meskipun kini tidak dapat bergerak seaktif dulu dan terpaksa dibantu dengan menggunakan kerusi roda, namun semangat dan kekuatan jiwa warga emas ini sememangnya cukup mengharukan saya.
Insya-Allah, semangat dan dorongan beliau itu akan tersemat sebagai azimat perjuangan dan takkan saya lupakan sampai bila-bila.

2 ulasan:

bumilangit berkata...

raya pon masih nak berdakwah.

gua salut!

najwan halimi berkata...

Bro,

Raya tetap raya, perjuangan mesti terus! Hehe! =)

Selamat Hari Raya.