Iklan

Ahad, September 02, 2007

Gul

Membaca rencana kolumnis Zin Mahmud bertajuk 'Apabila Gul Menjadi Presiden' pagi tadi membuatkan saya terfikir sejenak akan gegak gempita kemenangan Parti AK (Adalet ve Kalkınma Partisi) di Turki. Dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Presiden Abdullah Gul dalam berhadapan dengan pendukung tegar sekularisme di Turki cukup mengesankan.
Pertama kali beliau tercalon untuk jawatan presiden beberapa bulan yang lalu, ternyata ianya bukan laluan yang mudah sehingga memaksa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan pilihanraya umum lebih awal demi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.
Pencalonan Gul mendapat bantahan dan tentangan hebat dari pendukung-pendukung sekularisme yang diasaskan oleh Bapa Turki Moden, Mustafa Kemal Atatturk pada 29 Oktober 1923. Penentangan yang kuat disokong oleh angkatan tentera Turki ini (yang mendakwa diri mereka sebagai penjaga sistem sekular Turki moden) dilihat sebagai suatu isyarat kebimbangan terhadap imej Gul dan Parti AK yang berlatarbelakangkan Islam.
Tambahan pula isteri beliau, Hayrunnisa (gambar) yang tampil di beberapa majlis rasmi kerajaan dengan mengenakan tudung turut menjadi sasaran kritikan puak sekularis di Turki. Hujah mereka, memakai tudung bukanlah budaya hidup masyarakat moden Turki.

Imej isteri Gul ternyata berbeza dengan imej isteri seorang pemimpin Islam di rantau Asia Tenggara ini yang menggagaskan fahaman Islam Hadhari di negaranya. Meski pun kedua-dua pemimpin ini mempunyai nama yang sama (kedua-duanya bernama Abdullah), namun demikian imej Abdullah Gul sebagai seorang pemimpin Islam moderat jelas lebih terserlah.
Berbalik kepada ulasan artikel Zin Mahmud, beliau merumuskan bahawa evolusi gerakan Islam boleh dibahagikan kepada tiga bentuk; revolusi, demokrasi dan terorisme.
Gerakan Islam secara revolusi boleh dilihat daripada kejayaan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang melahirkan Republik Islam Iran. Gerakan Islam berbentuk terorisme pula ditampilkan melalui kegiatan Taliban dan Al-Qaeda manakala kejayaan Parti AK di Turki merupakan contoh pertama kejayaan gerakan Islam melalui pendekatan politik berasaskan demokrasi dan sekular. Menurut Zin lagi, apa yang dibuktikan oleh kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan yang menekankan soal ekonomi, kebajikan, pembangunan dan demokrasi di samping menjadikan agama sebagai kompas menunjukkan bahawa seseorang Islamis tidak perlu menjadi anti-sekular. Begitu juga, seorang sekularis tidak semestinya perlu menjadi anti-Islam.
Maka dari itu, apakah mungkin kaedah yang dirintis oleh golongan Islamis Turki dengan menggunakan pendekatan secara demokrasi dan penyertaan dalam pilihan raya boleh mencapai kejayaan? Jika akhirnya Parti AK berjaya, maka ia seharusnya menjadi contoh kepada gerakan Islam di seluruh dunia untuk memilih jalan demokrasi.
Jika Parti AK sudah membuktikannya di sebuah negara sekular seperti Turki, tidak mustahil PAS juga mampu mencapai kejayaan yang sama di sebuah negara sekular seperti Malaysia.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi! ko nih semue sokong ek? Ko nih memang betol takder pendirian lah!Ntah2 ko nih sokong kominis tapi kominis versi di bandar!
Dah lah sokong PAS, DAP dan PKR..pastu nak sokong AK kat Turki tuh! Woi..baik ko sokong UMNO ok?baru dapat keberkatan...rezeki halal daripade ko menentang kerajaan YAB PAK LAH dan KJ di belakang kejayaan Malaysia pada masa kini!! Hidop UMNO! Hidop Melayu! Mampos PAS DAP PKR hahaha!!!!
-Kekuatan UMNO Putera

Ibnu_Ismail berkata...

Salam.

Tulisan yang menarik. Perkara ni sering dibincang sejak kemenangan AKP. Tentang sekularisma, ulama' berpendapat bahawa sekularisma terpesong dari Islam pada dasar. Maka, rosak aqidah mereka yang memisahkan hal2 kehidupan dari agama.

Pada pandangan ana, AKP menggunakan cara itu kerana jelas tertulis dalam perlembagaan Turki bahawa Turki adalah negara sekular. Maka, jika pendekatan menentang sekularisma diambil, akan didakwa menentang perlembagaan. Ini yang berlaku pada Parti Refah.

Mengambil kira maslahah barangkali, maka AKP mengambil pendekatan berbeza dengan mengiktiraf sekularisma. Hanya pendekatan bagi memastikan bahawa Islam memerintah dan pentarbiyyahan kepada rakyat mampu dilaksanakan.

Di Malaysia keadaannya berbeza. Pemimpin dari Parti Nasionalis UMNO bermati-matian menyalak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Walhal, pemerintahan mereka yang 'memilih juzuk Islam yang mereka mahu sahaja' tidak berbeza dengan sekularisma. Malah, apa yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia juga samar tentang isu ini.

Memandangkan sekularisma adalah isu dasar, dan keadaan di Malaysia yang tidak memaksa seperti di Turki, maka apa perlunya untuk PAS mengiktiraf sekularisma? Kerana sekularisma bisa merosakkan aqidah. Dan aqidah adalah perkara dsar di dalam Islam.

Ini tidak bermakna bahawa PAS memusuhi INSAN-INSAN sekular. PAS memusuhi sekularisma. Sebagai contoh, Lim Kit Siang dan DAP. PAS tidak memusuhi Lim Kit Siang dan DAP, malah bekerjasama dalam beberapa perkara. Namun, sekularisma yang dibawa DAP itu yang mengakibatkan DAP menarik diri dari pakatan BA. PAS tegas dalam perkara dasar Islam, tetapi fleksibel dalam perjuangan menuntut keadilan rakyat.

Cukuplah komen ini. Ana bimbang masuk pula perkara-perkara yang terlalu mendalam. Patutnya komen sahaja kan (^^,). Ini pendapat ana sahaja.

Kesimpulannya dalam keadaan ini, PAS tidak sekali-kali akan mengiktiraf sekularisma, sebaliknya dalam perkara menuntut keadilan dan sebagainya maka PAS tiada masalah untuk bekerjasama dengan golongan sekular. Adapun AKP, pendekatan mengiktiraf sekularisma lebih sesuai dengan keadaan semasa dan lebih mudah untuk mentarbiyyah rakyat untuk menerima Islam yang syumul.

WaLlahu a'lam.

p/s: dicadangkan untuk baca artikel ustaz hasrizal di http://saifulislam.com/?p=754.

Ibnu_Ismail berkata...

Kepada Kekuatan UMNO Putera, apa kami makan rezeki haram bila menentang UMNO, Pak Lah dan KJ? Ke ada pimpinan UMNO yang makan duit rakyat secara haram? Berkat kah harta tu walaupun sokong UMNO?

Berkat kah rezeki, kalau rezeki yang dapat tu digunakan untuk menghina hukum Allah?

Sesuatu yang dijangkakan dari ahli UMNO. Perangai buruk. Memang syarat sah untuk jadi UMNO perangai kena buruk agaknya.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!
MEMBANGANG BERSAMA ISLAM HADHARI!

Tanpa Nama berkata...

hoi mangkuk jamban yg hantar komen pertama tu!

eja komunis pun salah!

wahai kekuatan umno putera yg bodoh lagi bangang..

mari aku eja kat kau...

K.O.M.U.N.I.S = komunis

bukan kominis!

Bodoh, tak pegi sekolah! Jangan2 kau ni budak SPM lingkup kot!

Pastu jadi rempit, main bohsia apa semua..then KJ pungut, bela bagi makan dgn duit, sikat rambut kau apa semua.

Itu sebab gamaknya kau duk puji2 angkat dia melangit tinggi tu. Dah termakan BODY rupanya (oops,silap..BUDI..hehehe)
Mungkin jugak org yg takde prinsip mcm kau ni sanggup jual maruah dan tubuh badan demi mendapatkan sekeping not RM50!!!

Dasar Melayu Bacul tak bermaruah!

Mungkin kalau KJ ni kata dia Tuhan pun kau sujud sembah kaki dia jugak kot.

And kalau dia kata dia Nabi pun kau percaya..biasala, ISLAM Hadhari, tiada yg mustahil!!!

Inilah jadinya bila terlalu taksub dan fanatik terhadap manusia.

Sampai makan duit UMNO pun dia ckp berkat. Adui, betul bahalol la kau ni Kekuatan Umno Putera.

aku setuju dgn ibnuismail, mmg nak masuk UMNO, syarat SAH nak masuk UMNO ni kena ada 2 syarat utama:

1) Mesti Bodoh dan Bangang
2) Mesti Perangai Buruk Macam Syaitan

Kekuatan Umno Putera, berhentilah menyalak. Jangan jadi anjing yg bertuankan graduan 2.26!!!

-Kebodohan UMNO Bebal

Aqil Fithri berkata...

teman,

sudah lama saya percaya, bahawa hanya ada dua jalan saja buat PAS untuk memerintah malaysia:-

1. menjadi sekular yang tidak anti-agama, atau

2. menjadi harakah islamiyyah yang letakkan shahid sebagai wahananya.

tapi saya percaya, dua-dua itu bukan pilihan PAS. Ia lebih selesa dengan politik kabur!

Syafiq berkata...

Assalamualaikum w.b.t saudara najwan.

Saudara ada komen di blog sy
www.syafiqr.blogsopt.com

hehehe. tak tahu tahun bila, sebab tak ada tarikh kat blog lama tu.

apa2 pn sebenarnya saya dah tukar blog.
blog baru sy di
www.syafiquniten.blogspot.com

tapi buat masa ni sy x pandai menulis lg spt saudara, apa2 pun sy banyak copy-paste artikel/video yang Insha Allah m'gambarkan fikrah sy.

di blog lama tersebut saudara ada tanya sy belajar kat mana.
hehehe, harap nama blog baru sy tersebut dapat menjawab soalan saudara.

Wassalam...

Faisal Tehrani berkata...

Salam,
HAYIR! (huruf besar) - Tidak, AK Parti bukan parti Islam, tidak ada gerakan Islam yang harus 'perasan' dengan kejayaan AK parti.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

wei ko kebodohan UMNO Bebal..ko tu memang bebal..tahu pun ko tu bebal..baik ko keluar UMNO la tau. Kenape kau benci kat Naib Ketua Pemuda? Dia tetap ketua kita dalam UMNO..dan ko patut hormat dia! baik ko sokong lain la kalu ko sendiri benci kat dia.Biar la aku nak eja kominis ke komunus ke kehunus ke..yang penting orang paham maksudnya!Cis...! asyik nak berdebat je..hahahaa!!!!
-Kekuatan UMNO Putera, Begantung kepada Kekuatan Karisma Khairy!

Tanpa Nama berkata...

"Gemar berkhayal, tidur dan makan. Antara bacaan kegemaran ialah buku-buku yang segar dan kritis. Romantis dan obses dengan cinta. "

CIS!! GEMAR BERKAYAL..TIDUR DAN MAKAN..PATUT LA LEPAS BANGUN TIDOR MERAPU TAK TENTU HALA! BLOG BUKAN BEST PON..BAIK KO CAKAP PASAL CARA NAK BANTU MELAYU LAGIK BAGOS LA..NIH KUTUK MELAYU DAN HINA PEMIMPIN BAIK UMNO..AKU TAK PAHAM LA KENAPA DUNIA NIH TAK ADIL..ORANG BAIK MACAM KHAIRY PUN BOLEH DIFITNAH DAN DICERCE!!
-KEKUATAN UMNO PUTERA

Hairul Azri berkata...

“Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah SWT adalah beserta dengan orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(al-Ankabut: 69)

Objektif khuruj dijalan Allah:-
i)islah diri dari segi iman da amal
ii)menghidupkan agama di tempat khuruj
iii)belajar usaha agama cara Nabi SAW

Kesan peribadi khuruj dijalan Allah
i)dapat praktik kesempurnaan agama dalam hidup seharian.
ii)dapat buat dakwah bila2 masa dan di mana2 24jam dalam hidup seharian.
iii)dan banyak lagi jika hendak disenaraikan.

Ade Nabi SAW ajar masuk universiti amek mechanical engineering selama 4 tahun?Tapi tak salah bukan?

Sebenarnya khuruj di jalan Allah selama 3hari,40hari,4bulan adalah untuk memudahkan kerja2 agama dilaksanakan. Mudah untuk menentukan tugas, membahagikan tugas, merencana pelan tindakan dalam suasana pembelajaran atau pembaikan diri. Kita perlu tempoh tertentu untuk melaksanakan suatu kerja yang penting. Ini dipanggil ‘management’ atau pengurusan pintar.

Ini juga sebagai tanda komitmen dan pengorbanan terhadap agama secara tidak langsung terpaksa bermujahadah supaya tercapai target untuk khuruj selama azamnya(3hari,40hari,4bulan). Mujahadah tersebut adalah tarbiyah supaya rasa sayang kepada agama dapat berputik.

Pelbagai mujahadah terpaksa dilalui, antaranya:
i)menyediakan bekalan sara hidup keluarga selama mana khuruj fisabilillah.
ii)mula berjimat cermat dalam perbelanjaan supaya belanja untuk khuruj dapat dicukupi.
iii)hati akan tawajuh kepada bantuan Allah supaya dipilih khuruj fisabilillah dan Allah pelihara keluarga sepeninggalannya.
iv)berusaha untuk menahan nafsu untuk mentaati seluruh tertib yang digariskan oleh ulama yang diambil dari alquran dan hadis.
v)dan beratus ribu lagi....

Terdapat juga kisah jemaah dakwah para sahabat yang berkampung di daerah sekitar mekah-madinah selama 3hari.(kitab hayatus sahabah karangan sheikh muhammad yusuf)

Terdapat kisah Umar RA menetapkan tempoh perajuritnya berada di medan selama 4bulan.(kitab hayatus sahabah karangan sheikh muhammad yusuf)

Beribu-ribu pelajar Malaysia tinggalkan keluarga dan melanjutkan pelajaran ke USA, London untuk perubatan, kejuruteraan dsbgnya. Ada dalam Al-Quran?Hadis?Sebabnya bidang tersebut lebih banyak kepakarannya di negara sedemikian.Tidak salah bukan?

Oleh itu, usaha agama cara yang ditunjuki Nabi SAW dan para sahabat dapat dipelajari lebih mendalam di tempat usaha ini dihidupkan semula setelah beratus tahun ditinggalkan umat. Sebab itulah India kerana kepakaran dalam bidang ini ada disana. Allah tak tengok warna kulit tapi takwa yang membezakan kita. Itupun hanya Allah yang tahu.

Sebenarnya umat islam kini bukan lagi seperti pada zaman khalifah Umar RA dimana Allah letakkan 2/3 dunia bawah tapak kaki mereka. Tamadun islam telah hancur dan kita sedang berada pada zaman Mekah semula ketika orang islam lemah dan masih lagi dalam proses pembentukan iman.

Ketika para sahabat diseksa dan dibunuh, dipulau, disekat ekonomi tetapi Nabi SAW tidak isytihar perang kerana para sahabat lemah dan masih dalam proses pembentukan iman.

Berbeza ketika perang Badar dimana para sahabat disuruh berperang kerana para sahabat telah sempurna iman walaupun tanpa kelengkapan ketenteraan yang cukup dan bilangan sedikit serta lemah ketika berpuasa.

Sebab itulah usaha agama ikut tertib Rasulullah SAW ditumpukan kepada usaha atas iman dan amal. Menghasilkan orang yang bertakwa secara beransur-ansur berpandukan modul-modul yang ditunjuki Rasulullah SAW. Seterusnya dapat menarik bantuan dari khazanah Allah SWT seperti para sahabat. Inilah senjata rahsia umat islam.

Apa gunanya nuklear bom dan kerajaan islam tetapi secara umumnya seluruh umat islam mempunyai iman dan amal yang rosak. Allah SWT hantar orang kafir untuk 'belasah' umat islam dan tsunami (kepada acheh walaupun itu adalah serambi mekah) kerana umat islam sendiri telah jauh dari agama dan buat amalan yang rosak serta degil tak mahu melaksanakan tanggungjawab usaha agama ikut cara Nabi SAW. Agama hanya dapat dibangunkan dengan cara dan tertib Rasulullah SAW dan para sahabat.

“Kalu kamu membantu (agama) Allah SWT nescaya Allah SWT membantu kamu (untuk mencapai kemenangan ) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”(Muhammad:7)

Orang kafir hanya yakin dengan kemampuan makhluk dan tidak yakin kepada kekuasaan Allah SWT. Sebab itu mereka tidak melakukan serangan ketenteraan atau ekonomi terhadap usaha agama cara Nabi SAW kerana tabligh bukan kerajaan, tidak berdaftar, tiada bom nuklear, tiada tentera. Tapi mereka faham bahawa bantuan Allah SWT bersama orang yang bantu agama Allah. Oleh itu, mereka cuba jauhkan umat islam daripada usaha agama dengan perkara-perkara melalaikan dengan 5S iaitu:- sex,sport,sound,smoking,standard.

‘sex’: termasuk apa-apa sahaja bentuk hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram di sekolah,universiti,tempat kerja, keluarga, dan tempat tinggal, kecuali yang harus.

‘sport’:-riadah adalah betul jika kena caranya. Kesukaan melampau sehingga sanggup bersengkang mata utk menonton bola sementara malas bertahajud adalah pelik.

‘sound’:-Alat muzik dan filem-filem yang melalaikan. Tak berdosa kah melihat rambut bukan mahram dalam kaca TV?

‘smoking’:-Apa-apa sahaja dadah yang melemahkan jasmani dan rohani umat islam.

‘standard’:- Orang kafir telah menetapkan standard terhadap politik,sosial, ekonomi, perundangan, pendidikan, pemikiran, pakaian, perniagaan, kewangan, cara hidup, media cetak dan elektronik dan pelbagai lagi.

Oleh itu penting bagi seluruh umat untuk kembali menjalankan usaha agama cara Rasulullah SAW iaitu usaha atas iman dan amal supaya dapat menangkis serangan halus pihak musuh islam seterusnya membangunkan semula kegemilangan umat dengan cara membaiki hubungan dengan Allah SWT.


“Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa…”(an-Nur: 55)

“Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab kami menolong orang yang beriman.”
(Rum: 47)


Hubungi saya Hairul Azri 012-6050170 atau email hairulazri66@yahoo.com

me,myself n all around da world berkata...

Akhi faisal.

AK mmg bukan parti islam-setuju

tapi sekurang2nya dia berjaya menerapkan kembali nilai2 islam di sana.dan itu adalah juga kejayaan bg umat islam yg lain yg menganggap diri mereka bersaudara.xtaulah kot2 akhi faisal tak suka kpd kejayaan tersebut.