Dirgahayu Indonesia!

Saya masih ingat imej tugu Soekarno-Hatta di luar lapangan terbang ketika saya menjejak Indonesia hujung tahun lalu.

Enam puluh empat tahun dahulu, dua individu yang diabadikan menerusi tugu itu telah memacu Indonesia meraih kebebasan dari penjajahan Belanda.

Esok, saudara-saudara kita di Indonesia bakal merayakan tanggal keramat 17 Ogos, detik bersejarah yang menyaksikan kemunculan sebuah bangsa hebat yang bebas dan bermaruah.

Saya mendoakan kejayaan berterusan terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan kelangsungan budaya buat semua warga Indonesia.

Semoga silaturahmi yang terjalin bisa terus utuh dan teguh meskipun adakalanya digugat oleh keterlanjuran beberapa kerat elit politik yang angkuh.

Dirgahayu Indonesia! Semoga terus maju dan gemilang!

2 Ulasan

infomajlisilmu berkata…
Salam wbt.

Alhamdulillah, byk info yg kami pelajari.

Jemput layari www.infomajlisilmu.blogspot.com

Jazakallahu Khair.
dayana berkata…
Trimakasih^^
semoga berbagai isu negatif antara indonesia malaysia tidak memutuskan silaturahmi antara dua negara tetangga ini..Jaya terus Malaysia dan Indonesia!!
Visit me yah my page
Or my site @ Trimakasih
Terbaru Lebih lama