Sidang Bawah Pokok

Maka Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi sebulat suara bersetuju menyokong penuh kepimpinan Ir. Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan juga bersetuju agar DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri yang baru.

Sidang DUN yang diadakan di bawah sebatang pokok ini sememangnya mengukir sejarah tersendiri. Parameswara membina Melaka bermula dari bawah pokok. Begitu juga Ipoh mendapat nama dari sebatang pokok.

Dan kerajaan Pasir Dua Butir yang digugat oleh Laksamana Fa So La juga bertahan di bawah pokok sebelum tiga orang laksamana iaitu Do, Re dan Mi berjaya membunuhnya.
Maka sejarah negeri Perak akan bertambah menarik sebermula hari ini gara-gara satu sidang di bawah pokok.

7 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
memang nampak gile kuasa
Tanpa Nama berkata…
gile kuasa takpe lagi daripada orang gila rampas kuasa!...

akai ada ka
Tanpa Nama berkata…
gile kuasa memang takpe lagi dari orang yang rampas kuasa.. bila dapat rampas balik, orang gile kuase lagi gila dari orang yang telah rampas kuasa, dan yang rampas kuasa ramas balik, gila kuasa rampas..

akhir2 dua2 pi tanjong rambutan.. sbb sama2 gila..
Amel Hanan berkata…
Semenjak hari ini, pokok ini beta namakan Pokok Sidang Haram - titah Sivakumar kepada orang-orangnya.
Tanpa Nama berkata…
Gila kuasa...
Hang cakap kat sapa no gila kuasa?
50 tahun tak tukar2 kepimpinan sapa gila kuasa?
kalau tak sebab sabah & sarawak hang ngn pak2 hang dah kene tendang..
hang tunggu la lagi sekali pilihan raya....
x duk bawah selipar duk bawah lori...
Tanpa Nama berkata…
Beberapa bulan lalu, Tadika KEMAS dikunci meyebabkan guru-guru dan murid-murid belajar dibawah pokok. Sekarang giliran yg berkuasa ketika itu pula menunjukkan contoh kepada murid-murid tadika-tadika itu. Doa murid-murid dimakbulkan nampaknye.
Tanpa Nama berkata…
La...
Tajuk Gila Kuasa Tukar dah no Jadi Tadika Kemas...
Bila masa no tadika kemas duk blaja bawah pokok..Bukan tengah panas ka?
Kalau jadi aku no haramkan je tadika kemas...
Budak2 sepatutnya dari kecil diajar doa2 harian, cara bersembahyang ,menutup aurat..
ini belaja jadi pom2 girl..
Haha..Elok orang gila kuasa ni berundur la..Jangan malukan sistem pendidikan di malaysia...
Terbaru Lebih lama