Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. 

Apa maknanya semua ini?

Maknanya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

20 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Apabila datang pengkhabaran dari Ahli Kitab, jangan nafikan dan jangan benarkan. Cukup sekadar cakap saya beriman dengan Allah
Syahir berkata…
Nabi Yaakob A.S ada anak bernama Yahuda. Dari situ ia melahirkan keturunan sebenar Bani Israel.

Arab berasal dari keturunan Nabi Hud A.S.

Kaum 'Yahudi' sekarang bukan berasal dari keturunan Bani Israel yang beriman dari salasilah Yahuda, kerana mereka salasilah terakhir sudah hilang dan pupus.

Kaum Yahudi sekrang merupakan orang Khazar yang takda kena mengena dengan Yahuda. Khazar ini tinggal di Russia, German, Romania, Bulgaria dan sekitarnya. Pada abad ke-8, mereka menganut agama Yahudi dan kitabnya ialah Talmud yang dijumpai. Sebelumnya mereka asal dari Kristian.
Najwan Halimi berkata…
Syahir,

Bani Israel tak pernah pupus. Yang berketurunan Khazarian asal Rusia hanyalah beberapa orang pemimpin Zionisme termasuklah pelopornya Herzl.
Khalid Jaafar berkata…
Najwan, tulislah riwayat hidup Herzl itu. Aku nak tulis tak sempat. Aku ada biografinya.
Paracletos berkata…
Apa yang pasti, semuanya berasal daripada adam.

baik omputeh, yahudi, arab, melayu atau orang2 dari lembah hindus.

bersatulah anak adam.
Tanpa Nama berkata…
Salam, maaf bro..,
aku cuma nak kongsi sikit saja,harap terima dengan terbuka, hadis pasal bani jawi dan imam mahdi ni sebenarnya di tolak oleh ulama hadis sebab ia direka-reka oleh ulama Syiah..memang arab panggil kita jawi, tp itu semua xde kaitan dgn satu bangsa khusus dari nabi ibrahim...

dan pasal keturah pula, cerita ini sebenarnya ada pengaruh agama bahai sebab pengasas bahai ni dia pun mengaku keturunan nabi ibrahim melalui keturah..

x semua ahli sejarah (yahudi&arab) kata keturah tu wujud, sbb ramai kata bahawa keturah sebenarnya adalah hajar yg kembali hidup bersama selepas kematian sarah..

bagi yg kata keturah bukan hajar pula, keturah ada enam anak, dan daripada enam anak ini, maka lahirlah suku-suku kaum arab (agama yahudi) diwilayah utara dan ada yg berpendapat bahawa yahudi yg berada bersama2 dgn org islam di sepanyol berasal dari keturah..

aku pun tringin jugak nak jadik keturunan nabi ibrahim, tp kalau dah memang bukan, nak buat macam mana..hukum berdosa mengaku sesuatu yg bukan milik kita, tambah2 cerita sebegini yg langsung tiada bukti di mana2 universiti arab ka, U yahudi ka,U kat eropah ka, U kat M'sia pun tarak

Allah bukan nilai kemuliaan ikut keturunan kita, kalau Bani Hashim pun tapi sial macam Abu lahab pun nak buat apa, jadi tak kisahlah kita ni bani apa pun...
Tanpa Nama berkata…
Cerita Keturah bukan berasal dari Univ. Tetapi cerita Keturah berasal daripada orang tua-tua.

Siapa kata Nabi s.a.w. tidak sebut pasal Keturah. Nabi s.a.w. pernah sebut pasal Bani Ishak yg akan membunuh yahudi durjana nanti.

Siapa Bani Ishak ??? Takkan lah yahudi kot.. Mestilah Umat Islam jugak. Dan Bani Ishak ini dari Timur jauh.

Walaupun nama Keturah tidak disebut oleh Nabi s.a.w. . Namun nama Bani Ishak sudah cukup utk kita fahami.

Kisah Keturah bukan utk kita menganut fahaman asobiyah. Tetapi utk kita tahu sejarah. Kenapa sesetengah org Melayu begitu taksub dgn sejarah Arab dan sejarah Yahudi. Tetapi langsung tidak mahu ambil tahu tentang sejarah Melayu. Bukankah Melayu sebahagian daripada sejarah manusia juga.
Unknown berkata…
sokong tanpa nama. ;)
Zainal Abidin berkata…
salam..

"Allah bukan nilai kemuliaan ikut keturunan kita."

saya sokong apa yang tanpa nama cakap...

sesungguhnya allah tak menilai manusia di akhirat kelak melalui keturunannya..

tetapi sebesar mana takwa kita pada allah...

hatta anak nabi nuh a.s dan bapa nabi ibrahim a.s pun masuk neraka kerana kekufuran mereka...

sesungguhnya kita, manusia dan seluruh isi langit dan bumi ini adalah milik allah...

KITA CUMA HAMBA..HANYA SEORANG HAMBA...kepada PENCIPTA YANG MAHA BESAR
Tanpa Nama berkata…
huhuh... aku suke kome2 ni sume... ilmu masing2 sume dh tahap kuar fatwa.. tahniah... nak cayer sudah.. xcaye pun xper...
HumanRespect berkata…
Mengarut..tiada asas dan bukti....
Tanpa Nama berkata…
mengarut.. tiada asas dan bukti
Ibnu manaf berkata…
Bukan ke ismail bpa kabilah arab....hurm......
Tanpa Nama berkata…
Salam,aku pn ade bace jgak kisah hal2 yg korang sebut tu dan nk kate aku 100% pcye pn xjgak,xpcye langsung pn xjgak cume ia skdar utk pengatahuan aku shje..ape pn allah lebih tahu dri kite,yg pasti yahudi akn di laknat allah..
Tanpa Nama berkata…
Ape pn kite org mlayu mst bersatu kembali dri sudut agama,kemasyarakatan,moral dan juga sosial..
Tanpa Nama berkata…
Cam ni lah..Jangan dikaji..

Serahkan pada Allah

Keturunan ku dah lama simpan benda2 ni.. Dan sejarah dalam buku teks sekolah tu, ada yang palsu. Antaranya adalah, Melayu xhuduh gadoh/perang pakai keris dan lembing.. Ambil contoh Raja Johor, sebagai lanun, mestilah ada kapal dan senjata dan xmustahil kita ada meriam. Sebab orang melayu dahulu kuat merantau.

Cuba lihat contoh ini:

Ini huruf arab:

ا ب ت to ي

Huruf Parsi(persian) sama, tapi ditambah titik nya, contoh:

ﮊ ﭪ ﭻ ڠ

lebih kurangkan? contoh: ف fa dijadikan pa ﭪ

Contoh ayat: Pa yung ڤا يوڠ

Jadi, bagaimana tulisan arab dan parsi digunakan oleh orang Melayu?
Dari mana datangnya?




Surah al-Qashash (28) : 4
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)


Jika mahu cari juga, ini ayat dia. Carilah kaum yang tertindas dinegerinya sendiri. Dalam kaum itu lah datangnya Mahdi
Tanpa Nama berkata…
Tiada kaum didunia ni yang orangnya tertindas dinegara dia sendiri. Itu perjanjian Melayu asal. Bukan seperti melayu sekarang ini yang telah banyak mix dari Indo,Thai, China, dan sebagainya..

Nabi Muhammad saw pernah suruh 6 org sahabatnya (kalau tk silap ku) pergi Nusantara Melayu ni utk cari The Lost Tribe of Nabi Ibrahim. Ulamakat Malaysia ni tak nak highlight cerita ni. Takut. Bukan apa,skrg ni pun dah ramai Melayu yg mengaku Imam Mahadi. Start Arqam dululah. Jadi kecoh!!

So, cerita ini orang yang betul2 dari keturunan ini je yang tahu. Dan simpan rahsia ini. Sepatutnya tak perlu cerita dekat sini. Benda ini rahsia.

Dan aku bukan keling seperti sejarah sekolah katakan. Keluarga ku xada sembah berhala.

Kami menyimpan salah silah keluarga kami.. Yang aku tahu, keluarga ku dari arab. Apabila sudah dicampur dengan makku, barulah dia jadi:

Malay+indo

Dah, close benda ni. Siapa yang keturunan dia keling xakan percaya benda ni
Unknown berkata…
Sri Kandi kekanda ini tanpa nama 2 nak bertanya,aku percaya cakap ko,aku percaya ko simpan benda2 berharga tu sume,aku percaya citer ko,kalu orang melyau ni mmg ade link ngn nabi IBRAHIM,camane lak ngn orang cina korea,vietnam,myanmar thailand,ape diorang ni sume ade kaitan ke ngn kite???
Unknown berkata…
Sri Kandi kekanda ini tanpa nama 2 nak bertanya,aku percaya cakap ko,aku percaya ko simpan benda2 berharga tu sume,aku percaya citer ko,kalu orang melyau ni mmg ade link ngn nabi IBRAHIM,camane lak ngn orang cina korea,vietnam,myanmar thailand,ape diorang ni sume ade kaitan ke ngn kite???
Unknown berkata…
wahai srikandi, kekanda ini aku tak bernama dua,aku percaya cakap kau,aku percaya cerita kau,senang cakap sumer lah aku percaya,kalau betul kite(melayu,indonesia) ade link ngn nabi IBRAHIM,camane lak ngn orang cina,korea,mongul thai filipin diorang ade link gak ke??
Terbaru Lebih lama