Kecaman Atas Keganasan Di Gaza

Serangan ganas rejim Israel terhadap warga Palestin di Gaza sememangnya mencemar semangat Hari Natal dan sambutan Maal Hijrah. Tahun 2008 sewajarnya tidak diakhiri dengan pertumpahan darah dan pembunuhan rakyat yang tidak berdosa.

Saya mengutuk keras tindakan kejam dan tidak bertamadun askar Israel yang dengan sewenang-wenangnya menyerang wilayah Palestin tanpa sebarang justifikasi.

Dunia terutamanya dunia Arab seharusnya mulai serius memikirkan penyelesaian terhadap isu ini. Cukup aneh bila mana terdapat segelintir pimpinan Arab sendiri yang menggesa agar Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush campur tangan dalam menyelesaikan krisis ini.

Saya kira isu ini cabaran besar buat bakal presiden, Barack Obama yang selama ini diletakkan harapan tinggi oleh umat Islam seluruh dunia dalam menangani konflik Israel-Palestin.

Kedua-dua pihak perlu mencari penyelesaian segera berhubung hal ini demi memastikan keamanan kembali tercapai, juga bagi mengelakkan semakin banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. Keganasan ini perlu dihentikan!

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
nasib baik ada obama, kalau tak lg teruk
Tanpa Nama berkata…
yahudi tidak kenal sebarang bahasa selain bahasa DARAH..
selagi umat Islam seperti buih di lautan selagi itu yahudi akan bermaharajalela.

-zaki
Terbaru Lebih lama