16 September

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pengasas Malaysia sebetulnya merancang untuk mengisytiharkan penubuhan negara Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun, akibat bantahan dan tentangan keras dari negara-negara sekitar -- Filipina dan Indonesia -- tarikh perisytiharan tersebut ditunda kepada 16 September 1963. Apa pun, Malaysia tetap tertubuh meski pun tarikh asal penubuhannya lewat 16 hari.

Begitu juga, Anwar Ibrahim meletakkan tarikh 16 September 2008 sebagai tarikh sasaran pembentukan kerajaan baru Malaysia. Sebagaimana Almarhum Tunku yang menghadapi masalah berikutan penentangan politik negara-negara jiran, Anwar turut menghadapi masalah apabila sejumlah ahli-ahli parlimen -- yang dilaporkan akan berhijrah parti -- diterbangkan ke Taiwan, atas alasan belajar teknologi tani.

Saya memerhatikan, UMNO masih dalam keadaan state of denial. Abdullah Badawi secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan melayan permintaan Anwar untuk mengatur pertemuan selagi Anwar tidak mengumumkan butiran ahli-ahli parlimen yang akan berhijrah parti. Saya tidak nampak di mana bijaknya Anwar sekiranya beliau memenuhi permintaan Abdullah itu.

Pun demikian, seandainya Abdullah tidak mahu menyerahkan kuasa secara damai dan terhormat, Pakatan Rakyat akan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan baginda untuk campur tangan dalam urusan peralihan tersebut.

Hari ini, Abdullah berada dalam situasi terhimpit lagi. Beberapa ketika selepas Zaid Ibrahim mengesahkan perletakan jawatannya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan hal ehwal undang-undang, MCA pula melalui presidennya Ong Ka Ting secara terbuka menyeru kerajaan agar membebaskan Raja Petra Kamarudin dan Teresa Kok dari terus ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semakin hari, bahtera UMNO-BN semakin karam. Bak kata Lim Kit Siang, UMNO-BN kini ibarat sebuah kapal Titanic yang hampir tenggelam!

20 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
A good leader is one that admit defeat but never stop fighting...

A good leader is one that stay loyal to his army when the army is weak and down, and not jump to the enemies....

Anggota parti yang berkatak adalah convenience leader ... mereka akan masuk di mana lobang yang selesa buat mereka.. not a great leader at all.......

sekiranya mereka berkatak ketika army mereka strong, then mereka adalah leader yang ada point of view dan integrity.....

sememangnya berkatak itu tidak salah... but it only shows your true colors.....once a katak always a katak...


dengan yakin a leader iterates that 16hb di kata kan hari ambil kuasa .... malangnya tak berlaku....

so what happend ? a change of plan ? underestimate ? no 31 numbers ? poor judgement ? nad forecasting ?

So we wait and see..... ...


but as far as I am concern., 16hb target FAIL.... if the leader admit that they fail to meet the 16hb target, but will still continue, I would have give them the respect.... but yet we hear their team saya , 916 is not important, it could be 1016, 1116... yes I agree it is not important, And I think it is also not easy to take over a government... BUT... why say now when you almost sure that 16hb target will not be meet....If you have said it 3 months ago... that will be ok... It shows your poor judgement...

And thinking that you will take over the goverment and lead us... Phew! shaking my head

At the end of the day, at this moment, I am still convince that Pakatan will just another replica of Barisan....

Since ada yang berkatak mereka bagaikan saudara

Pakatan Bin Barisan ..bapak borek anak rintik....

nama glamour mereka....

Putar bin Belit....

Whoever runs the country I really dont care, as long as stability in the contry is maintain ....Anyway I am tired of all the BS from both sides... I pegi dayung sampan lagi best....

Dayung sampan..dayung2 sampan..dayung.......
Tanpa Nama berkata…
ok pegi la dayung sampan ke pulau terpencil.main jauh2.syoh syoh
Tanpa Nama berkata…
Kejayaan berpihak kepada Anwar Ibrahim pada 2:45 pm dengan loncatan 30 kerusi plastik dan sebuah kabinet besi beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan gambar YDP Agong di rumahnya. Turut hadir pemimpin tertinggi partinya, serpihan PAS Liberal dan sekumpulan peguam
Tanpa Nama berkata…
Hai bro. Aku kat tempat keja. Aku menganggap Anwar penipu besar dan buat cerita bohong. Tunggu lah masa PR-13. Apalah Anwar ni.

Bila nak lepak ngan ko? Rindu la borak politik waktu2 malam hehe.
Tanpa Nama berkata…
ADUH-ADUH KENA TIPU HIDUP-HIDUP NGAN ANWAR......APA LE KITA PERCAYA KAT DIA...YANG SYOKNYE PRESS PUN KENA TIPU GAK....ALAHAI ANWAR-ANWAR.....MEMANG KAU OTAK PENIPU.
Tanpa Nama berkata…
orang yg jelas bodoh sebenarnya adalah penyokong umno.org umno kena tipu idup2 dgn paklah n najib pn x sedar lagi.

minyak dunia dh turun tp minyak malaysia kekal lagi.
E-pin berkata…
Standard la tu ... ni baru dinamakan politik, ada yg main kejar2, ada yg main lompat2, ada yg main cucuk2, ada yg tipu kata kena cucuk dan macam2 lagilah...
pemimpin Bari san Nasi onal dah macam sampah, mencekik duit rakyat banyak sangat, korang tanya la pak Lah berapa puluh juta RM yg dbelanjakan hanya nak jaga lanskap kat putrajaya tu?? korang tgk maintenance V6 tu, apsal mcm celaka?? dan banyak lagi cerita celaka pasal kerajaan ni...Pak Lah tu janji nk bersihkan rasuah.. warghkahkahkah dgn anak menantu dia pun sebat rasuah... tu semua duit rakyat... korang x sedar lagi ke masalah ni??
Biarla Pakatan Rakyat amik alih, kalau perangai pakatan rakyat pun sama haprak dgn Barisan, kita sembelih je depa ramai2...
semua dah jadi pemimpin dah macam firaun... tamak haloba.. ini le pemimpin akhir zaman
Tanpa Nama berkata…
bn&pakatan rakyat dua2 kaki tipu..2 2 xboleh percaya...bangsat
Tanpa Nama berkata…
yang amat berhormat dato seri anwar ibrahim perdana menteri malaysia(hmm best x kalo dipanggil macam ni)
Tanpa Nama berkata…
sapp dah buat loncatan pertama.loncatan kedua pastinya menyertai pakatan rakyat sekaligus bersama 31 mp nant.apa agaknya komen umno trooper ya?tergamam kot..haha
Tanpa Nama berkata…
dengan pak lah ambil alih kementerian pertahanan, keadaan malaysia menjadi semakin fragile.

saya setuju dengan anwar, go slow but sure. kalau tak, kan bahaya..

bagi surat minta paklah pertimbangkan dulu, kalau tak, baru jumpa agung, tak terjah tak tentu pasal..
Tanpa Nama berkata…
wahai pkr trooper
Unknown berkata…
Pak Lah kuat tipu rakyat... aku dah letih dok kena kencing memanjang jer ngan orang tua kutuk tu... semmmbang anak ulamak... anak ulamak kee,... anak pu#@mak.....
Tanpa Nama berkata…
Kalau le Anwar tu ancaman kepada ekonomi, makanya Pak Dol ngan kabinetnya memang "komunis" ekonomi le. :?: Cth harga minyak semasa:

1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)

Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

Kerajaan penaya :angry: kita = RM0.55 per liter.

Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak? :!: :!:

http://raktamrittika.wordpress.com/
anwar dlm press conference pun beliau tidak nafikan beliau telah berbohong tetapi tidak gila lagi la.

tapi sbnarnya dia gila nak jadi perdana menteri ..Anwar ini cuba melawan takdir ,mana boleh seorg manusia boleh tentuka masa depan kata 16 sept nak merampas kerajaan cara belakang .Itu lah nama pemimpin yg riak dan takbur .Tetapi ada juga yg masih percaya sehingga ada yg kata Pak Sheikh kalau cakap mesti jadi punya ...

Anwar mmg ancaman negara, jika dia ada sifat seorg negarawan dia tidak akan buat. Mengatakan akan merampas kerajaan ,tentu la pelabur akan takut utk melabur ke Malaysia .Siapa yg rugi ??? negara juga .. Anwar hanya gila nak jd PM tanpa memikirkan kesanya kepada negara.

Pakatan rakyat tidak pyh la tunjuk muka p mengadap Agong la..BN ada 140 kerusi ,PR ada 81 kerusi ..kalau Najwan bijak matematik yg mana paling besar. tak payah dok ckp bahtera nak karam ke ..PR pun buka Pakatan yg kuat yg ada dasar bersama spt BN di 5 negeri PR.Ternyata banyak kelemahan yg semakin terdedah dan lebih PRO CINA spt di Perak dan Selangor . Dalam sejarah UMNO,selepas pemilihan ,UMNO pasti akan kuat semula ..ini adalah sejarah ,kalau tak percaya tanya ANWAR

Berani Berubah !!!
Unknown berkata…
rilek-rilek.. jangan kalut-kalut.. kalau pak lah tak nak turun tak pe.. ehud olmert dah turn daripada jadi PM 'negara' israel. pasni anwar yang nak sangat jadi PM bole la jadi PM dekat sana. sementelah lagi anwar memang 'dihormati' di sana..

HIDUP ANWAR!!!
ISRAEL 13th Prime Minister..
band0tue berkata…
kalau ibarat UMNO-BN pokok besar, maka PR pokok sedeherhana, bila pokok besar tumbang akan menimpa pokok2 lain termasuk PR gak.

yang nak jatuh bukan sekadar UMNO, sistem demokrasi tu sendiri yang nak hancur sebab demokrasi tu sendiri bukan sistem Tuhan sebaliknya sistem anti Tuhan!

Apalah bangga sangat kalau pemimpin naik melalui sistem Barat, sebab sama je dengan kenaikan pemimpin2 anti Tuhan.

Pemimpin yang Tuhan naikkan melalui sistem Tuhanlah yang mampu menyelamatkan manusia, kerana dia membawa misi keTuhanan, bukan misi keduniaan.

cari kelainan moga temui kebenaran, jom ke blog saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/
insandesign berkata…
bro
what's your take on the statement made by PKR's Zul Hassan?
Tanpa Nama berkata…
ko nantikan kan je la 916 tuh sampai kucing bertanduk. kah kah kah
Tanpa Nama berkata…
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008/10/melayu-pakatan-semakin-khurafat.html
Terbaru Lebih lama