Iklan

Jumaat, Ogos 08, 2008

Forum 'Memeluk Islam' Wajar Diteruskan

Wacana awam berkaitan Islam yang bakal diadakan oleh Majlis Peguam Malaysia esok seharusnya dipandang dari sudut positif dan penuh keterbukaan. Saya kurang bersetuju dengan tuntutan serta amaran sesetengah pihak dalam membantah penganjuran forum ini dengan alasan ianya bakal mencetuskan keresahan dan mengancam keharmonian rakyat.
Saya tidak menolak kebimbangan yang wujud di kalangan awam berhubung hal ini pun demikian dari sudut kebebasan dan pembudayaan ilmiah, forum sebegini sewajarnya ditangani dengan penuh rasional dan matang.
Kebebasan bersuara itu aspek paling fundamental dalam pembinaan sebuah masyarakat yang responsif dan dinamik. Seandainya dikhuatiri tercetusnya insiden yang mampu membangkitkan kemarahan awam melalui penganjuran forum ini, maka barangkali ianya wajar diadakan secara tertutup serta dipantau secara profesional.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bar council member
Datuk Ambiga Sreenevasan (President)


Mr. Ragunath Kesavan (Vice-President)


Mr. Lim Chee Wee (Secretary)


Mr. George Varughese (Treasurer)


Pn. Hendon Mohamed


Haji Sulaiman Abdullah


Mr. Edmund Bon


Datuk Muhammad Shafee bin Md Abdullah


Datuk Hj. Kuthubul Zaman Bukhari


Mr. Roger Tan


Mr. Yeo Yang Poh


Ms. Low Beng Choo


Mr. Cecil Rajendra


Cik Yasmeen bte. Hj. Muhamad Shariff


Mr. Christopher Leong


Mr. K. Mohan a/l K Kumaran (Johor)


Mr Hisyam Teh Poh Teik (Johor)


Mr. G. Balakrishnan (Kedah/Perlis)


Mr. R. Kalianan Subramaniam (Kedah/Perlis)


Datuk Sukri bin Haji Mohamed (Kelantan)


Mr. Indran Rajalingam (Kelantan)


Mr. Ravindra Kumar (Kuala Lumpur)


Mr. Steven Thiruneelakandan (Kuala Lumpur)


Mr. Ng Kong Peng (Melaka)


Mr. R. R. Chelvarajah (Melaka)


Mr. Paul Krishnaraja Selladurai (Negri Sembilan)


Mr. Tony Woon Yeow Thong (Negri Sembilan)


En. Syed Azimal Amir Bin Syed Abu Bakar (Pahang)


Dato’ Ramachelvam Manimuthu (Pahang)


Mr. Murelidaran s/o M Navaratnam (Penang)


Ms. Lalitha Menon (Penang)


Mr. Shan Theivanthiran (Perak)


Ms. Asbir Kaur Sangha (Perak Bar)


Mr. Rajpal Singh a/l Mukhtiar Singh (Selangor)


En. Anuwar B Mohd (Terengganu)


Mr. Lee Leng Guan (Terengganu)

angah berkata...

bahaya pandangan kau nie bro..
kontroversi nanti...:)
tapi bagi aku..pandangan peribadi aku.. biarkan forum ini di teruskan.. tetapi jgn sesekali hak2 org melayu dan islam di ungkit..

salam perjuangan..
angahsp

najwan halimi berkata...

Sdr Angah,

Saya andaikan forum ini berkisar persoalan perundangan. Jauh sekali akan dibangkit soal hak Melayu dan Islam.

Kita harus terbuka dan bijak menangani situasi. Usah terjebak dengan mainan 'agamawan' dan bangsawan yg cuba mengalih perhatian dari isu pokok -- pergelutan rakyat dgn ketidaktentuan ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi.

encikmasen berkata...

salam bro, lama tak jumpa..tak mau jenguk rakan2 di uniten lagi ke? :P

apa pun, pada diri aku tak salah forum ni diadakan..lebih2 lagi bila membincangkan dari segi aspek perundangan apabila seseorang individu itu memeluk islam..do's and dont's untuk keluarga, suami/isteri, bagaimana pula dgn hak penjagaan anak, harta dsb..

lagipun malaysia ada 2 sistem perundangan yakni sistem sekular dan syariah..memang perlu ada perbincangan mendalam mengenai perkara ini supaya kes2 yang berlaku selepas ini tidak akan menimbulkan perbalahan lagi..

rasanya pihak2 yang menentang ini mereka tidak faham, dan pihak yang membuat forum ini (majlis peguam) tidak menjelaskan maksud/objektif diadakan forum ini sejelas2nya..

bila terjadi perkara ini, emosi mula menguasai diri, dan peluang diambil oleh pihak2 tertentu untuk mencari populariti, maka inilah hasilnya..

rakyat berkata...

Sebagai sebuah negara demokrasi Malaysia seharusnya bersedia untuk membuka ruang yang lebih untuk rakyat bersuara tentang apa2 isu sekalipun selagi ia menyentuh berkenaan kepentingan umum dan tidak berkait dengan isu2 sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dan bahaya dalam hubungan antara kaum.

Dalam hal ini, saya kira inisiatif Majlis peguam ini ada baik dan buruknya. Baik dan buruknya itu pula bergantung kepada tujuan ia diadakan.

Baiknya, sekiranya ia dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas bagi kepentingan umum, ia mampu memberi perspektif yang lebih jelas kepada masyarakat bukan muslim untuk lebih memahami tentang peraturan2 dan perlaksanaan undang2 Islam dan kesannya kepada mereka dalam pelbagai aspek sekiranya mereka telah memeluk Islam atau melibatkan ahli2 keluarga mereka.

Saya fikir kefahaman begini bagus buat mereka kerana sebarang kekeliruan terhadap Islam tidak akan menguntungkan sesiapa malah akan menimbulkan berbagai masalah di kemudian hari.

Kenapa kita emosi dalam hal yang sepatutnya difahami dengan sejelas2nya oleh masyarakat bukan Islam supaya tidak ada lagi syak wasangka mereka terhadap kita terutamanya bila timbul soal tuntutan hak dan sebagainya.

Mungkin forum ini boleh digunakan sebagai salah satu medan dakwah untuk ahli2 panel Muslim menjawab apa saja ketidakfahaman mereka tentang Islam dan berusaha untuk menukar persepsi salah mereka terhadap Islam sekiranya terjadi begitu.

Bagaimanapun, dari segi keburukannya pula, forum ini mungkin diadakan semata2 dengan tujuan untuk memprotes peruntukan Artikel 121 yang menyentuh tentang hak kaum Melayu dan keistimewaan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Jika ini berlaku, kesannya dijangka tidak akan membawa banyak kebaikan bahkan jika tidak dipantau ia mungkin akan mendatangkan akibat yang lebih besar sekiranya forum ini digunakan oleh kaum bukan Melayu untuk menyatakan tentangan mereka terhadap hak yang telah tertakluk di bawah Perlembagaan.

Oleh yang demikian, kita berharap agar Majlis Peguam benar2 ikhlas dalam hal ini dan tidak cuba menangguk di air keruh dalam perkara begini kerana mereka harus sedar bahawa golongan2 yang berkepentingan dan sedang bertarung untuk mempertahankan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja dan isu2 yang sensitif begini perlulah ditangani dengan lebih cermat oleh Majlis Peguam supaya ia tidak diambil kesempatan oleh mereka yang sedang terdesak dan tersepit itu untuk kembali meraih sokongan rakyat kepada mereka.

MK Farhan berkata...

Elok juga diadakan perkara ini agar umat islam tidak jumud dan statik daripada terus mencari perkara yang haq.

Acap kali ingin berbicara perkara sebegini, isu perlembagaan pasti dicanang dan dibangkitkan seolah2 umat Islam kini tidak perlu menyelidik lagi.

Mungkin kita perlukan seorang yang berilmu seperti Ahmad Deedat yang tidak kekok 'menyelongkar' Bible tetapi mengakui kebenaran Al-Quran.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Saya tidak berapa setuju dengan pandangan najwan, bagi saya, soal masuk Islam tidak perlu diungkitkan kerana sudah termaktud, apabila berumur 18 tahun, seseorang itu waras utk memilih agamanya tetapi jgn persoalkan agama kita pula mengapa agama kita tidak boleh begitu, kalau persoalkan, kena persoalkan tuntutan dalam Al-Quran dan ajaran agama Islam. Kalau segi perundangan kalau sudah pejuang isu murtad YB Zul yang juga seorang peguam pun tidak bersetuju dengan forum ini, buat apa nak kita setuju....tetapi terserahlah saya hormat pandangan anda.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sokong Forum ini diteruskan. Kalu sekiranya dilihat dari sudut perundangan ada kelemahan dalam tatacara pelaksanaan sistem perundangan Islam di Msia ni, maka adalah tanggung jawab pihak yang berwajib meneliti dan memperbaikinya. Tapi yelah orang kita ni cepat melatah dan mengelabah. Belum apa-apapun dah kutuk sana, tuduh sini dsbnya. Jumud sangat macam rasa diri masing-masing tu dah pandai semua..

Tanpa Nama berkata...

Ape punyer bangang org islam yang sokong forum ini..kene laknat baru ko tau

Wan Naik Motor Biru berkata...

Tak payahlah sokong,
nanti ada pulak anak kepada anak kepada anak kepada anak forum yang sama seperti ni di masa depan..

Mula lah duk debat, orang bukan islam buleh masuk islam umur 18 ke atas dengan pilihan sendiri, tapi orang islam nak masuk kristian, budha apa semua, tak boleh pulak??

Kita bukan tak bagi forum macam ni berlaku, cuma biasalah, diberi betis nak peha.. Slow slow depa masuk jarum.. Makin lama makin panas.. Takut sampai meracuni fikiran umat islam itu sendiri, takut terdetik pulak, "Eh, ha ah lah. Macam tak adil pulak undang2 islam ni, kalau bukan islam peluk islam xpe, kalau orang islam murtad, sampai kena pancung apa cerr??" Nauzubillahhiminzaalik.. Kita takmau sampai lagu tu.. Hangpa yang rasa macam setuju tu aku percaya hangpa setuju kerana hangpa pandai menilai, berfikiran jauh. Tapi hangpa kena ambil kira, ramai lagi umat islam yang bangang, bodoh xtau apa. Bila dengaq ja benda ni, sekelip mata aqidah buleh tumbang wo.. Macam petik suis lampu jamban woo.. Lampu mentol tu, bukan lampu pendaflour.. Kalau lampu pendaflour tu dia kelip2 dulu baru nyala.. Mentol ni sama ada dia nyala atau terbakar ja bila kita petik suis. Jangan main2..

Minta2 Allah s.w.t. memberi kefahaman kepada kalian yang masih belum faham benda ni.. Bahasa aku mungkin tak indah, tapi yelah.. Tak bermakna tulisan aku ni sampah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita tidak pernah mencari jawapan kepada isu murtad remaja islam kini yang semakin serius? Tetapi tatkala forum memeluk islam tetap diadakan, bagai nak gila jerit mempertahankan islam.

Selamatkan Islam dilaung2, anak gadis remaja Islam biar dilambung-lambung, artis melayu Islam minum arak masih diagung, kenapa kita masih tidak 'meraung'?

Gerakan Anti-PKR berkata...

dulu masa gap belajar agama, gap masih ingat lagi akan satu pesanan penting arwah dato ishak baharom mengenai masalah utama umat setelah kewafatan rasulullah saw. arwah dato ishak baharom menyampaikan satu kuliah selama hampir 4 jam mengupas isu gerakan ar-riddah atau dalam bahasa melayunya gerakan murtad.




tatkala kewafatan rasulullah saw, saidina abu bakar as siddiq telah diuji oleh ALLAH SWT dengan pemurtadan secara besar-besaran oleh puak2 munafikin yang berjaya memainkan isu 'nabi sudah tiada maka bolehlah kita kembali ke agama asal'. justifikasi ini dimainkan dengan begitu agresif sehingga ia sedikit sebanyak telah mengugat akidah hampir separuh umat2 islam mekah dan madinah ketika itu. apatah lagi umat islam yang agak jauh kedudukan georafinya dari pusat pentadbiran islam.




seperti yang kita ketahui saidina abu bakar berjaya mengatasi masalah gerakan ar-riddah ini hingga kebanyakan daripada umat yang hampir tergelincir imannya berjaya dipulihkan.




murtad sentiasa ada dalam sejarah umat islam. pernah didalam sejarah seorang pemerintah kesultanan islam di india telah memperkenalkan AGAMA BARU iaitu DIN ILLAHI iaitu gabungan islam,hindu,kristus dll dan dijadikan satu modul agama baru.




sabtu lepas dog council..err sori bar council telah mengatur satu forum 'PELUK ISLAM' yang membincangkan permaslahan keluarga bekas2 penganut islam bilamana isu penganut islam tersebut meninggal dunia atau bercerai.




tok karut yang berani buat forum ini adalah hajah ambiga iaitu seorang ustazah bertauliah dari penganut protestan islam PKR.




bapak angkat kepada ustazah ambiga ini adalah anwar ibrahim, yang telah memberi lampu hijau untuk seorang anak hindu bermuzakarah tentang islam. BENAR anak indu mengulas tentang islam dan bila anak indu boleh berbicara tentang islam kepetahannya seperti hasbullah awang bercerita tentang bola sepak !




hari jumaat lepas FATHER anwar telah memberi blessing kepada anak hindu ini untuk meneruskan forum tersebut. hari ini zulkifli nordin telah dipertikaikan keislamannya oleh adik kandung kassim ahmad iaitu syed husin ali aka husin sosialis !




zul4kulim telah dihenyak 3 penjuru oleh abuya2 islam protestan dan sumbangan demonstrasi zul4kulim akan dibawa ke mesyuarat GEREJA ISLAM PKR yang akan menyoal siasat kenapa zul4kulim begitu bernafsu untuk memperjuangkan islam.




mengikut father syed husin, zul4kulim akan disoal siasat oleh penyiasat terkenal GEREJA ISLAM PKR iaitu mursyidul am PKR r sivarasa dan hj dr xavier.




begitulah sesatnya akidah zul4kulim hingga terpaksa menanggung dosa hanya kerana mempertahankan pegangan nya.




mungkin zul4kulim diminta oleh majlis gereja islam PKR untuk memohon ampun pada father anwar pada hari ahad nanti di gereja melayu seksyen 16 PJ atau minum sahaja seteguk holy water bagi menyucikan dosa. hallelujah........maka tumbanglah akhirnya satu-satunya hero ISLAM yang tinggal dalam PKR.




hhmmm....lina joy pasti tersenyum tatkala father anwar akhirnya menyebelahi beliau ! kepada pas........teruskanlah kerjasama anda dengan gereja islam PKR kerana permainan politik lebih penting daripada akidah. ya pas benar katamu, undi lebih penting !


Gerakan Anti-PKR

Tanpa Nama berkata...

woi banggang....
ko baca lah dulu dalam perlembagaan persekutuan!!!
dalam tu dah dinyatakan perkara2 sebegini tak bleh di bincangkan!!!

orang melayu islam disiat kulit badan masa 13 mei, kalu jadik lagi mintak2 ko lah orang yang akan disiat kulit nya.

malu nak letak nama berkata...

sokong tanpa nama !

Tanpa Nama berkata...

saya tak rasa islam sebegitu rapuh, sehingga hanya satu forum sudah cukup untuk musnahkan islam. mekera yang bertopeng nak selamatkan islam janganlah kau orang malukan islam lagi


jangan lupa islam (Allah SWT) yang selamatkan kamu!!!
bukan kamu yang selamatkan islam!!!

aku pun islam

Tanpa Nama berkata...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic