Iklan

Ahad, Ogos 10, 2008

Forum 'Memeluk Islam': Usah Terperangkap Dengan Sentimen

Kenyataan media oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berhubung dengan pembatalan forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam Malaysia pagi semalam harus dinilai dan direnung secara menyeluruh.
Saya bersetuju dengan beberapa perkara yang disentuh oleh beliau termasuk berkaitan aspek keselamatan yang jelas memperlihatkan kepincangan sehingga mengakibatkan beberapa demostran bertindak untuk memecah masuk bangunan pejabat Majlis Peguam bagi menghentikan majlis forum tersebut.
Prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun seharusnya dihormati oleh semua pihak. Sebagaimana kita menghormati tindakan beberapa pihak menganjurkan bantahan terhadap Majlis Peguam, kita juga harus menghormati hak penganjur untuk mengadakan forum.
Saya memahami bahawa tindakan Majlis Peguam untuk meneruskan penganjuran forum tersebut jelas mengundang kemarahan ramai dan seharusnya pihak penganjur akur dengan saranan dan permintaan umum agar ianya diadakan secara tertutup memandangkan pokok perbincangan forum tersebut dikatakan bersifat sensitif dan meresahkan banyak pihak, terutamanya umat Islam.
Sebagai seorang Muslim, saya menganggap tindakan segelintir pihak yang membantah penganjuran forum tersebut sebagai tidak bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara. Pandangan dan pemahaman mereka selaku Muslim yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan agama seharusnya dihormati oleh semua.
Saya sedikit kecewa dengan kecaman oleh Dr. Syed Husin yang saya percaya ditujukan kepada Zulkifli Nordin, peguam terkemuka merangkap Ahli Parlimen kawasan Kulim Bandar Baharu. Singgungan "garang" dan "wakil orang Islam" seharusnya tidak dijadikan modal sindiran terhadap karakter seorang pemimpin yang diangkat oleh rakyat.
Zulkifli Nordin merupakan individu yang dipilih rakyat selaku suara mereka di dewan parlimen. Beliau secara konsisten menyuarakan aspirasi dan hasrat rakyat yang diwakilinya dan ini jelas dapat disaksikan semalam, meskipun sekadar mewakili umat Islam dalam menyuarakan bantahan terhadap apa yang mereka percaya sebagai suatu pencerobohan terhadap hak dan kedaulatan Islam.
Saya percaya, polemik penganjuran forum oleh Majlis Peguam ini sengaja disensasikan oleh media-media milik UMNO-BN dalam usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu kenaikan harga minyak, peningkatan kos sara hidup serta bebanan inflasi yang menyusahkan.
Tindakan media milik UMNO-BN ini jelas bertujuan untuk menimbulkan keresahan di kalangan awam terutamanya umat Melayu dalam usaha terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan dan kepercayaan melalui dakyah ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam.
Kita tidak seharusnya terperangkap dan bergelut dalam sentimen ini yang jelas bertujuan untuk meneruskan dasar pecah dan perintah serta menafikan semangat integrasi antara kaum dan agama di negara ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebih baik ko buang sahaja artikel ini.Jangan bermain dengan api.Ramai yang berani mati kerana islam..

Tanpa Nama berkata...

anwar telah banyak memporak perandakan malaysia.Semua org telah menyaksikan..penjajahan Us yang puncanya dari anwar..

zami berkata...

tanpa nama,

tak sekolah ke? kau ni tentu jenis yg tak mengaji habis.

apa hal pulak bermain dgn api? penulis blog ni tak bakar apa-apa pun. dia nasihatkan kita jgn terperangkap dgn sentimen. itu je.

bagi nasihat pun kau anggap main api, bodohlah namanya tu!

zakeri berkata...

"Heran mengapa persatuan islam sendiri tak buat forum untuk meniliti dan memperhalusi perkara undang2 yang dibangkit Majlis peguam. Perkara2 yang menjadi masaalah pokok kepada muaalaf. Contoh nya hak penjagaan anak, hak nikah cerai apabila salah seorang saja daripada pasangan suami isteri yang memeluk Islam. Hak keatas harta sepencarian dan sebagainya.

Mengapa biarkan orang lain menimbulkan persoalan2 sedemikian baru kita nak melenting. Kita yang menarik muaalaf baru memeluk Islam harus mengemaskinikan perundangan Syariah yang mana telah menjadi isu yang tak habis2 ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Bukan kah lebih baik sekiranya forum2 sebegini dianjurkan oleh badan2 dan persatuan2 yang memperjuangkan Islam supaya tidak ada masaalah pertindihan dan kesamaran.

Berbalik kepada demo yang diadakan, berapa ramai diantara mereka yang benar2 faham isu yang dibangkitkan. Sia2 saja kalau berlaku pertempuran yang menjadi mangsa hanya lah mereka2 yang mengikut secara membuta tuli saja. Kenapa tidak Persatuan Muslim menghantar wakil dan mengikuti forum tersebut dan memahami isu sebenar dan mengambil tindakan seterusnya berlandaskan fakta.

Kain rentang mencabar Majlis Peguam memang nampak teratur dan terancang. Kaki jerit pun ada skrip memasing. Tapi semua nya nampak sesia kerana isu yang dibangkitkan tidak menemui kata putus dan penyelesaian. Majlis Peguam atau lain2 badan akan tetap menimbulkan perkara yang sama dimasa yang lain. Ada kah kita orang Islam akan terus berdemo tanpa melakukan perkara proaktif untuk mengukuhkan perundangan Syariah kita demi menyelamatkan Muaalaf2 yang semakin hari semakin ramai."
- dipetik dari minaq-jinggo.fotopages.com

apa yang dikatakan oleh jinggo memang benar.saya bersetuju sangat.kadang kala kita ni cepat "melenting" apabila "di usik".

jangan hanya membantah tanpa mengetahui apa isinya yang sebenar.persatuan Islam juga perlu lebih proaktif mengenai isu-isu berkaitan hal ehwal agama Islam dan bukan rasa "tercabar" atau "terkejut" bila ada pihak lain yang mengutarakan cadangan/pandangan.

mengenai liputan media mengenai hal ini,saya tak rasa ini sengaja disensasikan untuk mengalih perhatian kerana perhatian memang sudah ditumpu pada isu-isu berkaitan rakyat.

Syahir the Owl berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syahir the Owl berkata...

Aku juga berani mati kerana Islam dari melihat ada puak2 caunivis dalam dan luar negara mempersendakan Islam!

Langkah mayat aku dan sebahagian orang Islam di tanah air ini dahulu!

Amaran untuk anjing2 dalam Majlis Peguam!!

Allahuakbar!!

PAS! Sedarlah bahawa kamu sudah dipermainkan oleh PKR yang menjadi kuda kepada DAP!

Tanpa Nama berkata...

salam.

kenapa yg salah tetap pada yg membantah? Mengapa yang menganjur pula memilih waktu2 UMNO sedang memainkan isu perkauman dan sebagainya untuk menganjurkan forum ini?

Cuba fikir. Samada yang membantah tertipu dengan UMNO, atau penganjur sengaja mahu membantu UMNO memainkan lagi isu ini?

Bar Council ramai dari DAP. Tiada ruang pimpinan DAP utk menasihat mereka langsung? Semua orang tahu. DAP pun tahu. Bar Council juga tahu. Isu ini sangat2 sensitif. tak perlu tunggu waktu UMNO main isu perkauman, waktu UMNO 2/3 di parlimen pun, isu ni mmg sgt sensitif.

Siapa yang menipu? siapa pula yang tertipu?

p/s: dgr2nya, forum tu jemput org2 yg keluarga mereka ada memeluk islam, dan menentang tindakan ahli keluarga mereka itu. dan mereka ini dijemput utk berucap. agak2 klu benar itu berlaku, apa agaknya akan dikatakan oleh si keluarga? Bagaimana pandangan audience?

Gerakan Anti-PKR berkata...

dulu masa gap belajar agama, gap masih ingat lagi akan satu pesanan penting arwah dato ishak baharom mengenai masalah utama umat setelah kewafatan rasulullah saw. arwah dato ishak baharom menyampaikan satu kuliah selama hampir 4 jam mengupas isu gerakan ar-riddah atau dalam bahasa melayunya gerakan murtad.




tatkala kewafatan rasulullah saw, saidina abu bakar as siddiq telah diuji oleh ALLAH SWT dengan pemurtadan secara besar-besaran oleh puak2 munafikin yang berjaya memainkan isu 'nabi sudah tiada maka bolehlah kita kembali ke agama asal'. justifikasi ini dimainkan dengan begitu agresif sehingga ia sedikit sebanyak telah mengugat akidah hampir separuh umat2 islam mekah dan madinah ketika itu. apatah lagi umat islam yang agak jauh kedudukan georafinya dari pusat pentadbiran islam.




seperti yang kita ketahui saidina abu bakar berjaya mengatasi masalah gerakan ar-riddah ini hingga kebanyakan daripada umat yang hampir tergelincir imannya berjaya dipulihkan.




murtad sentiasa ada dalam sejarah umat islam. pernah didalam sejarah seorang pemerintah kesultanan islam di india telah memperkenalkan AGAMA BARU iaitu DIN ILLAHI iaitu gabungan islam,hindu,kristus dll dan dijadikan satu modul agama baru.




sabtu lepas dog council..err sori bar council telah mengatur satu forum 'PELUK ISLAM' yang membincangkan permaslahan keluarga bekas2 penganut islam bilamana isu penganut islam tersebut meninggal dunia atau bercerai.




tok karut yang berani buat forum ini adalah hajah ambiga iaitu seorang ustazah bertauliah dari penganut protestan islam PKR.




bapak angkat kepada ustazah ambiga ini adalah anwar ibrahim, yang telah memberi lampu hijau untuk seorang anak hindu bermuzakarah tentang islam. BENAR anak indu mengulas tentang islam dan bila anak indu boleh berbicara tentang islam kepetahannya seperti hasbullah awang bercerita tentang bola sepak !




hari jumaat lepas FATHER anwar telah memberi blessing kepada anak hindu ini untuk meneruskan forum tersebut. hari ini zulkifli nordin telah dipertikaikan keislamannya oleh adik kandung kassim ahmad iaitu syed husin ali aka husin sosialis !




zul4kulim telah dihenyak 3 penjuru oleh abuya2 islam protestan dan sumbangan demonstrasi zul4kulim akan dibawa ke mesyuarat GEREJA ISLAM PKR yang akan menyoal siasat kenapa zul4kulim begitu bernafsu untuk memperjuangkan islam.




mengikut father syed husin, zul4kulim akan disoal siasat oleh penyiasat terkenal GEREJA ISLAM PKR iaitu mursyidul am PKR r sivarasa dan hj dr xavier.




begitulah sesatnya akidah zul4kulim hingga terpaksa menanggung dosa hanya kerana mempertahankan pegangan nya.




mungkin zul4kulim diminta oleh majlis gereja islam PKR untuk memohon ampun pada father anwar pada hari ahad nanti di gereja melayu seksyen 16 PJ atau minum sahaja seteguk holy water bagi menyucikan dosa. hallelujah........maka tumbanglah akhirnya satu-satunya hero ISLAM yang tinggal dalam PKR.




hhmmm....lina joy pasti tersenyum tatkala father anwar akhirnya menyebelahi beliau ! kepada pas........teruskanlah kerjasama anda dengan gereja islam PKR kerana permainan politik lebih penting daripada akidah. ya pas benar katamu, undi lebih penting !


Gerakan Anti-PKR

ytmz berkata...

Salam Tuan Blog,

Pastinya terjumpa Blog Tuan bila cuba melayar isu Saiful Bukhari.

Saya bersetuju dengan pendapat tuan yang mana, forum perbincangan ini diteruskan.

Forum hendaklah dalam suasana yang tertutup dan melibatkan kelompok masyarakat yang berada di bawah undang-undang Syariah kerana kita bimbang forum ini akan membuat ketetapan yang menyebelahi sekelompok masyarakat yang berada di bawah undang-undang sivil sahaja.

Berhubung isu ini, adalah baik buat masa ini forum ini diberhentikan. Nampak bau-bau sensitiviti agama cuba dibangkitkan menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Bukan sahaja isu ini, malah isu hak bumiputera di UiTM juga turut berbangkit melibatkan pimpinan tertinggi negeri Parti Keadilan Rakyat.

Isu rakyat marah dan mula bertindak mengikut semangat juang mereka semasa demonstrasi forum ini adalah amat difahami kerana isu ini sememangnya menyinggung masyarakat Islam. Peranan Pemimpin untuk mengawal dan menyalurkan semangat sebetulnya.

Enak susunan bahasa Tuan.

Salam Tuan,

PH

Tanpa Nama berkata...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]software store com, [url=http://firgonbares.net/]buy software online australia[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] educational software pricing sell my software on
how do i install second disk of adobe creative suite 3 [url=http://firgonbares.net/]city software store[/url] where to buy photoshop for
[url=http://firgonbares.net/]macromedia dreamweaver 8 software[/url] adobe creative suite 3 mac upgrade
[url=http://firgonbares.net/]educational software india[/url] windows xp support
we buy software [url=http://firgonbares.net/]profit discount software[/b]