Iklan

Khamis, Mei 01, 2008

Mengenang Ijok

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah Ali Imraan: 26)
Setiap kali saya naik ke tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, saya pasti akan teringatkan peristiwa lebih setahun lalu ketika mana saya turun menjenguk kempen pilihanraya kecil DUN Ijok. Hari ini, calon yang tewas di sana setahun lalu merupakan teraju utama kepimpinan negeri Selangor Darul Ehsan.
Kenangan dikasari dan dirompak oleh sekumpulan anak muda Melayu yang memakai baju berlambangkan dacing masih segar dalam ingatan saya sehingga hari ini. Mujur saya sempat melepaskan diri dan 'diselamatkan' oleh Ketua Pemuda UMNO, Hishammuddin Hussein yang kebetulan bersama-sama dengan para pengiringnya melalui kawasan tempat saya diterajang dan dicederakan. Hanya kerana berlainan ideologi politik, tangan-tangan yang mendakwa memperjuangkan hak Melayu ini menghalalkan tindakan ganas mereka ke atas batang tubuh saya.
Barangkali Hishammuddin sudah membuang baju kemejanya yang terlumur dengan darah merah dari muka saya tatkala saya dirangkulnya untuk ditenangkan. Apa yang menjadi kebanggaan saya sehingga ke hari ini ialah meski pun lebam di mata kiri saya sudah hilang, pun begitu garis luka di bawahnya masih lagi berparut.
Saya ucap penghargaan buat Hishammuddin atas 'jasa baiknya' pada waktu itu. Memandangkan di dalam poket kemeja saya tersemat risalah kecil berlambangkan mata, maka saya kemudiannya dikawal seketatnya oleh para pembantu Hishammuddin.
Sebaik selesai membuat 'laporan' polis (saya hanya menandatangani laporan tersebut kerana jurubicara saya merupakan pembantu Hishammuddin yang ditugaskan untuk mengawal saya), saya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor yang memeriksa saya tiba-tiba sebak dan terkejut melihatkan baju yang koyak berlumuran dengan darah. Saya menceritakan ke semuanya dan apa yang mampu dikatakannya hanyalah "sabar".
Saya bersabar tatkala dicemuh dan dicerca sebaik tiba di Bilik Gerakan Pemuda BN (Sedia Gempur!). Khairy Jamaluddin (KJ) turut kelihatan. Tegap dan sasa anak muda ini. Perwatakannya sedikit bongkak. Dia dikelilingi oleh beberapa pimpinan Pemuda yang saya kira merupakan pengampu-pengampu setianya.
Sepanjang berada di bilik gerakan tersebut, saya jadi sasaran jenaka dan bahan lawak anak-anak muda Melayu bertopi yang memaparkan lambang dacing. Lebam di mata kiri saya dimomok-momokkan umpama lebam mata Anwar tatkala dia diganyang di Bukit Aman hampir sedekad yang lalu.
Saya diugut dengan AUKU dan ISA. Kaedah menakut-nakutkan dengan ancaman itu ini sememangnya cukup berkesan dalam merendahkan motivasi diri seorang tawanan seperti saya. Malamnya saya dibawa bermalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Seperti diduga, cemuhan dan sindiran berbentuk lucah mulai disasarkan terhadap saya. Masing-masing menutup punggung setiap kali melakukan penghinaan. Saya teringat pesan doktor yang merawat saya: sabar.
Kisah di Ijok cukup panjang. Cukup untuk meyakinkan saya bahawa perjuangan UMNO sememangnya bukan jalan perjuangan yang mulia. Wang, wang dan wang. Itulah nyawa dan tuhan mereka. Saya bersyukur, berkat kesabaran dan kerja keras teman-teman seperjuangan, pengorbanan di Ijok tahun lalu telah pun dibayar pada tahun ini. Siapa sangka, tidak sampai setahun peristiwa tersebut berlaku, kini segala-galanya telah berubah. Maka benarlah firman Tuhan dalam Surah Ali-Imraan, ayat ke-26.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka2 yang menggunakan UMNO dan menjahanamkan imej UMNO adalah pengkhianat kepada perjuangan pemimpin terdahulu! Jika UMNO terus begini, aku akan keluar UMNO akhirnya!
-Syahir UMNO USJ 2

Tanpa Nama berkata...

keluar je skrg syahirr... nak tunggu apa lagi!! hahaha.. jom bersama2 menggerakkan mentality golongan muda menuntut perubahan!! no more racist party system..

Tanpa Nama berkata...

Hai tanpa nama, aku ingin memberi peluang pada UMNO dan kepimpinannya berubah. Aku nak stay on dulu. Aku masih hargai UMNO yang dulu, sbb tu aku tak mahu keluar. Aku tahu ramai rakan seperjuanganku di PKR, tetapi mereka sayang UMNO yang dulu..bukan yang sekarang.

- Syahir. UMNO USJ 2

MODERATOR berkata...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. Minta laluan...

'PARTI MELAYU SEMANGAT 46' (Penghormatan buat UMNO LAMA)

Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46? Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang Melayu'. Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha' UMNO.

Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.

Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi.

Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem.

Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.

Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.

Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.

Sila baca artikel seterusnya di:

theindiestory.blogspot.com

najwan halimi berkata...

Syahir,

UMNO takkan berubah. Percayalah!

Muslim Knight berkata...

Najwan,

Aku kagum dengan semangat juangmu. Moga berkekalan menentang kebejatan dan kezaliman kulli makkan wa kulli zamaan.

Aku teringat peristiwa 1997, orang-orang yang aku sayangi terlibat membela nama Anwar di jalanan sehingga ditahan di Jalan Parlimen & Jalan Duta. Mereka terpaksa menginap di lokap-lokap pusat bandar selama seminggu sebelum diikat jamin. 7 tahun mereka lawan bicara di dalam mahkamah sehingga menang.

10 tahun kemudian, setiap pada mereka memandang balik kejayaan 8 Mac, disudut hati mereka pasti tersenyum puas. Pasti mereka merasai pengorbanan mereka berbaloi. Kini tinggal beberapa langkah saja lagi bakal meruntuhkan kerajaan penzalim legasi peninggalan Mahathir!