Iklan

Ahad, Mei 11, 2008

Hadiah Duka Ulang Tahun

Saya ucap terima kasih buat teman-teman yang mengirim ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini. Saya cukup menghargainya. Kelmarin, bapa saya kehilangan satu-satunya bapa saudara beliau yang merupakan abang kepada almarhum datuk saya. Foto di atas merupakan foto terakhir beliau yang sempat saya rakam sewaktu perhimpunan keluarga di Kuantan pada bulan Januari lalu.
Di Pahang, datuk dibahasakan sebagai Aki manakala nenek pula lazimnya dipanggil Wan. Abang kepada almarhum datuk saya kami gelar sebagai Aki Besar, memandangkan beliau merupakan ahli paling tua dalam keluarga kami. Beliau meninggal dunia pagi kelmarin sekitar jam 5.15 akibat kanser di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Jenazah arwah Aki Besar selamat dikebumikan selepas solat Jumaat dan disembahyangkan sebanyak tiga kali gara-gara kehadiran tetamu di luar jangkaan. Saya ucap terima kasih kepada pihak polis atas kesediaan mereka mengawal trafik pada hari tersebut juga buat teman-teman lama serta bekas murid-murid beliau yang hadir. Antara tokoh politik yang sempat meluangkan masa untuk berziarah adalah Datuk Sarit Jusoh (bekas Ahli Parlimen Temerloh) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh). Mudah-mudahan roh Aki Besar diberkati dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro,ini ke datuk sedara kau tu? paper utusan hari ini ada keluar pasal kematian dia. takziah dari aku.

gila hebat arwah atuk kau ni. adun kuala semantan utk 2 penggal! tokoh guru negeri pahang lagi.

no wonder la kau pun minat politik jugak yek. rupanya mmg berdarah politik.

apa pun takziah la.

fadhli berkata...

takziah atas kematian aki besar.

and if it's not too late, slamat ulang tahun.

RiMa berkata...

waaannn!!!!

turut berduka cita yaahhh... =(
kok ngga bilang waktu chatting kemaren?
so sorry to hear that....

semoga arwah beliau senantiasa diberkahi oleh-Nya... amin...

Tanpa Nama berkata...

takziah dari makcik. peminat setia najwan

Rahimi Osman berkata...

al fatihah,
semoga sdr najwan dan sdr taufiq tabah. teringat semasa zaman kanak2 berbual2 dengan arwah di rumah nenek.
Insyallah arwah ditempatkan di tempat orang2 yang soleh. amin.