Iklan

Rabu, April 23, 2008

Rustam A. Sani Dalam Kenangan

Saya sebak sebaik menerima pesanan ringkas menyatakan pemergian penganalisis, penulis dan cendekiawan awam terkenal, Allahyarham Rustam A. Sani ke rahmatullah akibat serangan jantung seawal jam 3 pagi tadi.
Kesebakan saya ditambah dengan rasa terkilan memandangkan perencanaan hujung minggu ini ialah untuk menghadiri majlis pelancaran dua buah buku baru tulisan beliau yang bakal disempurnakan oleh Anwar Ibrahim iaitu Social Roots of The Malay Left dan Failed Nation? di Perpustakaan Awam Negeri Selangor di Shah Alam.
Saya mula mengikuti penulisan Allahyarham seawal usia mencecah 13 tahun iaitu ketika mana ledakan reformasi meletus pada tahun 1998. Ketika itu, kebanyakan majalah, akhbar dan penulisan di internet menyiarkan pandangan dan analisis Allahyarham Rustam berkaitan dengan isu-isu politik nasional. Antara karya beliau yang sempat saya hadam ialah Menjelang Reformasi dan Bercanda Dengan Mahathir.
Takziah buat ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat Allahyarham atas kehilangan beliau. Mudah-mudahan semangat dan dedikasi Allahyarham dalam perjuangan intelektualnya menegakkan hak dan kebenaran akan terus kekal menghiasi jiwa-jiwa pejuang masa kini. Al-Fatihah!

2 ulasan:

din merican berkata...

Najwan, saya terkejut menerima melalui sms berita kematian rakan saya, Allahyarham Rustam Sani. Kepada isterinya,Rohani dan anak anak mereka, saya sempaikan ucapan takziah.

2 minggu yang lalu Sdr. Rustam berjumpa dengan Dato Seri Anwar di pejabat beliau di PJ dan saya dapat berbual dengan Allahyarham. Beliau sihat dan tenang dan juga optimis tentang masa depan negara dan bangsa. Saya juga bercadang untuk pergi kaMajlis pelancaran 2 buku baru beliau di Shah Alam. Saya harap majlis ini tidak dibatalkan. Kita patut menggunakan majlis ini untuk menghormati dan mengenang sumbungan beliau yang begitu bernilai terhadap pembangunan intelektual negara kita. Salam -Din Merican

Tanpa Nama berkata...

Aku ingin ucapkan takhziah kepada Rustam Sani. Aku selalu juga baca karya2 beliau di majalah dan dada akhbar. Aku suka gaya bahasa Melayu nya. Sama hebat spt Pak Khalid Jaafar. Al- Fatihah.

-Syahir Ahmad Hamidi