Iklan

Khamis, Februari 14, 2008

Raikan Cinta: Menelusuri Pengorbanan Valentinus

Hari ini, warga dunia meraikan cinta. Anak yang kasihkan ibu, isteri yang cintakan suami dan jejaka yang merindui dara pujaan lazimnya akan menghadiahkan kad, bunga ataupun sekotak coklat buat insan-insan yang dikasihi ini.

Sambutan Valentine seharusnya dilihat dan dirai dengan memahami pengorbanan seorang individu yang dizalimi kerana perjuangannya dalam mempertahankan prinsip keadilan dan kebebasan manusia.

Berdasarkan catatan sejarah, Valentine's Day dikatakan bermula seawal zaman empayar Rom. Tamadun Rom purba memperingati 14 Februari sebagai tarikh mengenang Juno, Ratu Dewa Dewi Bangsa Rom. Juno dimuliakan oleh mereka sebagai Dewi Perkahwinan. Hari esoknya iaitu 15 Februari menandakan bermulanya Pesta Lupercalia. Antara amalan pada waktu itu ialah upacara mencabut nama perawan. Pada malam menjelang pesta Lupercalia, nama-nama perawan Rom akan ditulis di atas secebis kertas seterusnya dimasukkan ke dalam sebiji balang. Setiap seorang pemuda akan mencabut secebis kertas di dalam balang dan pemilik nama yang tercatit pada kertas tersebut akan menjadi pasangan sang pemuda sepanjang sambutan Lupercalia. Adakalanya, hubungan yang dijalin melalui praktik ini berakhir dengan perasaan cinta dan seterusnya membawa pasangan-pasangan tersebut ke jinjang pelamin.

Pada zaman tersebut, kehidupan para pemuda dan gadis diasingkan dan dikawal dengan ketat. Di bawah pemerintahan Maharaja Claudius II, banyak kempen peperangan dan pertumpahan darah telah terjadi. Masalah utama yang dihadapi oleh Claudius ketika itu ialah kesukaran dalam merekrut anak muda untuk menjadi tentera negara. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih mereka.

Dalam usahanya untuk menambah jumlah tentera bagi menghadapi peperangan, Claudius mengeluarkan satu dekri yang mengharamkan amalan pertunangan dan perkahwinan di kalangan penduduk Rom. Ini menimbulkan kemarahan ramai memandangkan arahan tersebut bersifat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Namun begitu, dalam senyap-senyap seorang paderi bernama Valentinus membantah arahan tersebut. Beliau tanpa gentar meneruskan tugasnya mengahwinkan pasangan-pasangan muda yang sedang bercinta dalam suasana sulit dan tertutup.

Malangnya, hal ini sampai ke pengetahuan Claudius. Valentinus ditangkap dan dihumban ke penjara. Pemerintah Rom menjatuhkan hukuman bunuh terhadap beliau atas kesalahan melanggar dekri maharaja. Sepanjang beliau dikurung di penjara, ramai pasangan kekasih datang menziarahinya. Mereka menghiburnya dengan kata-kata semangat, menulis nota cinta serta menghadiahkan kuntuman bunga kepadanya. Antara pengunjung setia Valentinus sepanjang beliau dipenjara ialah anak gadis kepada pengawal penjaranya. Gadis itu menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menemani dan berbual dengan Valentinus. Beliau menganggap apa yang dilakukan oleh Valentinus merupakan satu pengorbanan yang sangat mulia.

Menjelang hari kematiannya pada tanggal 14 Februari, sekitar tahun 269 Masihi, Valentinus meninggalkan secebis nota kepada gadis tersebut yang diakhiri dengan ungkapan: "cinta dari Valentinusmu". Adalah dipercayai, nota yang ditinggalkan oleh Valentinus ini merupakan titik tolak kepada tradisi mengirim ucapan cinta sempena Hari Valentine yang diraikan pada tanggal 14 Februari setiap tahun. Ianya sebagai memperingati pengorbanan Valentinus dalam memperjuangkan cinta, salah satu fitrah manusiawi yang bersifat universal.

Apa yang penting bukanlah isu sejarah Hari Valentine yang dilatari oleh riwayat kehidupan seorang paderi Kristian, tetapi nilai pengorbanan serta keteguhan prinsip seorang individu bernama Valentinus yang mati dengan keyakinannya bahawa cinta sesama manusia tak mungkin bisa dihalang hatta oleh kekangan dari pemerintah yang zalim.

Kini, setiap 14 Februari, manusia meraikan cinta. Dan setiap kali mereka mengenang bagaimana Claudius cuba 'membunuh' cinta, mereka akan mentertawakannya. Bagaimana mungkin cinta mampu dibunuh? Cinta itu hakikat. Cinta itu pengikat.

Selamat Hari Valentine.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

is_lamp89 berkata...

SALM.SEDARA NAJWAN,SURAT KHABAR SINAR HARIAN SEDARA BACE X,DAH TERPAMPANG BESO2 UMAT ISLAM XLEY SAMBUT VALENTINE WLUPN SEDARA MELIHAT DRI SUDUT YG BERNAS,TETAPI SEDARLAH...BHW SEJARAH VALENTINE BERMULA DRI ORG KRISTIAN,HARAP SEDARA RUJUK PD YG PAKAR SBLM MENGELUARKN SEBRNG CITE TTG VALENTINE YG BLEH MEMENINGKAN RAKAN2 LEN!!!!

Sharifah berkata...

Assalamualaikum wbt..

Syukran bagi yang mengucapkan kalau tak tahu hari valentine tu apa maksudnya. salam ukhwah kepada sahabat dan sahabiah semua, ana menyeru..bukan menyeru la..ana harap sahabat dan sahabiah tengok sejarah valentine tu start dari mana yer. and lepas tu ..fikir balik. patutkah kita merainya walaupun kita sambut tiada insan yang kita kasihi disebelah ke atau seumpamanya..wallahualam.

محمد نجيب berkata...

nak raikan cinta apa???cinta yg melaghakan???Kenapa perlu sambut Valentine???Salah satu dakyah musuh2 Islam dalam melemahkan minda Umat2 Islam...kembalilah, Sedarlah wahai Umat Islam...

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Ajaran Islam telah lengkap, sempurna dan segala2 nya.kenapa pulak perlu amalan sambutan seperti ini yg jelas brcanggah disisi agama islam dan bercanggah dengan aqidah islam.Kenapa pulak perlu ada hari utk menghargai kasih sayang? kan Islam itu sendiri yg menggalakkan kasih mengasihi sesama sendiri setiap masa sesama Islam..Budaya Islam itu sendiri indah.Tak payah nak ikut budaya musuh2 Islam...

is_lamp89 berkata...

SALAM,KPD SEDARA NAJWAN,ANDA SEDAR X APE YG ANDA LAFAZKN...VALENTINE TU PERAYAAN KRISTIAN,PLEEEZ TARIK BALIK SERUAN ANDA TUK RAIKN CINTA,SELAMI SEJARAH VALENTINE DULU!

Sharifah berkata...

Assalamualaikum wbt..

Kenapa tunggu valentine ..baru nak rasa kasih syg sesama umat islam ek..bukan ke perkara ni pun Allah dah ajar cara berkasih dan syg?cara yang Allah dan Rasulullah bgtahu ..tu..tak elok ke? Apa org kristian buat..semua kita nak ikut kan..ada aje idea2 positif la itulah inilah..tapi ..kalau dari agama kita punya..agama islam..ada ke korang nak memperhebatkannya..?Bagus sgt ke cara kristian tu..i mean for valentines la..?

amar berkata...

teruk kau kene wan. hahaha.

Setelah membaca komen pembaca, aku kini runsing sebab aku semalam telah membeli sepasang baju jenama Valentino di pasaraya. Alamak, adakah aku sudah dikira murtad? Tapi aku yakin, aku tak jumpa baju jenama Muslim atau Ammar.

najwan halimi berkata...

Amar,

Sampai sekarang aku tak pernah dengar ada suami terhegeh-hegeh nak beli coklat atau bunga utk hadiahkan kepada isteri dia pada hari Maal Hijrah atau Maulid Nabi.

member kau berkata...

Bro, aku ada terbaca respon seorang dalam friends' list aku kat frenster. Aku rasa budak uniten jugak..nama dia hairul azri. ni komen dia:

"Pape jela Najwan. Kalau betul saudara seorang yang obses dengan cinta mengapa tidak mencontohi Rasulullah SAW saja?

Adakah paderi kristian itu lebih bagus daripada Rasulullah SAW?"

kasian kau bro, kena attack bertubi2, haha. budak2 yg komen ni semua tak faham konteks. dgr nama valentine je, terus label murtad la, sesat la..adoi..kesian giler!

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

salam...hahahhaha....ana xnak komen pape..psl benda ni ana dah komen thn lepas punya entri...hihihih...dan ana still dgn stand yg pernah ana ckp dulu...xperlu tunggu valentine utk kasih syg sesama umat...tapi ana bersyukur ke hadrat ILLAHI...sebab pada hari valentine ni la ALLAH SWT TEMUKAN ANA DENGAN NAJWAN....and our relationship still berjalan smpai sekarang....kalau bkn kerana entri kontroversi ni,hahahah..ana xkenal najwan punya....ni pun ana rasa KASIH SYG seorang kawan yg terjalin masa hari ni...tapi jgn salah sangka plak yg ana sokong vaelntine day...hahahhaha...rasa kasih syg xperlu tunggu valentine day.mungkin sifat kasih dan semangat persahabatan dan setiakawan ana dengan najwan ditakdirkan terjalin pada HARI ni...for me it is a very HISTORICAL DAY in my life!....thanks ALLAH SWT kerana temukan ana dengan sahabat ana pada hari ni...

najwan halimi berkata...

Syeikh,

Apa yg paling utama ialah nilai persahabatan itu. Sepertimana nilai keyakinan serta pengorbanan yang dilakukan Valentinus dalam mempertahankan prinsipnya menegakkan cinta insan lain.

Ana hairan, kenapa ramai antara kita yg lebih cenderung bersifat menghukum (menjatuhkan fatwa) tanpa cuba mencedok serta mengambil nilai dari semangat menegakkan keadilan dan kebebasan yg wujud dlm jiwa Valentinus, seorang paderi, seorang agamawan!

Saya kira polemik sambutan Valentine ini tidak akan menemui penghujungnya. Saban tahun begitulah, diulangi penghukuman yg sama tanpa ada usaha dan kesediaan utk melihat sejarah Valentine dari sudut pemahaman yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan pendapat bernas Najwan Halimi. Kita perlu melihat dari sudut positif. Merayakan Valentine tidak bermakna kita mengagungkan Paderi dan Kristian itu..tapi lebih kepada menghargai seseorang di dalam hidup kita tak kira kekasih, isteri, suami, anak2 dan famili. Adakah bila sambut hari valentine para pengkritik melihat dari aspek keruntuhan budaya, amalan seks luar nikah, dan lain2? Sambut hari valentine tak bermakna jati diri kita runtuh hanya kerana hari itu terjadi melalui peristiwa2 lepas. Cmon, be open!
Samalah juga anda belajar English di sekolah Malaysia tetapi tak bermakna jiwa jati diri agama dan Bahasa Melayu tergadai.
-Kakiberuk

eezan berkata...

KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR
Mesyuarat J/kuasa Fatwa Negeri Selangor pd 21/feb/2006

"amalan merayakan valentine's day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.ROH PERAYAAN tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam"

sbg kesimpulan, budaya dan amalan valentine's day adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur2 ritual dan kepercayaan agama kristian serta amalanya yg bercampur baur dgn maksiat.Dalam Islam, usaha utk memupuk kasih syg tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yg berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yg terakhir..

wallahu'alam..

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

salam..ye wan...polemik ni akan terus berjalan selagi ada bulan&bintang,matahari dan spesis manusia di muka bumi...yup,mungkin kita boleh melihat dari sudut positif berkenaan hari valentine ni...contohnya semangat dia utk bebas dari pemerintahan despotik sang penguasa ketika itu....ana kira itu tidak menjadi kesalahan bahkan dianjurkan kita bersemangat kental utk menentang kezaliman sesama insan....itu pun nilai-nilai positif jgk kan?...tapi..hahahhahha...polemik ni jugak la yg menemukan kita wahai sahabat!....ingat lagi?....hahahha

akuorangbiasa berkata...

ape kata...convert je hari tu kpd sesuatu yg elok...sbg contoh:

1) korang masuk minang awek korang pada hari valentine nih...kan elok
2) bg yg dh berumahtangga...pegi la melancong ke..bwk bini makan kat luar ke pada hari valentine nih...haram ke??

aku bukan menyokong ye....tapi nampaknye byk sangat yg clash kat sini...for me myself...aku x sambut...tapi ape yg elok tu tetap elok...ape yg x elok tetap x elok...kan kan kan?? hehehe

duta berkata...

Wacana Kelabu Asap
(Oleh Fathi Aris Omar)


"I am a rationalist. That is, I am trying to stress the importance of rationality for man. But like all thinking rationalists, I do not assert that man is rational. On the contrary, it is obvious that even the most rational of men are in many respects highly irrational. Rationality is not a property of men, nor a fact about men. It is a task for men to achieve – a difficult and a severely limited task. It is difficult to achieve rationality even partially." – Karl Popper dalam Knowledge and the Body-Mind Problem.

Bulan lepas, seorang mufti mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa seseorang Muslim yang menyambut ‘Hari Valentine’ ala tradisi Kristian, boleh membawa ‘murtad’ (terkeluar daripada Islam). Sementara seorang penulis kolum Berita Minggu, yang agak dihormati, bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan, pula menyeru ‘perpaduan Melayu’.

Wacana yang disebarkan di akhbar-akhbar berbahasa Melayu ini kelihatan indah dan munasabah. Oleh itu, ia dipersetujui senyap-senyap dan dikembangkan pula dalam perbualan harian pembaca.

Media massa, seperti juga pertuturan, satu proses komunikasi. Ia terbatas – oleh ruang dan masa. Ia boleh disalah-tafsirkan oleh khalayak. Tetapi media lebih besar akibatnya daripada komunikasi biasa sebab ia menjadi ‘orang tengah’ yang menggambarkan tentang realiti kita bersama.

Tetapi semua komunikasi, termasuk media media massa, melalui proses penyusunan atau tafsiran. Cebisan-cebisan maklumat tidak akan difahami oleh khalayak tanpa dipaparkan dengan bermakna. Oleh itu, wartawan menyusun maklumat agar difahami kita semua. Wartawan sebagai penafsir realiti. Media massa sentiasa dibatasi ruang (saiz akhbar) atau masa (siaran).

Cara manusia bercakap atau menulis juga satu susunan. Kita bertutur sepatah demi sepatah, ayat demi ayat. Begitu juga kita menulis. Dalam penulisan berita, susunan ini sangat penting kerana kandungan utama ‘berita’ terletak di ayat awal (atau perenggan paling atas).

Kemudian disokong oleh huraian lanjut untuk memberi gambaran lebih jelas dan konteks (hubungan latar atau maklumat sokongan, termasuk apa yang telah dilaporkan sebelumnya).

TV pula memasukkan imej yang menyokong teks yang dibacakan penyampai berita. Radio memasukkan suara sumber (jika ada, jika relevan) dengan teks yang dibaca. Oleh itu, semua kandungan media hakikatnya bahan bertulis. Bunyi dan paparan imej hanya tambah mengukuhkan.

Selain susunan seumpama ini, kita berdepan dengan pemilihan perkataan (lexicon) untuk menekankan maksud khusus, mengulangkan, menggambarkan sesuatu, perlambangan, gaya dalam penulisan. Pemilihan perkataan dan susunan maklumat disebut slant (kecondongan) berita mengikut perspektif seseorang wartawan, penulis atau media. Semua proses ini dipanggil pembingkaian berita atau framing of news.

Dalam takrif kajian media, antaranya oleh Robert M Entman dalam ‘Framing: Toward Clarification of a Fractured Paradigm’ (Journal of Communication, No 4, 1993) pembingkaian disebut: pemilihan pelbagai aspek realiti yang diterima dan membuat peristiwa itu lebih menonjol dalam sesuatu teks komunikasi, dalam banyak hal ia bererti menyajikan secara khusus takrifan terhadap masalah, tafsiran sebab-akibat, penilaian moral, dan tawaran penyelesaian sebagaimana masalah itu digambarkan.

Penyusunan berita-berita yang berbingkai ini disebut agenda-setting atau penetapan agenda – selalunya secara sengaja atau sedar. Kita boleh katakan pembingkaian dan penetapan agenda itu satu proses yang sama: "meringkas, memilih, membezakan, membataskan dan menyusun bahagian-bahagian maklumat supaya difahami" dan mempengaruhi khalayak.

Media massa memilih dan menyusun, mengulang dan menonjolkan, sesuatu wacana untuk meyakinkan kita semua tentang sesuatu yang dilaporkannya. Ia bukan sekadar persembahan fakta atau peristiwa.

Media massa memilih dan menyusun, mengulang dan menonjolkan, cebisan-cebisan realiti sebagai satu wacananya. Di sebalik wacana ini tersirat pelbagai proses penyaringan realiti. Ia bukan lagi abjad, perkataan, ayat atau berita – ia adalah satu wacana, gabungan semua itu.

Wacana boleh dianggap antara produk terakhir media yang mengumpul data, fakta atau maklumat (dalam susunan bahagian-bahagiannya yang koheren) ibarat abjad yang telah menjadi sebuah novel tebal dengan ceritanya yang menarik.

Contoh menarik wacana, hasil pembingkaian berita, ‘Melayu perlu bersatu’. Ia bukan idea atau penyataan yang baru tetapi akhir-akhir ini sering dipopularkan semula dan berjaya juga mempengaruhi orang ramai, selalunya yang tidak berfikir.

Pembaca, atau penonton yang tidak berfikir, mudah tertarik dengan wacana ini kerana kelihatan munasabah dan menarik. Siapa yang dapat menolak pentingnya ‘perpaduan’? Malah, kata ‘perpecahan’ atau ‘pecah-belah’ itu sendiri sudah cukup negatif.

Seimbas lalu, kata ini membawa imej negatif di dalam otak kita. Sebab itu, khalayak yang tidak berfikir berlapis-lapis, berkali-kali, senang terbius dengan wacana "Melayu perlu bersatu".

Tetapi di sebalik wacana ini, jika kita berfikir dengan kritis, apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik penyataan ‘Melayu perlu bersatu’? (a) Melayu sedang berpecah-belah, (b) wujudnya kelompok-kelompok Melayu, misalnya PAS, Keadilan dan Umno. (c) wujudnya fahaman-fahaman hidup, politik khususnya, sebagai identiti-identiti kelompok ini.

Wacana ‘Melayu perlu bersatu’ sering menyembunyikan premis-premis atau lantai sandaran hujah (a), (b) dan (c). Kata ‘Melayu perlu bersatu’ sahaja yang diulang-ulang tetapi penyataan-penyataan lain yang tersirat tidak dibongkar. Apabila kita menyelak premis-premis sokongan kepada agenda ini, maka jelas sekali kempen ‘Melayu perlu bersatu’ tidak dapat dipertahankan, malah palsu sama sekali.

Penyataan-penyataan (a), (b) dan (c) hakikatnya realiti hidup dalam masyarakat di mana-mana negara dan sepanjang ketamadunan manusia. Manusia tidak pernah hidup tanpa kelompok walau dalam kaum yang sama, atau dalam parti yang sama.

Selain warna kulit (faktor biologi) atau budaya (faktor sosialisasi), wujud lagi bermacam-macam kelompok dalam mana-mana masyarakat akibat kepentingan atau perspektif hidup yang berbeza-beza.

Bahasa, kelas ekonomi, latar pendidikan atau kumpulan kerjaya boleh membina kelompok tersendiri. Dalam parti politik, termasuk Umno dan PAS, wujud pelbagai puak (faction). Lihat kajian menarik misalnya Faction Politics suntingan Frank Belloni dan Dennis Beller (1978).

Penyataan (a), (b), dan (c) sengaja ditenggelamkan, sebaliknya hanya penyataan ‘Melayu perlu bersatu’ dibiarkan bergerak dalam wacana ini. Dari penyataan permukaan ini, dikembangkan pula penyataan-penyataan, contohnya:

(1) PAS dan Umno perlu bermuzakarah,
(2) Keadilan juga harus menyertai muzakarah Umno-PAS,
(3) semua orang Melayu wajib menyokong kepemimpinan atau kerajaan sedia ada,
(4) Melayu bersatu untuk mengukuhkan prestasi mereka bagi berhadapan dengan kaum-kaum lain di negara ini atau kesan arus globalisasi.

Kita akan dapat mengesan sejumlah wacana yang lebih kompleks, sarat dengan statistik, hujah-hujah akademik dan anekdot, hanya sebagai proses mengembangkan premis permukaan ‘Melayu perlu bersatu’.

Lama-kelamaan orang terlupa untuk memikirkan premis ini apabila sudah berkembang wacana (1), (2), (3) atau (4). Sebagaimana orang sudah lupa menggali (a), (b) dan (c) apabila terbius dalam fikirannya ‘Melayu perlu bersatu’.

Wacana memang menyembunyikan lantai sandaran hujah yang bertingkat-tingkat, ia mempunyai sejarah, datang bersamanya unsur-unsur ‘kuasa’, dan juga ada kesan-kesan ‘holistik’. Wacana juga mewarisi keterbatasan ‘bahasa’, alat logik yang sering menapis atau melencongkan realiti.

Kita sukar lagi membongkar sesuatu wacana tanpa mengenali susuknya, sempadan wacana, yang sudah berkembang biak dan tergabung jalin seperti wacana modenisme, Marxisme atau Islam dengan segala mazhab pemikirannya yang berkembang-biak beratus-ratus tahun.

Malah, ada waktunya ia mempengaruhi bidang-bidang pemikiran yang lain, misalnya kata-kata ‘moden’, ‘sains’, ‘pembangunan’, ‘negara Islam’ dan ‘perancangan’ – apakah kita sedar ketika menutur istilah-istilah ini, ia datang bersama sejumlah premis (latar idea) yang kompleks?

Begitu juga kenyataan mufti Perak tentang sambutan ‘Hari Valentine’ menjelang 14 Februari lalu di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Beliau menggunakan hujah hadis selepas membuat premis ringkas "seseorang Islam boleh menjadi murtad jika menyambut Hari Valentine ala masyarakat Kristian."

Mufti ini tidak sedar bahawa wacananya sudah tidak relevan, malah songsang sama sekali. Pernahkah dia mengkaji bagaimana sambutan ‘Hari Valentine’ di negara ini sekarang, sama ada di kalangan orang Islam atau bukan Islam?

Apakah mereka menyambutnya ala ‘tradisi Kristian’? Jika tidak begitu sambutannya, kenapa ditimbulkan premis seumpama itu?

Ibarat kita berdiri di suatu tempat dan melihat banjaran bukit yang berlapis-lapis hingga ke kaki langit. Mula-mulanya hijau gelap, kemudian membentuk warna-warna seakan kebiruan. Dari dekat kita nampak batang-batang pokok, kemudian hutan dan akhirnya hanya segunung warna biru yang sayup-sayup.

Wacana ‘Melayu perlu bersatu’ atau ‘menyambut Hari Valentine boleh membawa murtad’ ibarat segunung warna biru di kaki langit – indah tetapi membutakan mata daripada melihat daun, batang dan hutan.

nasruddin berkata...

Rasulullah SAW telah bersabda:
"barang siapa yang menyerupai(mengikut jejak langkah) kaum musyrik,maka dia tergolong di dalam golongan mereka".
(hadis riwayat bukhari dan muslim)

jelas????!!!!!

kalau nak masuk NERAKA.. sambutlah ek...

nasruddin berkata...

hati-hati dengan budak ni..

jangan sampai anda tergolong di dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan!!

siti rabiatul berkata...

sedara,fikir balik apa maksud cinta yng sebenar..nk sambut valentine tu boleh menambahkan iman ke????? fikir balik, kenapa ramai pemuda sekarang lemah..n this is one of that reason!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Nabi s.a.w. dan sahabat pun tak pernah sambut Maal Hijrah. Tapi tak apa, kita buat sebab ada nilai disebaliknya..walaupun tak ada nas..

Kenapa tidak dilihat nilai cinta di sebaliknya?

"Tidak (sempurna) iman seorang jika tidak mencintai sdr sbgmana dia mencintai dirinya sendiri"

Ayuh, mari melalut lagi!

Tanpa Nama berkata...

nasruddin..apa maksud mengatakan ati2 ngan budak ni..? Okay, I signed up to join Najwan to go to *hell*!
-kakiberuk

diyana nasiha berkata...

sume manusia ade klmahn..
mgkn die tidak tahu..
apabila dia tidak tahu..
jgn d mrh2
beri tahu die dgn care yg elok..

untuk pngtahuan najwan..
Hari Valentine tidak blh d smbt..
Ia dlrg sama skali dlm Islam..

Mukhlis berkata...

Assalamualaykum Warokhmatullohi Wabarokatuh

Ya Ikhwan wa Ukhti,
Valentine adalah budaya dan kebiasaan umat Nasrani. Sebagai muslim HARAM hukumnya ikut-ikutan merayakannya.

Semoga Allah Swt selalu memberikan petunjuk, ampunan dan hidayah pada kita smua.

Jazakallah Wa ahsana Ilaikum

Wassalam

syzygium berkata...

sy pun sokong ngn aper yg dperkatakan 2..
jgnlah mrah najwan 2...
mungkin dy masih xmengerti aper itu valentine day ...
samer2 lah kita bimbing dy..
aja aper yg patut...
kita hidup ni masih bnyk yg perlu belajar dan di ajar...
kan.. :p

Mr Aboo berkata...

Atas nama kemanusiaan.. Aku rasa tak salah kalau kita melahirkan rasa sayang kita sesama manusia pada tarikh ini! Yg kita sambut ialah melahirkan cinta.. Melahirkan cinta sesama manusia itu memurtadkan? Melahirkan cinta itu bukan satu aktiviti penyembahan yg memungkinkan akidah korang terpesong.. Itu tak betul.. ini bukan aktiviti keagamaan. Selagi kita tahu batasan kita sbg muslim.. tak salah utk kita meraikannyakan? Jangan menyempitkan islam dengan pandangan yg tak bernas ya wahai saudara saudara ku sekalian. Islam tu luas dan universal sifatnya.. sekali lagi.. sila faham konteks.. just take a good.. and throw the bed. :)