Ayuh, Masa Untuk Perubahan!
Jentera pilihanraya Barisan Alternatif yang sememangnya sudah digerakkan sejak beberapa bulan yang lalu sewajarnya melipatgandakan usaha dan kempen dalam tempoh yang terdekat ini. Buat teman-teman mahasiswa, gunakanlah segenap ruang yang ada untuk kita sama-sama memastikan perubahan terlaksana di negara ini.
Usah dibelenggu resah dek AUKU. Jika akta zalim itu mengekang kita dari berpartisipasi secara langsung, maka gunakanlah saluran yang tidak menyalahinya. Menulislah di blog, laman web, ruangan buletin laman-laman interaksi seperti Friendster, MySpace dan Facebook. Sebarkan emel dan maklumat-maklumat yang tidak mampu dicapai oleh teman-teman yang lain dengan lebih giat lagi. Jika anda berkebolehan mencipta video atau lagu yang mempunyai mesej-mesej ke arah perubahan, maka Youtube boleh diaplikasikan sepenuhnya.
Jika anda tinggal di desa, rajin-rajinlah berkunjung ke rumah jiran-jiran, saudara mara serta teman-teman dengan menyampaikan mesej-mesej serta informasi-informasi yang tidak akan dilaporkan oleh media milik Umno-BN. Jika anda pelepak setia di Warung Kopi Pak Abu, Restoran Ah Meng, Restoran Syed, kafe Starbucks atau Coffee Bean, maka mulai hari ini topik perbualan dan sembang-sembang anda sewajarnya ditambah sedikit dengan isu-isu politik dan sosial yang melanda negara ini. Bersembang, berdebat dan berbahaslah sambil-sambil anda meneguk teh tarik atau kopi Mocha. Gunakanlah kemudahan Wi-fi yang disediakan di kafe-kafe tersebut dengan menyebarkan informasi kepada teman-teman anda yang lain.
Proses kempen secara senyap dan halus ini seharusnya kita lakukan bermula sekarang. Kita sudah tidak punya banyak masa. Bantulah semampu yang mungkin, bergantung kepada upaya yang kita ada. Yakinlah bahawa apa yang kita lakukan ialah demi merubah negara ini ke arah yang lebih baik; adil, dinamik dan berdaya saing.
Saya ucapkan salam pilihanraya buat semua. Masa untuk perubahan bakal tiba. Sebagai permulaan, saya mulakan kempen ini dengan risalah Agenda Ekonomi Malaysia (versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) serta risalah Anwar Pemimpin Rakyat. Sila klik untuk muat turun dan sebarkan kepada teman-teman yang lain:


Label: Demokrasi, Pilihanraya, Politik



1 Ulasan:
'pak lah penakut' buatkan satu slogan poster kempem
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama