Iklan

Sabtu, Disember 15, 2007

Iblis dan Semangat Perkauman

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Baqarah: 34)

Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"
Dia (Iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup."
(Surah Al-Israa': 61-63)

Saya masih ingat, sewaktu masih di tadika dahulu, antara kisah para Nabi yang selalu diceritakan oleh ustazah ialah kisah Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa digoda Iblis. Kisah yang dihuraikan secara ringkas di dalam Al-Quran ini boleh dibaca secara terperinci di dalam kitab Injil Perjanjian Lama dalam bab Genesis.

Menurut riwayat, sebaik sahaja Tuhan selesai menciptakan Adam di syurga, telah diperintahkan olehNya seluruh malaikat agar sujud sebagai tanda memuliakan dan menghormati Adam selaku makhluk baru yang bakal ditabal menjadi khalifah di muka bumi. Para malaikat kesemuanya taat dan sujud sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Pun begitu, terdapat satu malaikat bernama Iblis yang enggan menuruti arahan tersebut.

Ketika disoal oleh Tuhan sebab mengapa sang Iblis enggan tunduk sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh mempertikaikan perintah Tuhan dengan mendakwa adalah tidak layak bagi dirinya untuk sujud kepada Adam memandangkan dia dicipta daripada unsur api sedangkan Adam dicipta oleh Tuhan dengan menggunakan unsur tanah. Iblis mendakwa dirinya (yang dicipta dari api itu) lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding Adam. Kesan daripada keangkuhan dan sifat taksub terhadap unsur kejadiannya itu, maka Iblis diusir keluar dari syurga dan digolongkan oleh Tuhan sebagai kafir.

Dahulunya sewaktu kecil saya hanya melihat skop kisah ini sebagai sebuah cerita tentang bagaimana bermulanya permusuhan antara umat manusia dengan Iblis. Iblis, dek kerana keangkuhan akan asal usul kejadiannya telah dilaknat dan diusir oleh Tuhan dari syurga. Dan sehingga kini, dendam Iblis terhadap keturunan Adam masih membara dengan ikrarnya untuk terus menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.

Semalam, melalui satu perbincangan bersama dengan seorang teman, saya mulai memahami konteks sebenar kisah ini. Iblis, sebetulnya merupakan seorang rasis dan terlalu taksub dengan unsur kejadiannya iaitu api. Beliau melihat bahawa unsur (baca: bangsa) selain api adalah hina dan rendah martabatnya maka dari itu beliau berasa angkuh dengan bangsanya sendiri sehingga menyebabkan beliau tidak mahu sujud menghormati Adam yang berunsur tanah. Maka, dari pengamatan saya, tidak salahlah kiranya saya mengangkat Iblis sebagai Bapa Perkauman yang pertama dalam sejarah.

Jika diperhatikan kisah dari Al-Quran ini dengan situasi semasa di Malaysia, jelas Iblis mempunyai ramai pengikut yang begitu taksub dan fanatik dengan kaum dan bangsa mereka. Mereka yang tebal semangat perkauman ini mendakwa bahawa mereka mempunyai hak keistimewaan dan bersifat dominan melebihi bangsa-bangsa lain. Apakah kita tergolong dari golongan yang taksub dan angkuh ini? Dan mahukah kita mengikut jejak langkah Iblis yang dilaknat dan dikafirkan oleh Tuhan gara-gara kesombongan dan semangat perkauman yang menebal dalam dirinya?

Apakah ajaran Islam Hadhari mengajar kita menjadi rasis dan bersifat angkuh serta taksub terhadap bangsa kita sendiri? Jika Iblis disingkir dari syurga kerana angkuh dan bersifat rasis, maka layakkah kita yang ikut menuruti sikap Iblis ini bercakap soal Islam dan kemuliaannya?

Jika anda mahu menjadi rasis dan taksub dengan bangsa anda, berwaspadalah kerana Iblis disingkir dari syurga dan bakal dihumban ke neraka disebabkan keangkuhannya dan ketaksuban terhadap unsur kejadiannya (baca: bangsanya) sendiri.

16 ulasan:

buah fikiran berkata...

Najwan,

Dah la tu.. Ape tetiba bincang soal racist ni? HINDRAF dah kutuk/hina orang Melayu dan ISLAM, mereka juga mengelar kita ISLAMIST TERORIST.. Xkan nak berdiam diri kot..

Kalau dah bangsa sendiri x pertahankan bangsa, siapa lagi? Nak harap bangsa lain? Jangan harap la.. Cina nak sekolah cina, india nak sekolah Tamil. ada melayu mintak sekolah melayu?

Orang Melayu dah cukup bertoleransi dgn bangsa lain wahai najwan.. Kamu nak ape lagi? Nak kita hapuskan hak bumiputra kita?
Itu je lah yang tinggal.. Kalo xde tu, kamu pon xkn dapat masuk Universiti, ibu bapa kamu pon kemungkinan tiada pekerjaan.

Mana Najwan yang rasional yg kita kenal ni? Honestly lah najwan, since ko dh terlalu kearah politik PKR ni kan, kadang-kala ko ni dah tak rasional.. Terlalu taksub.. Taik pon disangka makanan..

Tanpa Nama berkata...

Buah Fikiran,

Kamu takut hendak bertanding dengan adil disamping kaum kaum lain di Malaysia? Adakah kamu rasa orang melayu terlalu bodoh yang mak bapak kita tak kan ada kerja, kita semua takkan bersekolah tanpa hak hak bumiputra?

Sahabat, orang melayu amat lah bijak! Samalah dengan kaum kaum yang lain. Tapi macam mana hendak kita mengembangkan potensi kalau kita diselesakan dengan bantuan kerajaan untuk setiap benda? Golongan lain terpaksa berusaha keras untuk mendapat segala galanya. Takkan melayu sangat pemalas yang kita tak mampu berkerja keras untuk berjaya? Adakah tak patut untuk kita berlaku adil kepada semua orang yang layak mendapatkan apa yang diusahakan?

Ramai sahabat kami di sini, yang belajar di luar negara, yang Melayu lebih hebat daripada cina, indian, mat salah atau siapa saja. Ini bukan sebab mereka melayu, tapi ini adalah kerana mereka diletakkan diluar medan selesa dan terpaksa bersaing dengan adil.
Kami di sini hidup aman damai sebagai rakrat Malaysia. Kami perkenalkan diri kami sebagai Malaysian, bukan melayu, cina atau india. Kenapa kamu semua tidak boleh berbuat yang sama?

People are successful because they challanged themself and achieved what most people thought is impossible. Why cant we all do that, without any concern of our race or skin colours? We are not stupid! The Malay can get into the top university in the world, many of us are here because we split outself from racism and immaturity of our culture. Now is the time for the rest of the Malay to do the same.

V

RD berkata...

buah fikiran,

Kenapa anda takut bila dibincangkan isu ini? dan adakah anda juga merupakan seorang rasis?

Saya setuju dengan komentar V: "Adakah kamu rasa orang melayu terlalu bodoh yang mak bapak kita tak kan ada kerja, kita semua takkan bersekolah tanpa hak hak bumiputra?"

Dan satu lagi, saudara Najwan yg saya kenal kini kelihatan lebih rasional dan matang, berbanding dahulu. Teruskan perjuangan wahai sahabatku.


Salam perjuangan dari UK,

RD

Tanpa Nama berkata...

Aku berok Melayu!...ntah-ntah aku mempunyai semangat iblis!

-KakiBeruk

-SeimbangSejagat- berkata...

najwan...najwan,

cukup-cukuplah tu! perjuangan anda bagus, idealist anda bernas...idea tanpa perlaksanaan hanyalah anganan kosong. cermin diri. muhasabah diri anda...dimana anda sekarang, di takuk atau di level mana? saya risau dengan ketaksuban anda akan memakan diri suatu masa nanti. anda bijak, gunakan akal kurnian ilahi untuk mendalami ilmu-ilmu yang cukup banyak di muka bumi ini. dan bersyukurlah dengan apa yang saudara nikmati kini.

manusia mudah berkata-kata dan menyuarakan isi hati, tanpa memikirkan keadaan orang lain. setiap apa yang berlaku itu ada asbab disebaliknya, eloklah kiranya saudara mendalami mahupun berada di situasi si pelaku sebelum memberi komentar. ringkasnya, jangan menzalimi diri. jika anda seorang pesawah, tak kan sama maksud dan isi perbualan tentang isu selut dan lintah jika dibandingkan dengan orang dibandar yang menbincangkan isu yang sama. fikir2 kan.

insyaAllah moga saudara dikurniakan hidayah dan petunjuk dari Allah yang Maha Mengasihani umatNya.

-SeimbangSejagat-

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
agak keterlaluan bila anda mengaitkan iblis dan malaikat ada lah makhluk yg sama..."terdapat satu malaikat bernama Iblis yang enggan menuruti arahan tersebut"..

sifat, dan penciptaan kedua-dua makhluk ini adalah berlainan...
satunya dari Nur..satu lagi dari api...

memag kadangkala kita ghairah..mempertahankan hak...cuba menyingkap kesilapan orang lain dari mata pandangan kita..namun..adalah lebih manis jika saudara berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah...

Sungguh menarik sekali permula 'post' kali ini...dimulakan dengan terjemahan potongan suci ayat al-Quran...namun..setelah beberapa ketika...saya perhatikan disini, bahawa anda sudah terlalu taksub..
tanggungjawab saya untuk menegur apa yg difikarkan perlu...

dan..bersatulah di bawah panji Islam..itulah yang sebaiknya..bukan bersatu di bawah DSAI, Pak Lah, Nik Aziz etc..renungkanlah..
kerana tiada cacati dan celanya dalam agama Islam kita ini...

Tanpa Nama berkata...

anon,

sehingga kini jika kisah Adam dan Iblis ini diceritakan dalam ceramah-ceramah agama, ustaz2 masih lagi mengatakan bahwa Iblis dahulunya merupakan malaikat di syurga.

jika saudara ada versi lain ttg iblis, harap dapat perjelaskan di sini. saya percaya saudara najwan sekadar menterjemahkan semula penceritaan ustaz/zah nya ketika dia masih di tadika dahulu yg mengatakan iblis merupakan antara malaikat yg cukup taat kpd Allah sebelum peristiwa ingkarnya beliau utk sujud kpd Adam.

saya rasa penulis bukanlah bermaksud utk bersikap keterlaluan dalam hal ini cuma mungkin interpretasi ttg versi penceritaan kisah ini berbeza antara satu sama lain.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

cek poraaahh! Cerita iblis pulak! Cuba cerita tentang kejadian beruk. Kita semua perlu menyahut seruan Khairy tentang kisah kejadian beruk..ini idea yang kritis!

-Kaki Beruk (hehehe!)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
saudara najwan bukan bersikap keterlaluan barangkali ya? iya..itulah tanggungjawab saya..menegur...
Dan dalam keghairahan itu, jgn pula sesekali mengenepikan yang mana hak atau batil...
bukan perlu menjadi alim ulama utk menegur yang difikarkan perlu..
dan jelas sekali bahawa Da'wah itu suatu tuntutan wajib..

najwan halimi berkata...

anonymous,

Terima kasih atas teguran. Mungkin saya salah ttg status iblis sama ada beliau malaikat atau bukan. Sebetulnya, saya sekadar meriwayatkan penceritaan yg saya terima ketika saya di tadika dahulu.

Jika mahu disingkap dan diteliti secara terperinci berkenaan dengan status iblis ini, saya kira perlu ada satu skop perbincangan lain mengenai perkara tersebut.

Pokoknya, bukan niat saya untuk menyeleweng fakta ttg hal ini. Persoalan yg saya cuba ketengahkan ialah kaitan sifat iblis dengan semarak perkauman yg mulai melanda negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Aku ngaku aku beruk. Khairy pun beruk tapi dia jenis berok bahlul..Kalu dalam keluarga Beruk Melayu, Kairy memang genetik keturunan bahlol dan terbangsat!
-Kakiberuk

a.azreen berkata...

pandangan saya, mungkin skop "racist" yang dikemukakan oleh najwan terlalu luas. isunya sampai menyentuh sejarah manusia pertama. dikaitkan pula dengan kisah takbur si iblis yang kemudiannya menjadi penyesat manusia sepanjang zaman.

kita di Malaysia tidak akan dapat lari dari isu perkauman. maksud najwan mungkin beliau inginkan satu perubahan dalam sistem pemerintahan Malaysia di mana ia dapat mengimbangi semula kacau-bilau yang dicetuskan oleh dasar kapitalisme - di mana golongan kaya semakin kaya dan sebaliknya. insiden perkauman ini pula dikaitkan dengan isu ketuanan Melayu, hak keistimewaan Bumiputra etc. tetapi sebagai seorang Melayu, sampai bila kita harus bergantung kepada hak-hak keistimewaan ini? tidakkah kita tidak pernah sekalipun terfikir bahawa kita juga mampu berjaya tanpa apa-apa bantuan?

saya ingin merujuk kepada pengendalian kem Biro Tatanegara (BTN). mengapa sistem & modul yang diguna pakai tidak langsung mencerminkan bahawa kaum Melayu didasari Islam (agama yang mencintai keadilan)? mengapa perlu mengapi-apikan semangat Melayu peserta sehingga menjatuhkan kaum-kaum yang lain?

mentaliti kaum Melayu hanya berpaksi pada satu tiang sahaja. saya tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Melayu dan mengangkat martabat kaum lain. kita berpayung di bawah langit yang sama. sampai bila diskriminasi ini perlu berlanjutan? keadilan hanya wujud apabila ada hak sama rata. fikirkan.

p/s: saya bisa ditegur.

Ainis Azreen

Malay V berkata...

Pada Najwan yang telah menulis dengan cantiknya,penulisan anda mampu mengubah pendirian insan. Isu agama yang anda gunakan amat bernas.Bijak sekali penggunaannya. Bangga melihat ada anak melayu yang kritis dan kreatif pemikirannya.
Tetapi janganlah kita lupa yang antara perkara yang penting diajar didalam Islam ialah sifat hormat-menghormati. Melayu bukan sedang memperjuangkan perasaan rasist seperti yang digembar-gemburkan. Kita sedang memperjuangkan hak kita. Hak kita untuk dihormati. Apabila menulis ayat ini saya faham akan ada yang berkata adakah Melayu tidak dihormati. Saya sedang memperkatakan tentang sikap segelintir kaum India dan Cina yang terang-terang atau secara sembunyi menghina dan mengecilkan bangsa Melayu. Hak orang Melayu perlu kita perjuangkan demi masa hadapan anak bangsa kita dimasa hadapan. Cukuplah apa yang terjadi di Singapura.
Sokonglah sesiapapun tetapi kita makhluk yang dijadikan Allah dengan kelebihan akal. Yang baik kita terima dan yang buruk kita tolak. Jangan terlalu taksub hingga membenarkan yang salah.
Apabila bercakap tentang perjuangan Melayu sebenarnya kita sedang memperjuangkan agama Islam. Ini adalah kerana Melayu di Malaysia amnya adalah orang Islam. Berdosa besar bagi orang Islam memilih ketua yang bukan Islam. Ini adalah kerana seorang ketua bukan Islam akan memerintah dengan cara bukan Islam dan sudah pasti hak-hak orang Islam seperti mendengar laungan azan, ceramah agama dan etika berpakaian tidak dipentingkan. Tiada pemimpin yang bukan Islam akan memimpin dengan membenarkan negara ini menjadi negara Islam sedangkan dia kafir. Hanya orang Islam sahaja yang dihalalkan menjadi imam.
Kita orang Melayu tidak rasist dan pada saya orang Islam diMalaysia ini amatlah bertoleransi dengan orang bukan Islam. Lihat pada bilangan tempat-tempat beribadat diMalaysia ini dan bandingkan dengan bilangan penduduknya. Tidakkah berpatutan. Adakah orang Melayu yang membakar kuil dengan mengatakan tidak patut wujudnya rumah ibadat selain Masjid? Dimalaysia ada tokong ular. Pulau Pinang yang dikatakan Kuil terbesar di Asia Tenggara, begitu juga di Johor dimana adanya gereja terbesar di Asia Tenggara. Orang Islam diMalaysia hormat dan tidak menafikan hak-hak orang bukan melayu atau orang bukan Islam kerana kita berpegang kepada surah Al-kafirun. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku. Jadi janganlah hak kita dinafikan dan dipertikaikan.

p\s: bagi saya iblis tidak bersifat perkauman kerana manusia bukanlah dari jenis iblis. Iblis dan manusia adalah dari spesis berlainan. Iblis menafikan hak manusia yang ditentukan Allah... Jadi adakah patut sikap kita disamakan dengan iblis jika kita tidak makan semeja dengan belalang, kura-kura, monyet atau anjing?..

Tanpa Nama berkata...

seingat aku... assobiyah tu hareem...
NABI x ngaku umat...

elakkanlah berincang mengenai perpaduan umat melayu..

cina india ada gak islam kann..

org kapir maju krn sekular
org islam mundur agama suku, politik suku

hayatilah ISLAM!

Tanpa Nama berkata...

“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyyah" [HR Abu Daud].

lupa nak letak dalilnyer...

wassalam.

jundullah berkata...

Salam,

kepada anda yang taksub dgn melayu,buka-bukalah al quran tu cari hujjah dan dalil yg menyokong ketaksuban kamu tu jika kamu orang yang benar.