Iklan

Jumaat, Jun 26, 2009

Mengenang Michael Jackson

Saya terkesan dan hiba sebaik mengetahui berita kematian mengejut Raja Pop Michael Jackson pagi tadi.
Michael Jackson yang popular dengan panggilan Jacko dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Membesar dan dewasa dengan lagu-lagu beliau, saya sering berhasrat untuk menyaksikan persembahannya secara langsung.
Meski pun diselubungi dengan pelbagai kontroversi, namun setiap kali beliau tampil dengan album baru, pastinya ia menjadi hits.
Saya berkongsi kesedihan dengan jutaan warga dunia yang semestinya turut menangisi dan berkabung atas pemergian beliau.
"Muzik yang hebat adalah sesuatu yang abadi," demikian ungkapan Michael Jackson. Dan ianya terbukti hari ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device

1 ulasan:

mario berkata...

Pemergian bintang hebat ni juga masih diiringi kontroversi.
saya tak tolak kemungkinan dia dibunuh.
Sejak beliau menyatakan hasrat untuk memelik islam,namanya telah dibusukkan hingga ke akarnya.
ade golongan yang tak senang hati.
golongan yang sama yang membonekakan artis2 barat dengan tujuan memesongkan akidah umat manusia..
Moga arwah ditempatkan dikalangan hamba yang dilimpahi kasih-sayangNya