Terlalu banyak isu yang melatari perkembangan pemikiran saya sejak kebelakangan ini. Isu bahasa, agama dan bangsa adakalanya cukup mual dan menjemukan.
Sumber gambar: ms.pngtree.com |
Polemik Yoga yang dibangkitkan oleh salah seorang agamawan semalam saya kira seakan-akan sama dengan persoalan hukum mengucapkan "Deepavali Nal Valthukal" kepada teman-teman beragama Hindu yang disinggung oleh salah seorang pengunjung blog ini tempoh hari.
Pernah dahulu ketika mana saya aktif menyertai usrah di kampus, salah seorang naqib yang memimpin usrah tersebut menyatakan bahawa adalah haram mengucapkan selamat terhadap sebarang perayaan agama lain seperti Deepavali dan Krismas. Menurut naqib itu, ucap selamat hanya dibenarkan terhadap perayaan berbentuk kebudayaan dan adat semata-mata sebagaimana sambutan Tahun Baru Cina.
Sehingga kini, saya masih tidak dapat merungkai kebenaran di sebalik kenyataan naqib saya itu. Setiap tahun saya masih lagi mengucapkan "Deepavali Nal Valthukal" dan "Salawat serta salam ke atas Isa Al-Masih" kepada teman-teman saya yang beragama Hindu dan Kristian. Pun demikian, keyakinan dan keimanan saya terhadap keEsaan Allah s.w.t. dan pengakuan saya terhadap kerasulan Muhammad s.a.w. tidak pernah tergugat dan berubah.
Saya kekal konsisten dalam pengamalan ibadah dan komited untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Teman-teman saya ada yang mendaftar sebagai ahli di pusat-pusat kesihatan serta turut mengikuti kelas yoga yang disediakan, pun begitu mereka juga masih lagi bersolat, berpuasa dan membayar zakat.
Maka adalah cukup janggal untuk saya percaya atau menerima kenyataan bahawa hanya dengan mengucapkan selamat berhari raya kepada teman-teman Hindu dan Kristian maka akidah saya akan terpesong!
main internet haram sebab internet bercampur benda baik dan buruk. dalam islam mana boleh campur benda2 ni. tambahan pula ramai yang lagho..
amacam ok x?
aik korang yg baca komen ni main internet ya?
saya harap zarul juga dapat mengemukakan hujah balas dari kenyataan sinikal saya kerana ia tidak timbul tanpa sebab.
bagi saya perlu reformasi besar-besaran untuk kita bersantung dan memberikan kebebasan untuk menyaring semula pandangan dlm byk isu. jika sy dianggap mempersenda, sy harap tolong juga jgn mempersenda umat Islam dgn cara yg x sepatutnya.
biarlah sy mengemukakan pandangan lebih neutral. ucap selamat itu dikatakan haram krn seolah kita mengiktiraf ketidakislaman mereka. saya sejak dulu sering tertanya dan berharap dicerahkan kenapa Allah s.w.t. mengungkap istilah agama kpd bukan Islam bila dlm firman menyebut "bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami". kenapa perkataan agama yg disebut? bukankah itu satu pengiktirafan bahawa ada agama lain meskipun ia bukan pengiktirafan dalam konteks kebenaran? begitu juga cukai kharaj dan sbgnya - bukankah ia pengiktirafan bahawa ada yg tidak menerima islam terlepas maksud mengiktiraf pilihan mereka benar?
tolong cerahkan saya. saya benar2 tersepit dgn amalan islam di Malaysia meski saya percaya Islam adalah agama yang saya akui benar sebagai pilihan saya.
sy terbaca artikel blog ini di KN.
kebetulan di KN ada dibahaskan berkaitan ucapan pada perayaan non muslim.
boleh rujuk di sini.
http://kampusnegara.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=4618#4618
1. kita mmg tak pernah iktiraf selain islam. syirik hukumnya.
2. sy cuba terang sebaik mungkin. sy minta maaf kalau tersalah fakta. dr apa yg sy pelajari, ungkapan agama sbnrnya salah satu kesalahan bahasa.
cuba anda rujuk balik quran, rujuk tulisannya. utk islam akan di panggil 'addin'.
kalau yg lain tu samada 'millata' atau terus sebut yahudi atau nasrani atau guna gantian nama lain.
tp kalau anda rujuk terjemahan mmglah guna perkataan agama.
sy tak jumpalah surah yg awk bw tu..lupa ayat berapa. kalau boleh tlg nyatakan surah yer.
wallahu'alam.
dalam hal kebenaran, berasaskan kewujudan mereka saya hanya boleh katakan ada 'kebenaran' lain yg difahami oleh orang lain dan tidak menjadi keyakinan saya.
saya fikir kita terlalu over exaggerate. bila nabi s.a.w. bangun melihat mayat yahudi diusung ke tanah perkuburan tidak timbul isu nabi s.a.w. iktiraf keyahudiannya sebaliknya kemanusiaan.
jika sy katakan bhw cara kita menjadikan agama ini sukar sy pasti ia akan dibalas dgn hujah yg akan memanjang persoalan aqidah hingga ke wilayah samar.
sy tidak fhm apa yg cuba ahmad amin smpaikan sbnrnya.
Ataupun, AMALKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM DAN TAMBAHKAN SOLAT SUNAT. Itu lagi bagus kerana dah terbukti oleh pengkaji sains bahawa SOLAT YANG KITA LAKUKAN ITU ADALAH JUGA SENAMAN dimana ada satu bahagian di dalam tubuh kita yang didapati darah tidak sampai dengan cara senaman biasa tetapi HANYA DENGAN SOLAT, DARAH BOLEH SAMPAI KE BAHAGIAN TERSEBUT. MAKA LENGKAPLAH PERJALANAN DARAH DALAM TUBUH KITA...
Jadi, tak perlu pertikai pengharaman tersebut kerana ISLAM sendiri ada senaman yang jauh lebih baik dari yang lain...
Maka adalah cukup janggal untuk saya percaya atau menerima kenyataan bahawa hanya dengan mengucapkan selamat berhari raya kepada teman-teman Hindu dan Kristian maka akidah saya akan terpesong! "
Inilah Islam Liberal anutan puak2 totok PKR termasuk penulis blog ni yang dungu dan suka membontoti apa je yang nuar cakap.
Kalu camtuh, aku berzina, aku minum arak, then pada masa yang sama,bersolat, berpuasa dan membayar zakat, aku adalah seorang muslim yang baik?
Terpulang la pada penilaian masing2. Ini ajaran liberal ni, h..he..
Jangan taksub sangat, nnt jd macam pengikut Al-Arqam.....
anda tak boleh main fitnah org tu liberal, ini liberal. anda fhm ke apa isu yg dibincang sbrnya?
isu ini bukanlah satu isu yg bersifat qot'ie di quran. hukum pengharamannya tidak jelas.
maka jika sesuatu itu tidak jelas, selagi itu ia dibolehkan berijtihad.
maka terjadilah khilaf. ada kalngan ulama yg membolehkan ada juga yg tidak bolehkan.
dan yang pilih ianya harus kena tau apa syarat2nya dan apa hujah2nya kerana Islam tertegak ats hujjah begitu juga siapa yg pilih ianya haram..
dan tetaplah pada apa yg anda rasakan benar melalui hujah bersumberkan quran sunnah.
di dunia ada puluhan fatwa yg haramkan dan puluhan fatwa yg haruskan.
wallauhu'alam
justeru dengan ucap selamat bagi mengiktiraf kewujudan selain islam pada saya tidak perlu nak over exaggerate sampai pesong aqidah.
dan sy bersetuju bahawa dlm aktiviti bersifat ritual, kita perlu bgtau kwn2 bukan islam bahawa kita tak mahu.
yoga sbg senaman atau ritual?
cuma kita dilarang meraikan perayaan mereka kerana perayaan itu adalah pemujaan, penyembahan terhadap kekufuran dan kesyirikan. seperti perayaan dalam islam didalam ada pemujaan adanya penyembahan terhadap ya esa bukan?
Garisnya jelas sesuatu yang syirik dan menjurus kepada penyukutuan pada yang esa adalah haram.
Cegah itu lebih baik kata tok ayah saya...para alim ulama yang benar-benar ikhlas punyai resah dalam diri mereka melihatkan ancaman kepada syariat islam yang saya juga akui perlu di beri tafsiran baru sesuai dengan zaman.
saya sebenar terkilan, Dimana sahaja saya temui perdebatan lagaknya masing-masing tidak mahu berlapang dada. kadangkala mahu memperbodoh dan mempersenda satu sama lain.
Takut untuk berdebat terbuka pula satu penyakit juga...hehe..
maaf, saya bergurau senda disini...
untuk najwan, saya belum selagi kad jemputan belum sampai ke tangan najwan.... :-)
sbnrnya masalah senda dan sindir tu jatuh pd org yg kurang berinteraksi barangkali.
kita juga harus jelas bahawa setiap amal bermula dgn niat.
jika persoalan yoga ini jadi isu yg terlalu besar bg umat islam utk diselesaikan, tidak hairan kenapa org tidak optimis bahawa cita2 negara islam tidak akan menjadi autoritarian.
Cuma satu persoalan yang belum dirungkai oleh ilmuwan agama, kalau orang agama lain ucapkan selamat hari raya kepada kita, tetapi kita tidak boleh ucapkan selamat pada hari perayaan mereka, bukankah akhirnya mereka akan melihat Islam itu dari perspektif yang sempit kelak sehingga tidak mahu mendalaminya?
MKF,
sini ada ulasan lanjut berkaitan ucapan perayaan non muslim.
minta MKF baca kesemua posting di situ.
http://kampusnegara.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=4618#4618
Sila fikir dan kaji.
Tak mampu? Tiada kelayakan? Tanyalah pada yang layak. "Bertanyalah pada ahli dzikr". Barangkali dalam hal-hal seperti ini, anda perlu mahirkan bab ikhtilaf sungguh2. Kaedah2nya dsb.
Ini hanya nasihat. Kebetulan pendapat kepala dan otak anda benar kali ini. Mungkin tidak lain kali.
By the way, hujah anda, 'beryoga' dan kemudian solat, zikir, zakat etc, membuktikan seseorang itu berpegang teguh dengan akidah islam, saya lihat sangat dangkal.
Untuk gugur akidah seseorang, ia terlalu licin, dan mudah. Even sekularisma mampu menggugat akidah seseorang. Syeikhul Islam terakhir Khilafah Turki Uthmaniyyah pernah berpendapat, "Sekularisma itu adalah jalan terdekat kepada Riddah!". (rujuk tulisan Ust Hasrizal: http://saifulislam.com/?p=142). Puak sekularis juga solat, zakat dan puasa. Sekurang2nya itu yang terzahir di mata...
Nasihat saya, agar anda berhati-hati. Itu sahaja...
Sekian.
Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya
Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
Semoga Allah Memberkahi kita semua
Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya
Amin