Iklan

Isnin, Oktober 20, 2008

Pemergian Shamsiah Fakeh

Saya dimaklumkan oleh saudara Saifullah Zulkifli tentang pemergian kerahmatullah neneknya, Allahyarham Shamsiah Fakeh seawal jam 12 tengah hari tadi. Sememangnya saya menaruh hajat untuk menemui Allahyarham namun demikian, ajal menjemput beliau lebih awal.
Tatkala menerima berita kematian Allahyarham, saya lantas terkenang buku memoir tulisan beliau yang masih sedang saya baca dan belum sempat dihabiskan. Coretan Allahyarham tentang perjuangan hidupnya sewaktu mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS), terlibat aktif dalam perjuangan Parti Komunis Malaya dan seterusnya merantau ke China cukup mengesankan.
Saya berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham. Takziah buat saudara Saifullah sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Shamsiah Fakeh dicucuri rahmat dan diberkati Allah s.w.t.

3 ulasan:

Zack berkata...

Bile masa pulak puak-puak PKR dungu dan jubur ni sokong komuis? setahuaku dulu, geng2 ni puak2 yAHUDI MABUK YANG MMEPRJUANGKAN DEMOKRASI AMERIKA! Dah takder pendirian ke sampai sokong komunis pulak? Macam2 la puak dungu PKR ni. Yang tulis blog pn perangai mcm setan...macam dia sorglah perfect. semua org mmg hina. Sebijik mcm perangai Yahudi. Sama macam boss dia yang duk ngikut telunjuk Yahudi. Kemuncaknya, buat patung kat Batu Caves. Dah takde modal lain nak menarik perhatian.

Aku tunggu dia kena bom mcm benazir Bhutto. Yang kena bom ngn CIA pasal tak berjaya nak amek alih kerajaan dari Musharraf walaupun dah berbilion US Dollar dh bagi nak support kerajaan yang kononnya demokrasi dibawah tajaan NEd @ Amerika

PM berkata...

kepimpinan beliau tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi walaupun beliau adalah wanita dan caranya tidak diterima oleh masyarakat. Tetapi beliau menunjukan kewibawaannya sebagai salah seorang yang memperjuangkan hak dan kebebasan walaupun nyawanya terancam.

al-fatihah buat almarhumah, semoga rohnya dicucuri rahmah dan dihimpunkan dalam golongan orang yang beriman

jebatsari berkata...

al-fatihah. wah, saudara kenal dengan ahli keluarga pejuang. beruntungnya.

memang resmi pejuang. hidupnya difitnah, matinya diludah - selagi mereka masih macam pengomen entri ini, zack.