Iklan

Jumaat, Ogos 22, 2008

Memahami Keluhan Rakyat

Siang tadi, Perdana Menteri Abdullah Badawi dilaporkan melakukan pemeriksaan mengejut dengan menaiki tren komuter dari stesen Serdang. Beliau turun di Stesen Sentral Kuala Lumpur seterusnya mencuba tren transit aliran ringan (LRT) menuju ke Masjid Jamek.
Tatkala ditanya oleh pihak media selepas itu, Abdullah menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan tahap pengendalian operasi tren-tren tersebut. Tegas Abdullah, masih banyak yang perlu diperbaiki.
Saya ucap syabas dan terima kasih buat Abdullah kerana sudi 'menjadi' rakyat pada hari ini. Seharusnya perkara ini dilakukannya sebelum beliau mengumumkan kenaikan harga minyak dua bulan yang lalu. Keluhan rakyat sewajarnya difahami dan dipertimbangkan dalam setiap keputusan yang diambil.
Berdasarkan pengalaman saya yang hampir setiap hari bergelut dan mendepani keluhan rakyat yang pelbagai, ketidakmampuan menampung kenaikan kos sara hidup merupakan masalah yang lazimnya dihadapi oleh mereka.
Hasil pendapatan yang rendah ditambah pula dengan jumlah tanggungan yang ramai sememangnya sesuatu yang cukup mengharukan. Pertumbuhan ekonomi sebagaimana yang dilaporkan di dada media sebetulnya tidak berjaya diterjemahkan ke peringkat akar umbi. Peningkatann kadar pengangguran, kandas dalam perniagaan serta kegagalan melunaskan pinjaman kewangan merupakan impak secara langsung akibat daripada kepincangan proses agihan kekayaan negara ini.
Barangkali selepas ini Abdullah boleh turun ke pasar-pasar dan membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, gula dan tepung untuk menilai sendiri beban sengsara yang ditanggung oleh rakyat bawahan. Semestinya lebih banyak keluhan yang akan beliau dengar.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus la kalau pak lah dah sedar. jangan ada udang sebalik batu dah la. adakah pak lah betul2 serius nak improve sistem pengangkutan? atau sekadar nak create projek baru untuk kroni? Wallahualam

Ikhwan 'Penangites' berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ikhwan 'Penangites' berkata...

najwan nampknya senada dgn aku..hahaa

nampaknya Pak Lah baru buka mata..akhirnya dia sedar juga inilah keluhan rakyat tentang sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Banyak kn koc sudah untuk komuter dan LRT untuk kesenangan rakyat.Tak pyh bas ,last2 dpt kontrak kat scomi.hahahah

http://ikhwanhafiz.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

aku ingat kita ramai2 pakat suruh menteri kabinet ni test 2 bulan ... kita bg dia basic salary + elaun dlm RM3000 sebulan dan x ada pendapatan lain. elaun minyak, elaun kete, elaun rumah semua jgn bg. RM3000 tu rasanya kira banyak jugak tu. Bukan apa mintak dia merasa kesusahan golongan marhaen mcm kita ni... jgn tau nak naikkan brg jer...

PK berkata...

Kini AAB telah turun untuk lihat sendiri kenapa pengangkutan awam sering di kritik oleh masyarakat. Maka Pak Lah telah menyedari hakikat ini dan menteri berkenaan nampkanya telah kelihatan gelabah dan baru bertindak untuk menjalankan tugasnya.

Suatu tindakan yang bagus.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Baguih ler mcm tue, baru tau keadaan sebenar penduduk, suruh Pak Lah kalau pi pasar bawak Rm100, lepas tue kita bagi list barang kat dia, baru dia terkejut harga barang di pasaran.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Baguih ler mcm tue, baru tau keadaan sebenar penduduk, suruh Pak Lah kalau pi pasar bawak Rm100, lepas tue kita bagi list barang kat dia, baru dia terkejut harga barang di pasaran.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

syahril syah berkata...

hmmm... baguslah paklah... baru skali naik, dah mengeluh, banyak komen + songeh... bayangkan org dah sepuluh tahun naik komuter tak kecoh pun... dia baru skali naik, nak bising satu dunia... hai, paklah nih salah langkah r... dgn cari nih, dia dah tunjukkan tahap kebijaksanaan dia... huhu... harap2 dia takyah la wat statement dia g pasar plak... lagi lar org meluat... sbb bende ni dh bertahun2 lamenyer... dia bukan jadi PM baru seminggu... baru skarang dia nak ngeluh... adoiii yaiii.... hmmm...

Syahir the Owl berkata...

Paklah bodoh kerana tak teruskan pet project Dr. M iaitu Landasan berkembar untuk tingkatkan efisien pengangkutan keretapi pada 2004. Masa tu nilai harga murah. Masa depan lebih mahal..

http://www.gunungraya.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Untung kat KL ada LRT, macam mn dgn JB & Penang? Aku nak ke tempat kerja terpaksa naik 3 bas baru sampai. Masuk pukul 7.30, pukul brp nk keluar? Mana pegi duit royalti minyak yg dikatakan utk pembangunan perkhidmatan awam. Tolong jawab Sabri Buih...

NEO berkata...

better late than never though its too little too late

Tanpa Nama berkata...

Lagu tuju kepade PKR PARTI KEYAHUDIAN RAKYAT!!!

http://www.youtube.com/watch?v=ujavC8jLfuE

Jali UMNO Butterworth

Mercedes_Freak berkata...

Jali UMNO Butterworth, u still cant accept that ur party is no longer relevant? Why should u use vulgar words, dun u have any nice language to use? Who are u to call people Jewish, Nasara or whatever? Are you that good enough to call people Jewish?

Indeed you are Malay fighter but u are fighting for whom? Enough lar bro, stop banging other peoples' personality. As though like UMNO is such a damn perfect party? If this is how u reacted over this small, teenie weenie issue, no wonder we are left far away behind, why? because the existence of a Mr Yes Man like u.