Iklan

Selasa, Jun 17, 2008

Kenapa Takut Pada Dangdut?

Jika di Indonesia, dangdut merupakan seni budaya yang cukup dibanggakan. Beberapa tahun lalu, Project Pop, perkumpulan muzik anak muda dari seberang cukup gah mempromosikan dangdut sebagai tanji kebanggaan republik itu. Dangdut juga medium penyatuan rakyat pelbagai suku di Indonesia.
Di Malaysia, aktivis dangdut dimusuhi dan dicela. Ada elemen merosak moral. Jika dalam drama-drama tempatan yang ditayang di kaca televisyen, dangdut sering terlekat pada imej lelaki hidung belang yang mengabaikan isteri dan anak-anak.
Tahun lalu di Sabah, saya menari poco-poco bersama-sama dengan aktivis Partai Bulan Bintang (jika di Malaysia, ianya dijelmakan dengan nama PAS). Di Malaysia, poco-poco cukup diminati oleh perkumpulan mak-mak datin dan ibu-ibu elit (dan tarian ini turut diajar di kem latihan Khidmat Negara!).
Apakah dangdut dicela kerana gaya Mas Idayu memegang mikrofonnya dengan cengkaman menggoda? Bagi yang kurang berkenan melihat Mas Idayu bergoyang, jangan marah...maafkanlah!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Wan,

Inul kurang membuka syahwat muzika saya tapi link dibawah ini lebih asyik....Apapun muzik dapat menyatukan rasa kemanusia kita.

http:
//www.youtube.com/watch?v=pM50TfMd8pA

Nizam
KK

r_feev berkata...

Salam,

Mungkin apa yang dibangkitkan pemuda Pas itu ada eloknya.. Imej dangdut di Malaysia yang mempamerkan wanita-wanita berpakaian ketat dan menampakkan tubuh badan adalah satu imej yang tidak ingin kita lihat sebagai imej untuk mempromosi kerajaan pakatan rakyat. majoriti rakyat atau orang melayu islam terang-terang kurang senang dengan imej penyanyi dangdut Malaysia dan Indonesia.. Ia bukan kerana muziknya atau tariannya.. tetapi pakaiannya yang kadangkala melanggar etika budaya timur orang melayu yang sopan.. Jika selama ini kebanyakkan orang melayu memandang perkara ini hanya dilakukan oleh orang UMNO dan antara sebab itulah mereka berpihak menyokong Keadilan dan Pas..Maka janganlah kita hapuskan harapan mereka ini.. Tidak salah berseni, bermuzik atau berkarya selagi mengikut etika agama, budaya dan sensitiviti masyarakat..

Namun ada eloknya jika Pemuda Pas juga menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan satu undang-undang dimana Solat Jumaat di"wajibkan" untuk semua kaum lelaki Islam yang baligh di Selangor kerana mengikut cerita-cerita kaum hawa di Selangor ini terlampau ramai anak-anak Islam yang remaja bertebaran di pusat beli-belah, tempat makan dan lain-lain ketika khatib rancak berkhutbah.. Ada eloknya perkara ini diutamakan dahulu berbanding isu remeh seperti penyanyi dangdut ini yang sepatutnya dari awal lagi tidak 'tercadang' pun untuk dianjurkan.

Yun berkata...

Salaam,
Ganjil dan agak pincang pendirian kita sebagai anak muda yang takut pada tarian! Tetapi adalah lebih ganjil jika isu tarian ini menjadi antara agenda anak muda.

Di mana anak muda yang ingin menjadi seperti ilmuwan yang terkenal dengan akhlak yang hebat, berperibadi mulia seperti Muhammad S.A.W, juara dalam membela orang miskin dan sebagainya.

Islam tidak melarang muzik, malah jika dilihat pada abad 14-19, terdapat ramai tokoh2 bertaraf ulama yang bukan sahaja hebat dalam bidang perubatan, perundangan dan sebagainya, tetapi hebat juga dalam bidang muzik. Contoh yang teragung adalah Al-Kindi. Sila rujuk link ini sisip untuk mengetahui betapa hebatnya Islam dalam muzik
http://ummahonline.wordpress.com/2007/05/06/muzik-tak-sekadar-penghias-langit-peradaban/

Tetapi norma2 muzik/tariantidaklah sepatutnya disusuli dengan aurat yang terdedah, inilah bezanya anak muda zaman dahulu dan sekarang.

Muzik, muzik (tarian, tarian) juga, tetapi mereka lebih paham nilai2 dan seni dalam muzik berlandaskan agama daripada memahami muzik/tarian hanya sebagai halwa telinga. Muzik/tarian merupakan satu komponen dakwah Islam di dalam konteks nusantara. Tetapi ganjil ya, dakwah muzik/tarian ulama2 terkenal ini, tidak pula membawa kepada keruntuhan akhlak yang jelas berbeza dengan budaya muzik zaman sekarang yang kebanyakannya hanya mementingkan ritma, 'pitching' dan seni suara tetapi tidak pada pengisian satu-satu lagu dalam menaikan semangat untuk berjuang dengan lebih adil, tetapi lebih kepada menaikkan nafsu syahwat yang tentunya melemahkan akal dan merampas tenaga yang lebih diperlukan untuk memperjuangkan hal yang terlebih penting.

Apa relevannya tulisan ini dengan topik Kenapa Takut Pada Dangdut? tentunya bukan takut pada tarian, tetapi benci akan dorongan maksiat gelekan yang menimbulkan hawa nafsu pada anak2 muda yang tidak cukup matang dalam berhadapan dengan nafsu sendiri dan inilah agenda anak muda Malaysia bagi mengatakan Ya pada muzik/tarian yang berilmiah dan mendekatkan diri pada kefahaman agama dan TIDAK pada muzik/tarian yang melalaikan dan melemahkan anak-anak muda dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai pejuang bangsa.

Saya maafkan Inul kerana dia hanya seorang manusia yang mencari makan tetapi saya tidak maafkan anak-anak muda pejuang agama, bangsa dan negara yang tidak fokus pada perjuangan yang ketara lebih memerlukan keringat, iman dan fikiran yang tidak dikotori maksiat dalam membentuk negara yang lebih berdaya saing dengan seantero dunia

Fikir-fikirkanlah, kita punya masa yang sedikit ini 40-60 tahun untuk membina kembali dunia yang lebih adil dan saksama sepertinya pemerintahan Umar Al-Khattab dan jangan buangkan masa dengan muzik/tarian yang melalaikan diri. Dan ini adalah pandangan saya dalam usaha kita melahirkan lebih ramai tokoh2 ilmuwan dan negarawan yang lebih mengutamakan yang penting dalam proses pembinaan negara.

Wallahu`alam

Yun

Yun berkata...

Maaf link yang saya kirimkan bersama ulasan di atas tidak dapat dilayari.

Di bawah adalah URL yang lengkap:

http://ummahonline.wordpress.com/2007/05
/06/muzik-tak-sekadar-penghias-langit-peradaban/

Maaf ya

pedang Allah berkata...

sekular....kalau haram tu tetap haram!....menghairahkan tu timbul berahi dan timbul berahi maka haram!.

Tanpa Nama berkata...

kawan-kawan,

Apa jadi dengan unitendaily? Dh kena tutup ke?

Tanpa Nama berkata...

Bantah konsert 'ego orang agama'
Jimadie Shah Othman | Jun 17, 08 4:59pm

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

the Owl berkata...

Islam tak larang muzik..tapi kalu ada niat nak ghairahkan penonton dengan aksi saperti lucah..maka elok di tegur. Apa yang PAS buat tu tujuannya baik walaupun di benci orang. Tujuannya nak halang maksiat. Tapi aku lebih suka jika PAS toleransi, di mana beri mereka menyanyi, tapi dgn syarat..jangan buat perkara tak senonoh spt menari saperti gerudi! Kalu nak gerudi2 ni...lakukan di bilik tidur sajalah! Hehe!!

Hidop Rakyat!

UMNO - DUMBNO!

BAT C 20 berkata...

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kenapa takut pada dangdut?... sebab kami takut pada Allah.

kamitaken berkata...

pernyataan akhir itu rasanya kurang senang saya perhatikan.. Bagi yang kurang berkenan melihat Mas Idayu bergoyang, jangan marah..maafkanlah!

Perkara maksiat tidak seharusnya dimaafkan..

just my 2 cent.. apapun, saya amat menyukai blog anda yang banyak mencungkil pelbagai rahsia politik.. teruskan perjuangan di jalan kebenaran!