Layang-layang Afghan

Ini kisah tentang persahabatan, hakikat persaudaraan dan nilai kesetiaan. The Kite Runner bisa saya katakan antara karya sastera terbaik yang pernah saya baca. Bahasanya mudah, puitis dan cukup menyentuh.

Berlatarbelakangkan Afganistan era 70-an, Khaled Hosseini memulakannya dengan cerita zaman kanak-kanak Amir dan Hassan, dua sahabat yang dibezakan melalui status sosial. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, Amir dan Hassan melayari kehidupan mereka dengan membaca, bermain dan bercerita tentang masa depan. Hassan berikrar akan terus setia selamanya. Pun demikian, kesetiaan Hassan menjemput Amir untuk khianat.

Pencerobohan Russia pada tahun 1978 memaksa Amir dan bapanya mengungsi ke Amerika Syarikat, memulakan hidup baru dalam serba kepayahan. Amir memenuhi impian waktu kecilnya untuk menjadi seorang penulis dan mengahwini gadis idamannya pun demikian, hidup mereka sepi tanpa kehadiran cahaya mata. Selepas kematian bapanya, Rahim Khan, rakan kongsi arwah bapanya menghubungi Amir memintanya datang ke Pakistan untuk menyampaikan hajat terakhirnya.

Rahim menceritakan rahsia arwah bapanya yang terpendam sekian lama. Nah! Hassan yang dikhianatinya dulu merupakan saudara sebapanya sendiri. Sahabat sepermainannya itu juga sudah berkahwin dan mempunyai seorang putera bernama Sohrab. Saya tidak mahu menyimpulkan kisah ini, biarlah ianya menjadi motivasi buat kalian membacanya sendiri.

Minggu depan, kisah ini bakal ditayangkan di pawagam. Saya meramalkan sesuatu yang berbeza dari penceritaannya dalam novel. Sesuatu yang mampu menyentuh jiwa dan pemikiran saya tentang kehidupan.

1 Ulasan

the indie story berkata…
Minta Laluan...dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

ARTIKEL:
Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Sila baca ulasan seterusnya di :
http://theindiestory.blogspot.com
Check it out!
TQ
Terbaru Lebih lama