Iklan

Selasa, Februari 26, 2008

Mahasiswa & Blog

Semalam saya diundang untuk bercakap dalam sebuah forum anjuran kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kampus berkenaan dengan fenomena blog serta kesan dan pengaruhnya terhadap mahasiswa. Antara panel yang bergandingan dengan saya ialah seorang penasihat undang-undang dari CyberSecurity dan seorang pensyarah yang merupakan bekas setiausaha kepada bekas ahli parlimen Baling, Dr. Mashitah Ibrahim.
Saya menyentuh pembabitan awal saya dalam dunia penulisan blog, tanggapan negatif yang cuba dibentuk oleh pemerintah terhadap penulis-penulis blog serta peri pentingnya mahasiswa memanipulasi teknologi siber dalam menjadi arus penggerak masyarakat.
Kupasan saya tentang perlunya mahasiswa bersifat kritis dan radikal dibidas secara sinis oleh sang pensyarah yang masih berhujah tentang perlunya kepatuhan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU). Sang pensyarah juga cukup lantang dalam mempertahankan fungsi akhbar sebagai sumber utama informasi dengan menganggap laman-laman blog masih belum boleh menandingi keupayaan media milik pemerintah.
Percubaan beliau untuk melabel mahasiswa yang menyanggah AUKU sebagai mahasiswa pro-pembangkang kelihatan cukup tipikal dengan penghujahan ala Menteri Pengajian Tinggi; jika mahu berpolitik, tunggu habis belajar! Respon saya ringkas: jika dengan menunjukkan sokongan kepada gerakan perubahan itu dianggap sebagai pro-pembangkang, maka bersikap pro-pemerintah juga sewajarnya dilarang!
AUKU ini akta gila. Menghalang seseorang itu daripada bersikap memihak sememangnya suatu pencabulan terhadap fitrah manusiawi. Anehnya, masih ada lagi pensyarah yang berhujah mempertahankan akta gila ini!

5 ulasan:

Ibnu_Ismail berkata...

AUKU akta gila dan tidak relevan langsung:

Si A- umur 21 tahun. Belajar takat SPM. Kerana result sgt teruk, tak dpt masuk ke Universiti, maka meniaga pisang goreng.

Si B-Umur pun 21 tahun. Sangat bijak. Masuk ke Universiti dan sekarang di tahun ke 3 pengajian.

Si A, walaupun kurang kebijaksanaan, tapi dibenarkan menyatakan sokongan, menyertai dan aktif dalam parti politik.

Sedang si B, seorang professional, sgt sistematik dlm menjalankan tugas, pembacaan meluas, pelapis pemerintah negara, tidak mendapat kebenaran seperti si A.

Tak ke gila AUKU ni....? ni hujah seorang rakan sewaktu beliau dibicara di mahkamah universiti beliau belajar.

iBNuZaCK berkata...

U're are great on stage dude.Lupa pulak nak tengok buku yang ko tulis tu.Adeih..

RiMa berkata...

Waaannn!!

sepertinya aku harus minta maaf karna aku ngga dateng acaramu semalem.. harus pegi print resume mlm2 then terus balik subang...

eniwei, selamat yaa udh berhasil menyampaikan aspirasimu!!

ps: ko sebut tak pasal blog aku? mwahahahahahahaha... =p

afifi berkata...

najwan!
mungkin kau pula graduan UNITEN yg bakal menggugat?

Pewaris Reformasi berkata...

realiti statistik pengguna internet di malaysia yang kian bertambah akan mengubah landskap politik malaysia insyaAllah - sama ada makin elok, atau makin zalim!