Iklan

Jumaat, Januari 18, 2008

Anak Patung Kayu

"Nearing 30, I was heading toward a frivolous life when an exceptional event transformed my life: the Cuban Revolution. It was at this time that I took this photo of a little girl, who was clutching a piece of wood for a doll. I came to understand that it was worth dedicating my work to a revolution which aimed to remove these inequalities."
-Alberto Korda, dipetik dari buku 'Cuba: By Korda'

Potret anak kecil sedang mendakap anak patung kayu ini dirakam hampir 50 tahun yang lalu oleh Alberto Korda, jurufoto ulung yang merakam gambar klasikal Che Guevara. Potret anak ini kemudiannya mengubah diri Korda dari seorang manusia yang tiada hala tuju menjadi insan yang turut komited dalam perjuangan revolusi di Cuba.
Saya sedikit tersentuh tatkala mula-mula melihat potret anak kecil ini. Bayangkan, lantaran kemiskinan yang menghimpit, sepotong kayu yang diukir ringkas sudah memadai untuk dijadikan permainan anak patung buat anak kecil ini.
Apa mungkin keadaan yang berlaku di Cuba 50 tahun yang lalu masih wujud di Malaysia pada hari ini?

3 ulasan:

din merican berkata...

Najwan,

Thank you for posting this picture. Like Korda, I am very moved by it. Poverty moves me into political activism.

For those who wish to listen to popular 1960's singer, Bobby Darin should hear his rendition of "Artificial Flowers". It is about a young girl in wintry New York who lost both her mom and dad selling artificial flowers for pretty ladies to fend for herself. The song has a sad ending. It is to painful for me that I stopped listening to it,although it is very jazzy.

Pak Din

ikhwanhafiz berkata...

akum..saudara najwan.sy kagum dgn pandangan dan pemikiran saudara.Harap kita dpt berkenalan dan berkongsi pemikiran dan pandangan.ikhwanhafiz@blogspot.com

harap najwan dpt posting apa intipati buku alberto korda.Saya tiada buku tersebut..heheh

Pewaris Reformasi berkata...

Salam. Che harus diingat sesuai dgn konteks perjuangannya.

Hari ini mungkin lebih ramai mengenali Che sebagai pejuang Revolusi di Cuba beraliran kiri.

Seharusnya kita berani mencerahkan diri dengan memahami perjalanan sejarah agar tanggapan tidak tersasar dalam memahami kekirian Che.

hehe, tulisan tu utk mereka yg sinikal kpd kiri.

Bro, apa cerita perjumpaan yg tertangguh?

Kalau kau minat memahami Che, jgn terlepas tgk Motorcycle Diaries. Filem perjalanan Che, di situ mungkin sedikit konteks dpt diperoleh.