Iklan

Jumaat, Disember 07, 2007

Utusan Malaysia: Penyesat Fikiran Rakyat

Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur petang tadi agak memenatkan. Dari KLIA, saya, Yusmadi dan Khir menaiki tren ekspres ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Perbualan berkisar tentang program Seminar Nahdah Asia di Sabah yang berakhir petang tadi.
Semalam kami dibawa melawat Perkampungan Monsopiad yang letaknya lebih kurang dua kilometer dari hotel penginapan. Aktiviti treasure hunt sedikit sebanyak membantu saya memahami sejarah serta kebudayaan kaum Kadazandusun. Para peserta turut dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dan tarian suku Sumazau yang sungguh unik dan menarik.
Pada sebelah malamnya kami diraikan dalam majlis makan malam yang turut dihadiri oleh Dr. Akinori Seki, Presiden Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF), penaja terbesar projek seminar kepimpinan Nahdah Asia ini. Kami menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-hud manakala teman-teman dari Indonesia mempersembahkan nyanyian serta tarian Poco Poco. Dan semalam saya mula menyedari bahawa saya sememangnya tidak punya bakat menari, hehe!
Di dalam penerbangan tadi saya sempat meneliti sebuah artikel kiriman seorang pembaca dalam Utusan Malaysia yang menuduh Anwar Ibrahim menggunakan saluran media di Indonesia untuk memburuk-burukkan imej negara. Saya turut memerhati respon seorang pengunjung yang merujuk artikel ini untuk membidas Anwar di ruangan ulasan dalam entri sebelum ini.
Saya menasihatkannya agar mulailah berhenti membaca Utusan Malaysia. Timbangkan dengan rasional inti artikel tersebut. Jelas ianya tidak bersandar pada hujah yang kukuh. Isu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh serta PAS berjaya memerintah Kelantan adalah hujah yang basi dan tidak relevan.
Dan jika benar Anwar menggunakan media di Indonesia untuk mengulas isu berkenaan Malaysia, maka saya ikut gembira dan amat menyetujui tindakan tersebut. Jika media di negara sendiri tidak mahu memberi tempat dan perhatian kepadanya, maka adalah lebih baik menggunakan media luar. Liputannya lebih luas dan bebas. Amat berbeza dengan akhbar seperti Utusan Malaysia...yang hanya layak digunakan sebagai tisu tandas sahaja!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's my observation that, it seems that HINDRAF is just part of a planned propaganda by UMNO and the government coming to the election! It is not obvious enough?

Tanpa Nama berkata...

Najwan, Utusan Beruk Melayu aku paling suka sebab dia neutral dan perjuangkan hak Melayu..aku tak suka Berita Harian... macam baca cerita kartun je!

-KakiBeruk