Iklan

Ahad, Disember 07, 2008

Indonesia: Catatan Ringkas Nahdah Asia

Seminggu yang lalu saya berada di Indonesia. Seminar Nahdah Asia kali ini cukup istimewa kerana diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Bogor dan Jakarta.
Jujurnya saya jatuh cinta dengan Bogor. Daerahnya damai dan manusiawi. Saya terkesan dengan kondisi kehidupan warganya yang gigih dan tabah dalam menjalani hidup.
Berbeda dengan Bogor, saya kurang menghargai Jakarta lantaran macat yang berpanjangan. Pun demikian, kunjungan ke toko buku Gramedia dan Pasar Senen amat mengesankan. Ghairah intelektual warga Indonesia saya kira jauh lebih bermakna berbanding di tanah air sendiri -- Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------
30 November 2008 - Dua orang anak kecil berusia sekitar 10 tahun menyambut ketibaan kami di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dengan simpati minta agar dapat menggilap sepatu kulit kami. Cukup meruntun. Saya menolak mesra permintaan mereka. Nah! Ini pelajaran pertama sebaik saya menjejakkan kaki ke Jakarta. Dari Jakarta, kami langsung terus ke Bogor.
Di sebelah malam, kami bersuai kenal. Saya lekas mesra dengan Pak Furkon, seorang pensyarah dan bekas aktivis Reformasi yang pernah dipenjara selama tiga bulan atas sabit kesalahan terlibat dalam demonstrasi menentang kenaikan harga minyak masak di Indonesia lebih 10 tahun lalu. Perbualan kami berkisar kepada perkongsian pengalaman aktivisme masing-masing.
01 Disember 2008 - Kami menginap di Hotel Lido Lakes, Bogor. Nyaman dan cukup mendamaikan meski perjalanan dari Jakarta semalam cukup panjang dan memeritkan. Sepanjang jalan, saya mengesan rasa insaf dan syukur. Paginya, kami dibawa melawat ke Kebun Raya Bogor, setengah jam perjalanan dari hotel. Menaiki Angkutan Kota (Angkot), kepala jadi pusing! Saiz van yang amat kecil menyebabkan saya terpaksa membongkok sepanjang perjalanan. Ini ditambah pula dengan gaya pemanduan kasar dan keras pemandunya.
Melepasi gerbang daerah Bogor, kami terpesona dengan tugu harimau dengan slogan "Bogor Bandar Beriman". Menurut seorang teman dari Indonesia, BERIMAN itu akronim kepada ungkapan Bersih, Indah dan Manusiawi!
Oh ya, sebelum pulang ke hotel, kami turut diberi penghormatan merasmikan kafe Pak Fathurrahman, ahli politik muda yang juga merupakan seorang usahawan berpengaruh di Indonesia. Di Cafe Renaissance, kami disaji dengan hidangan tempe dan tauhu istimewa.
02 Disember 2008 - Hari ini dimulai dengan sesi kuliah oleh Jailani Mustafa berkisar topik virtual office. Persembahan beliau sedikit hambar, atau mungkin kerana saya sedikit mengantuk gara-gara tidak dapat lena nyenyak semalamnya kerana sakit perut.
Sebelah petangnya kami beriadah menerusi aktiviti flying fox dan paintball. Ya, ini kali pertama saya berperang dengan peluru cat warna dan dua das tembakan menyebabkan jari telunjuk kanan cedera dan bahu kiri bengkak menahan darah beku!
Usai makan malam, saudara Yusmadi Yusuff memimpin kuliah dengan tema kemenangan Barack Obama di Amerika Syarikat. Jujurnya, saya kurang selesa memerhatikan keghairahan mengangkat Obama ke tahap berlebih-lebihan. Mujur Andre (salah seorang peserta dari Filipina) bingkas melawan arus dengan mengambil sikap mengkritik dan berbeda sentimen dengan para peserta yang lain. Turut berkongsi sentimen dengan kami ialah Bandul (teman dari Kemboja) dan Aqil Fithri.
03 Disember 2008 - Hari ini kami check-out dari Bogor. Sebelum berangkat ke Jakarta, saya merakam beberapa foto sekitar hotel. Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan oleh tiga orang anak muda berimej ranggi dengan lagu-lagu pop Indonesia. Apa yang menarik, ketiga-tiga orang pemuzik jalanan ini sekadar berbekal sebuah gitar dan dram yang telah diubahsuai. Meski pun sekadar menyanyikan lagu-lagu artis popular Indonesia yang lazim diputarkan di radio, kreativiti ketiga-tiga anak muda ini cukup mengagumkan!
Setibanya di Jakarta -- selepas mengharungi kesesakan yang teruk -- kami terus dibawa menuju ke Habibie Center, pusat penyelidikan yang ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan pemikir yang mendukung gagasan idea dan pemikiran mantan presiden Indonesia, BJ Habibie. Selepas menekuni kuliah tentang dasar luar ASEAN oleh Dr. Dewi Fortuna Anwar dan kuliah seni bina oleh Dr. Tay Kheng Soon, kami menikmati makan tengahari di sana. Saya sempat membeli sebuah buku tulisan BJ Habibie berjudul Detik-Detik Yang Menentukan: Jalan Panjang Indonesia Menuju Demokrasi sebagai rujukan dalam menelusuri sejarah panjang Indonesia mencapai kemuncak reformasi.
Sebelum check-in di Hotel Sari Pan Pacific di Jakarta, kami dibawa melawat pejabat akhbar Harian Republika untuk sesi dialog bersama-sama dengan sidang editorial akhbar tersebut.
04 Disember 2008 - Pagi kami dimulakan dengan sesi kuliah tentang Cybergovernment oleh Dr. Anupam Saraph dari India. Sebelum program seterusnya di Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga Indonesia, saya, Amin dan Aqil mencuri masa sekitar dua jam untuk mencari buku di toko buku Gramedia dan Pasar Senen. Gara-gara macat, kami tidak sempat kembali ke hotel penginapan dan langsung terus ke Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga dengan menaiki teksi.
Sebelum mengikuti forum belia yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, delegasi peserta diberi peluang mengunjungi Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia (jika di Malaysia, jawatan tersebut dipanggil Menteri Belia dan Sukan), Dr. Adhyaksa Dault. Sesi dialog bersama Pak Menteri ini lebih banyak terisi dengan gelak ketawa gara-gara sifat selamba dan santai beliau yang gemar bergurau dan berlawak.
05 Disember 2008 - Hari ini hari terakhir kami di Indonesia. Rata-rata kebanyakan peserta mengalami sakit perut gara-gara tersalah makan waktu jamuan perpisahan di Anchul malam semalam. Kami check-out dari hotel seawal jam 7 pagi kerana khuatir akan tersekat dalam macat. Acara pagi ini bakal berlangsung di Universitas Indonesia (UI) di Depoh, Jawa Barat. Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia diundang menyampaikan kuliah umum di sana.
Sebaik saja Anwar Ibrahim turun dari kamar penginapannya, kami bergerak serentak menuju UI dengan diiringi oleh polis trafik Indonesia. Waduh! Saya teruja dan kagum dengan layanan dan penerimaan warga Indonesia terhadap Anwar. Menurut Pak Furkon, Anwar pasti menang besar seandainya beliau bertanding merebut jawatan Presiden republik itu!
Kami tiba di UI sekitar jam 9.30 pagi. Hampir 100 mahasiswa sudah mulai memenuhi dewan kuliah menantikan sesi kuliah khas tentang ekonomi dan nahdah Asia. Seperti dijangka, Anwar bijak mencuri tumpuan. Penyampaian beliau cukup bertenaga dan sentiasa mengujakan. Perbicaraan dalam lenggok bahasa Indonesia yang fasih jelas menunjukkan beliau seorang individu celik budaya. Apa yang menarik, sesi soal jawab memakan masa hampir dua jam dan memaksa lebih 200 orang hadirin untuk bertahan!
Usai majlis kuliah, kami bergambar kenang-kenangan dan terus menuju Masjid UI untuk bersolat Jumaat. Kami seterusnya melawat Pejabat Sekretariat ASEAN untuk satu sesi dialog tentang Piagam ASEAN. Saya diserang kantuk gara-gara badan yang seram sejuk seperti mahu demam!
Sekitar jam 5.30 petang, kami bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Sementara menunggu penerbangan jam 7.50 petang ke Kuala Lumpur, kami membeli belah untuk kali terakhir.
Penerbangan ke Kuala Lumpur memakan masa hampir dua jam dan kami tiba di Sepang pada jam 10.50 malam.

4 ulasan:

bumilangit berkata...

aku jeles.

tapi mungkin aku memang begini, kelasku cuma dipinggir2 jalan.

kekuatan umno putera berkata...

NGKO PEGI INDON TAK MAEN BONTOT KER KIH!KIH!KIH!!!!

HIDUP PUNGGUNG!!! LOBANG JUBOR KITA MUSTI DI JAGAIN!!

KIH!KIH!KIH!!!

RiMa berkata...

salah ejaan tu...

'macat' harusnya 'macet'
'Anchul' *kayaknya* harusnya 'Ancol'
'Depoh' harusnya 'Depok'

hihi.. saje nk cari pasal sama kamu! wakakakaka...

enak kan di Indo? udaahh.. pindah sana aja... dua taun lagi mungkin gue balik! wakakakakka....

kekuatan umno putera berkata...

weii ngko pilihanraya kat KT ko tak pegi ke? Bleh join ngan bbudak pati pas yang maha bodo lagi dungu kat sana KIH!KIH!KIH!!!

umno akn menang bsar ko pcaye la ckp aku. pas bangsat tu tunggu mase nak bungkos! KIH!KIH!KIH!