Iklan

Isnin, April 16, 2007

Latihan

Bermula esok dan untuk tiga bulan berikutnya saya akan menjalani latihan industri (bahasa mudahnya: practical training) di salah sebuah anak syarikat milik UMW Group, Automotive Industries Sdn. Bhd. bertempat di Shah Alam, Selangor.
Jika tahun lalu saya bergelumang dengan buku selama tiga bulan di MPH Bookstores Sdn. Bhd., tahun ini saya bakal bertugas sebagai pelatih untuk menilai kualiti produk di Jabatan Kawalan Kualiti. Dan semestinya saya bakal bergelut dengan komputer, besi-besi dan mesin-mesin analsis yang menyesakkan!
Ah! Mustahil bagi seorang mahasiswa fakulti kejuruteraan memohon untuk praktikal di sebuah gedung buku.
Buat teman-teman sekuliah yang turut sama bakal menjalani latihan industri, selamat bertugas!

4 ulasan:

azad berkata...

selamat

Tanpa Nama berkata...

gut luck....
semoga selamat lar semua
hahaha....
harap2 gelombang yg di cetuskan akan berterusan sampai perubahan yg diinginkan diperoleh...
gut luck again sahabat

-pelajar yg gemuk V-

Tanpa Nama berkata...

hmmm...

najwan halimi berkata...

azad, V,

thanks! =)