Iklan

Isnin, Oktober 09, 2006

Nafas


Nafas baru bermula Ramadhan. Bukan bermakna saya berhenti merokok (sememangnya saya tidak pernah merokok); sekadar ingin mengisytiharkan selamat tinggal kepada blog Riwayat Hayat di friendster.com yang semakin hari semakin tersasul matlamatnya.
Faktor blogspot yang semakin meluas penggunaan dan manfaatnya menjadikan saya ikut terpengaruh untuk turut sama memindahkan Riwayat Hayat yang dahulu ke arah yang lebih matang-- riwayathayat.blogspot.com.
Entri pertama ini adalah sekadar percubaan awal untuk membina mood supaya kekal istiqamah dalam perkongsian ilmiah alam siber ini. Semoga Riwayat Hayat kali ini muncul dengan penuh kematangan dan dewasa. Kekal bernafas dan bernyawa!
Salam Ramadhan!

1 ulasan:

faizal berkata...

semoga riwayat hayat akan memberi impak yg besar dalam pembaharuan masyarakat. insya ALLAH... ;)