Iklan

Selasa, Mei 03, 2011

Osama

Saya fikir kematian Osama Ben Laden adalah satu konspirasi oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Barrack Obama untuk menarik tentera mereka keluar dari Afghanistan dan Iraq.

Sebetulnya, Obama mahu membuang beban 'perang melawan keganasan' yang dicetus oleh George W. Bush sepuluh tahun lalu. Ini termasuklah pencerobohan di Afghanistan dan Iraq.

Konspirasi kematian Osama ini sudah 'kantoi' sebaik sahaja pentadbiran Amerika menyatakan bahawa jenazah beliau dicampakkan ke laut. Bukankah ini aneh? Mengapa Obama dan media-media Barat seperti CNN dan BBC tidak mendedahkan sebarang foto atau laporan bedah siasat berhubung kematian Osama ini kepada umum?

Mengapa sosok jenazah Osama yang bernilai puluhan juta USD tidak ditunjukkan kepada umat dunia? Bukankah dengan berbuat demikian, ianya akan menjadi satu kemenangan moral buat Amerika? Apakah Obama mahu dunia percaya bahawa Osama sememangnya sudah mati hanya dengan melabur 'air liur' menerusi kenyataan beliau kepada rakyat Amerika?

Dengan 'kematian' Osama, Obama kini telah berjaya menguasai sentimen rakyat Amerika (baca: pengundi) dengan retorik 'kejayaan' menumpaskan keganasan. Obama juga berjaya mewujudkan rasa 'feel safe' di kalangan warga Amerika; 'Osama telah mati', keadilan 9/11 sudah ditegak, kononnya!

Apa yang pasti, 'kematian' Osama akan dijadikan modal kempen paling ampuh oleh Obama dalam menghadapi pemilihan presiden pada 2012. Bertitik-tolak dari 'kematian' Osama, Obama kini punya hujah kukuh untuk menarik keluar tentera Amerika dari Afghanistan dan Iraq.

Osama mungkin telah mati lama dahulu. Atau mungkin juga di bawah tahanan tentera Amerika di mana-mana.

Saddam Hussein - sebaik ditahan pada 2003 - terus diaib dan didedahkan sosok beliau dengan wajah tak terurus kepada dunia menerusi media Barat. Bukan setakat itu, kematian Saddam turut dilapor besar-besaran. Acara menghukum gantung beliau dirakam dan disiar oleh media-media antarabangsa.

Berbeda dengan Osama, 'kematian' beliau dibesar-besarkan namun tak muncul walau sekeping foto pun tentang keadaan jenazahnya (yang ada hanya foto palsu!). Persoalan paling penting yang sekaligus mendedahkan penipuan 'kematian' Osama adalah kenapa 'jenazah' beliau dilempar ke laut?

Alasan 'tiada negara yang mahu terima jenazah Osama' adalah dangkal. Kenapa tak disemadi di lokasi rahsia yang hanya diketahui oleh pihak Amerika?

Apa yang pasti, 'perang melawan keganasan' bukan hanya berkisar tentang Osama dan Al-Qaeda kerana saban hari umat Islam di Palestin turut diganasi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pikir, saje je US announce Osama da mati.
nanti ade pulak Osama keluar video lak lagi, kate belum mati.
so, bila kate belum mati lagi, buleh serang nagara lain pulak lagi..
pancing je tuh...

uni mate kau berkata...

Najwan .. kau ni semua nak konspirasi.. Hang Tuah pun nak kondem.. Osama Ben Laden mati syahed kau nak kondem.

Mmg fakta Osama pernah terlibat dgn CIA tapi itu kerana nak pertahan akidah umat islam afganistan dari cengkaman komunis soviet..



Satu2 yang kau betul pun entri kau Musang berbulu ayam.. itu pun kau tak dak telo.. delete post tu pula.

najwan halimi berkata...

Salam.

Uni Mate Kau,

Saya tidak pernah padam entri Musang Berbulu Ayam.

Setidak-tidaknya saya berani menulis dengan menggunakan nama saya sendiri.

Berbeza dgn anda yg 'tak dak telo' berselindung di sebalik nama samar.

Najwan