Iklan

Selasa, Mac 02, 2010

Bonrais

Pembonohan seakan tak mahu berhenti di negara ini.
Beberapa hari lalu, saya ditemubual oleh sekumpulan pelajar kolej pengajian tinggi swasta berkenaan subjek media baru dan pengaruhnya terhadap masyarakat Malaysia.
Waduh! Ini subjek remeh yang saya kira sudah dikupas ramai tokoh akademik dan pengamal media. Carian di laman maya seharusnya menemukan anak-anak mahasiswa ini dengan pelbagai jalur pandangan.
Tatkala mengupas peranan serta pengaruh media baru dalam menyebarluas maklumat ke khalayak, saya menyentuh ehwal politik semasa. Cukup mengejutkan bila mana soalan-soalan naif dan dangkal diaju oleh kumpulan anak muda ini. Tentang Raja Petra, tentang gerakan rakyat. Segalanya kabur buat mereka.
Dan dalam kita mendepani kelompok anak-anak muda ini, kita dihadapkan pula dengan sekumpulan politikus tua yang masih terpasong minda dan berwacana dengan hujah usang.
Mereka memperbonoh khalayak, menyemai permusuhan dan kebencian terhadap media baru - seolah-olah ia anti-budaya dan penggugat tradisi.
Maka pembonohan ini wajib dihentikan. Wajib!

Tiada ulasan: