Sang Saka Malaya
Corak bendera ini sebetulnya telah saya gubah sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.
Jika diperhatikan, parti UMNO juga menggunakan corak Sang Saka sebagai bendera rasmi mereka, dan ditambah elemen keris hijau dalam bulatan kuning di tengahnya.
Mungkin menarik untuk direnungi betapa bendera Malaysia yang digunapakai pada hari ini langsung tidak menyerlahkan elemen nusantara yang diwarisi sejak sekian lama.
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ianya dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.
Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!
Label: Patriotik



11 Ulasan:
macam saudara hasbullah pit punya artikel je...
Secara kebetulan, Tuan Hasbullah Pit juga telah menggubah corak Sang Saka yang sama. Cuma beliau lebih cenderung utk menamakannya Sang Saka Merdeka.
maaf, saya tak nampak perbezaannya. mohon keterangan.
satu lagi, siapa buat dulu ya?
Saya juga kurang pasti antara kami berdua, siapa yang menggubahnya dahulu. Cuma saya telah menyiarkan corak bendera tersebut dua tahun lalu sempena sambutan merdeka yang ke-50. Boleh rujuk di pautan ini:
http://www.najwanhalimi.com/2007/08/bendera.html
Banyak lagi hal selain bendera.
Tak tahu kenapa golongan muda melayu sukakan hal2 yang remeh temeh.
Patutlah golongan anda tak kemana.
Salam,
Paling cikai pun, golongan muda ini ada minat, menceritakan hal Negara sampai sekecil-kecil hal Bendera.
Yang tak pikir langsung hal-hal Negara, yang itu yang tak ada di mana-mana, nak kata di langit tidak, di bumi pun tidak, asik berhibur sajalah hala tujunya, kemudian baru mahu cakap-cakap.
Saya jugak bersetuju jika kita kembali kepada corak Sang Saka. Saya ada mencuit sikit hal ini bulan Julai lepas, http://yasirtamizi.blogspot.com/2009/07/kalau-roboh-kota-melaka-180-darjah.html
Salam Merdeka Riwayat Hayat
sejak biler bendere cam ni hah? ngko toksah nak reka2. Bendere perak, kelantan, kedah, dan sumer negeri kat cni asal. nih bendere komunis maner celop aku tak tau. nih akibat ngko sokong pr!
nngko nih kretif ek? lepas siap bendere tu ngko bagik kat lap kote Anwar Al Juburi wal sahabah al yahuday wa al bini orang pun di tiduri! haha!
buat tanpanama,
bendera komunis?
masyaAllah. bodohnya. taksub sgt dgn semangat berparti sampai lupa sejarah sendiri. merah putih itu asal bendera rakyat dulu. sebelum malaya guna bendera jalur gemilang tue. itu warna nusantara. merah darah rakyat, putih hati rakyat.
xsangka ade melayu sebodoh nie. nak politik pun....
Assalamualaikum...
Salam berkunjung Saudara...!
Saye nak numpang bace n numpang berkunjung kat blog saudara nie!
Terima kasih!
Wassalamualaikum...
tahniah...saya sokong, lihat saja warna bendera indonesia dan singapura......merah putih warnanya....
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama