Iklan

Rabu, Mac 04, 2009

Sehari Sebelum 8 Mac

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut:

1. Pusat Beli-belah SOGO
2. Pasar Seni (Central Market)
3. Masjid Negara

Tarikh: 7 Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang

Nota: Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir. Peserta dikehendaki berada di lokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.

Peserta adalah dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi.

GMP juga telah mendapat sokongan terkini daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara.

Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.

HASNI ABAS
Setiausaha,
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

12 ulasan:

Amel Hanan berkata...

Banyak kebaikan mempelajari Bahasa Inggeris sebenarnya. Mengapa hendak memansuhkan perkara yang baik? Kenapa tak mansuhkan penggunaan rokok oleh kaum bapa atau pembelian barang kemas oleh kaum ibu yang sepatutnya membelanjakan wang ke arah pendidikan anak-anak?

Sayang betul, tatkala anak bangsa lain mahir menguasai pelbagai bahasa dan sudah meneroka dunia asing, anak kita masih terkial-kial menolak ilmu di hadapan mata. Dan ibu bapa kini menjadi punca kemalasan anak-anak untuk mengatasi kelemahan mereka dalam penguasaan bahasa.

Vous devriez etudier davantage, mes amis. You ought to study more, my friends.

Hidup PPSMI!

najwan halimi berkata...

Siapa cakap belajar Bahasa Inggeris tiada kebaikan?

Siapa cakap nak mansuhkan pengajaran Bahasa Inggeris?

Kamu kena belajar fahami isu betul-betul, kawanku!

Ikhwan Pantherians berkata...

Anda Amel seperti masuk rumah dan tidak memberi salam..Siapa kata mahu hapuskan BI ? Yg diperjuangkan Matematik dan Sains diajar dalam Bhs Melayu.

Bahasa Inggeris perlu dimantapkan pengajarannya di sekolah supaya pelajar dapat menguasai dengan baik dan tidak perlu Matematik dan Sains menjadi korban.

Anda kena faham tajuk dibincangkan...!!

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang tenaga pengajar bahasa inggeris di politeknik....
tetapi saya merasa amat kecewa dengan penguasaan bahasa inggeris pelajar-pelajar semester satu yang telah terdedah kepada PPSMI selama beberapa tahun. pada mulanya saya berasa sangat teruja untuk bertemu pelajar-pelajar 'pioneer' hasil dari PPSMI tapi apabila mengajar beberapa kelas saya merasa ganjil dan tertanya-tanya. walaupun bahasa inggeris yang diajar di politeknik hanyalah berasaskan teknikal sahaja, mereka sangat sukar memahami dan saya tertanya-tanya apakah nasib anak-anak sebangsa saya di sekolah-sekolah sekarang??? i am teaching english but i still need to teach very basic things of english. what did they learn at school? it is so cruel to let them down and i always tell my students not to give up and there are so many ways to learn english. PPSMI is one of the ways but i can see the FAILURE.

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

Isu disini bukanlah berkenaan penolakan kepada penggunaan bahasa inggeris....jauh sekali menentang bahasa inggeris digunakan oleh masyarakat...kita tidak bercakap soal itu,tapi hujah nya adalah di atas epistemologi..iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu...jikalau mahu majukan kefasihan aplikasi bahasa inggeris,apa salahnya kita menambah satu lagi matapelajaran di sekolah seperti kesusasteraan inggeris contohnya...math dan sains adalah berkenaan fakta dan angka..ia tiada kena mengena dgn kelancaran berbahasa...alma matter disini perlu difahami.... ia berkenaan epistemologi,bukan penolakan total kepada bahasa inggeris!..lebih baik di pertambahkan masa pengajaran bahasa inggeris di sekolah..bukan dengan menjagar melalui math dan sains..polisi ini ibarat makan sambil membuang air besar..kita mahu kenyang,namun dalam pada masa yang sama ia bertentagan dgn etika serta terpaksa menghidu bau busuk yang sudah semestinya memutuskan selera makan..maka kedua-dua aktiviti yg dilakukan tidak mencapai kepuasan..harap faham dengan analogi ini..

BMB berkata...

aku rasa ko kene cakap bahasa inggeris baru dier paham kot, ye lah, dah berjuta2 blog cerita yang PPSMI ni bakal membuatkan pelajar luar bandar makin sukar nak belajar bende baru dlm BI, jgnlah amik rating budak asrama, diorang mmglah tere.

budak2 yang dah pandai english xde masalah, kita nak menyelesaikan masalah budak yang tak pandai english. aku dulu score je fizik,kimia,bio,maths n addmaths dalam bahasa melayu lagi.

ko pergi lah duduk kat skolah luar bandar tu baru ko tau susah ke tak.

orang2 sastera sendiri yang turun GMP nnt, ape kes? diorang tu xde credibility ke?cikaian tepi jalan sahaja ke?diorang sasterawan negara lah weh. lainlah kalau kau dan aku yang memekak pasal mende ni. ape sangatlah credibility yg kt bleh tunjuk, tapi ni sasterawan negara yang bantah, ape dier tibe2 naik sawan ke bantah2 pasal mende ni.

caner lak UMNO bela melayu nih? pastu salahkan parti lain. suro wujudkan unity gov pon, masih bongkak lagi. mampuslah ko UMNO, aku benci melayu bangsat

orang eskimo berkata...

pandai bahasa belum tentu otak pandai. belajarlah bahasa inggeris, dan bahasa apa2pun. tapi dasar ppsmi ini menghapus kreativiti kita.

kalau guna bahasa melayu, kita akan berkarya untuk memindahkan istilah dari bahasa asing ke bahasa melayu. contoh perkataan kamiran, itu datangd ari integration. cuba bayangkan kalau tak ada sains dan matematik dalam bahasa melayu, apakah akan wujud perkataan dan penggunaan "kamiran" tersebut?

dan, satu lagi, siapa yang nak guna? dan siapa juga yang nak cipta istilah2 sains dan matematik dalam bahasa melayu lagi?

nama berkata...

ada cukup pokok tak nak berhimpun ramai ramai ?

Tanpa Nama berkata...

hahaha...settle dulu hindraf keparat tu dulu.jangan buat bising kat malaysia

politik gila berkata...

yesterday night , a bunch of friends see this on the news.. we all agree this is more about politics and a pure nonsense

Syah berkata...

Salam.

Perkara ni sebenarnye ada baik dan buruk nya jugak. Kalau difikirkan biler student ada basic maths and sains in english, tak lah mengcungap bler masuk matrikulasi atau sambung blaja kat IPTA. Saya cakap ni based on my own experience. Agak terkejut jugak lah tetibe jer kena blaja fizik, kimia and calculus in english.
Tapi btol jugak...kebanyakan student yg lemah dalam bahasa inggeris akan give up. Sepatutnye masa mula-mula kerajaan buat saranan ni, kaji lah sehabis-habis nyer...jgn lah excited sgt nk tros buat tanpa pikir kesan pada student yang lemah penguasaan bahasa inggeris. Yang terima padah nyer student. Kena lah ingat student ni untuk dibentuk dijadikan pelapis masa depan. Bukan nyer untuk jadi bahan eksperimen. Tak kiralah belajar matematik dan sains in english or malay, yang penting isi kandungan nya. Kalau setakat belajar matematik and sains in english, tapi just belajar basic things je...jawab nye memang ketinggalan lah student malaysia ni.