Iklan

Khamis, Februari 05, 2009

MB Baru Perak Dijangka Angkat Sumpah Malam Ini

5.52 petang: Perdana Menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN. -Malaysiakini
----
5.01 petang: Perdana Menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru. Timbalan Perdana Menteri dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan. -Malaysiakini
----
4.55 petang: Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut. -Malaysiakini
----
4.50 petang: Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru dari Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini. -Malaysiakini

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
title entri neh x parallel dgn entri title "Kuasa" kat bawah...
hmm...(menggaru lutut)

Tanpa Nama berkata...

aik da tuka da tajuk?? hehehe

Tanpa Nama berkata...

padan muka anwar

Tanpa Nama berkata...

Najib tu mmg pandai betul... respect sama najib... berapa banyak la yg dia bg duit rasuah kat katak2 yg ada burung tu...
Semoga Allah turunkan bala pada ahli2 politik yg berhati yahudi...

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullahalazim..xbaik menuduh tanpa bukti.kalo ada bukti,kemukakan.kalau bala turun,bukan kepada tpm jer,kene skali dgn kita2,ape punye dangkalnya pemikiran

Tanpa Nama berkata...

Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

hahahahah..
lawak giler

Syahir berkata...

Mahathir: Pengajaran untuk Anwar
Feb 6, 09 12:24pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati.

"Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB.


"Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar?

"Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16.

"Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

"Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...," katanya.

Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya.

"Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang.

Peruntukan undang-undang

"Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan," tulisnya.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

"Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

"Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri?

"Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu," katanya.

Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini.

"Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.

"Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan," katanya.

Hidop Mahathir!

Samad berkata...

Walaupun keputusan Sultan Perak adalah muktamad dan sah serta adil namun percayalah, PR dan penyokongnya yang taksub pasti tidak akan pernah berpuas hati dengan keputusan ini walaupun mereka sendiri tahu Sultan Perak mempunyai background yang boleh dikatakan dahsyat yang mana mustahil keputusan baginda tidak adil dan tidak berdasarkan perundangan...

Ada juga penyokong PR yang sanggup boikot Sultan Perak dengan tidak meng'amin'kan doa pada hari Jumaat. Lantak dioranglah. Sultan Perak masih ada mempunyai rakyat yang setia pada baginda dan akan mendoakan baginda... Lagipun doa penyokong PR tu pun belum tahu dimakbulkan atau tidak. Hanya Allah SWT yang akan menilaikannya...

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan....
Allah Maha Kuasa, apa yang berlaku sekarang adalah atas kehendakNya...namun perjuangan wajib diteruskan...pedulikan manusia-manusia yang bersalut dosa, menempah bencana dan insyaAllah tempat tinggalnya NERAKA...teruskan lawak jenaka anda.buat najib tun razak dan konco-konconya anda sememangnya manusia islam yang tak berakal,tunggu saja hari pembalasan baru dirimu tau betapa kau manusia paling lemah...teruskan perjuangan ke NERAKA JAHANNAM...jangan toleh ke belakang lagi kerana rakan-rakan syaitanmu sedang menunggu untuk mengheretmu bersama kayu-kayu api NERAKA yang marak menjulang.SYABAS!!!!!

Tanpa Nama berkata...

macam laa ko tu tuhan.maksum sangat ker pemimpin pr,tak pernah buat dosa ker diorang..same jugaklaa..2x5 jer